Nampaknya cukup mudah cara Gan Alma Daud menyemai pokok limau dan ini secara tidak langsung menyuntik semangat kepada orang lain untuk mencubanya.
Mana tahu dengan teknik ini, tak ada lagi istilah ‘tangan panas’ untuk menanam buat sebahagian antara kita. Jadi tunggu apa lagi, jom dicuba teknik ni!
“1 hingga 2 minggu jadi pokok begini, semai dari biji dalam cup2 tepi sink sahaja.”
Tak de susah naw. Taruk ja biji limau dalam cup2 bunga tepi sink. Tutup dengan tanah sikit. Seminggu dah tunas. Tunggu keluar 3 daun kaleh ke tea bag ni. Dalam uncang teh tu gaul tanah sesudu.
Kemudian tunggu keluar 5 daun kita bagi rumah baru ke dia.
Ads
Ini kalau semai limau nipis atau kasturi. Tak payah keringkan biji. Limau kasturi senang tumbuh.
Kalau limau purut, lemon ka, lagi senang.
CARANYA : Potong tangkai muda yang 5 daun, celup dalam penggalak akar, semai dalam cup tinggi.
Selain itu, Puan Nor Amirah Omar juga ada berkongsi cara menyemai cili dengan memanfaatkan uncang teh. Ini perkongsiannya.
Semua anak-anak dah tidur. Jadi mama pergi usha anak benih cili pula kat dapur.
Ads
Yang dalam uncang teh tu cili merah. Biji cili merah yang mama guna waktu masak. Selalu biji tu dibuang. Rajin sikit so mama try semai. Ada lah dalam 4-5 hari rasanya. Alhamdulillah ada yang dah tumbuh.
Biji cili yang atas tisu ni pula cili api. Pokok cili api ada dah sebatang tapi cili apinya tak pedas. Jadi mama ambil biji cili api yang beli di pasar dan cuba semai. Benih cili api ni baru sehari dua. Jadi kita tunggu lagi few days.
Ads
Dua-dua cara ni belajar dari youtube je. Mudah semua di hujung jari.
Kalau kita guna kemudahan untuk kebaikan jadi kebaikan lah yang kita dapat.
Doakan naik elok cili-cili ini ya. Nanti kita try semai biji tomato pula. Dalam youtube nampak sonang je dia buat. Nanti kita try. Sekejap je nak semai benih ni. Nak menunggu keluar cambah tu yang menguji kesabaran.
Amalan minum air rebusan herba memang diakui telah lama disarankan oleh orang tua-tua untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan. Antara banyak-banyak minuman herba tersebut, salah satunya adalah minum air rebusan daun manggis.
Apa istimewanya minum air rebusan daun manggis?
Sebenarnya banyak petua dan cara rawatan alternatif yang boleh diamalkan dalam usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Ini diakui sendiri oleh Puan Zuriaty apabila melihat perubahan yang positif pada tahap kesihatan suaminya setelah mengamalkan minum air rebusan tersebut.
“Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis ni banyak khasiatnya. Ini antara amalam suami saya sejak beberapa bulan yang lalu dan Alhamdulillah kencing manis ,kolesterol dan sengal sengal badan semakin ada peningkatannya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan kawan semua semoga memberi manfaat. Insyallah”–Zuriaty Hj Musa
Bahan-bahan:
10 helai daun manggis
4 gelas air
Periuk tanah
Cara caranya
1. Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam.
2. Carik carikkan daun manggis, lagi halus lagi bagus.
3. Masukkan 4 gelas air di dalam periuk .
4. Masukkan semua daun manggis tadi yang telah direndam air garam.
5.Renehkan di atas api yang sangat perlahan. Reneh sehingga air tadi jadi separuh.
6. Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Kemudian tunggu sejuk barulah ditapis. Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam. Ekstra info :
1. Setiap pagi minum suku cawan . Hangatkan terlebih dahulu
2. Minum 1 gelas air suam
3. 15 minit kemudian barulah sarapan pagi
Jika diberi sebuah kehidupan yang senang, hidup mewah dan kaya raya, tentu sahaja ramai yang mahukannya. Apa tidaknya segala kehendak dan impian selama ini boleh dimiliki dengan mudah. Semua yang dihajatkan boleh sahaja dibeli bila mana wang bukan lagi menjadi penghalang.
Namun hakikatnya untuk hidup kaya raya ia tidaklah semudah yang disangka. Bukan senang nak senang!
Selain kita melihat kegigihan usaha yang berpanjangan dan tidak mengenal lelah, pastinya juga ada rahsianya yang tersendiri.
Atas sebab itu juga, tidak hairanlah ilmu untuk menjadi kaya atau jutawan sering dicari dan dipelajari daripada orang yang berjaya. Apatah lagi jika dapat menuntut dengan kaum Cina yang diakui ramai yang berjaya membina kekayaan melalui perniagaan sendiri. Itu tidak dapat dinafikan.
Mengetahui berkenaan rahsia kejayaan orang Cina menjadi kaya, Pengasas AKTA Tuition Maths & Add Maths Tutor Adam Kelvin telah berkongsi 5 rahsia yang nyata mencuri perhatian warganet di akaun facebooknya.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.
Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.
Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih
hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..
Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.
So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Telefon bimbit hilang? Jika kita pernah keciciran atau kehilangan sewaktu berada di luar rumah, pasti sukar untuk mengagak di mana lokasi sebenar telefon tersebut. Memang tidak senang duduk dan perasaan cemas tak tentu arah dibuatnya.
Pun begitu, rupa-rupanya ada cara mudah untuk kita mengesan kembali lokasi handphone tersebut dengan menggunakan Akaun Google sepertimana yang dikongsikan oleh Ain Nadiah Mazlan yang tercicir telefon bimbitnya di kawasan R&R Gurun.
Kebetulan abang bawa laptop. Terus abang log in gmail account Ain. Lepas tu “track my device” guna acc google.
Lepastu pilih “ring my phone”. Walaupun phone kita dah SILENT tapi tetap google boleh deringkan ia kuat-kuat selama 5 minit.
So masa tengah handphone berdering tu, abang tekan “locate my phone”. Location menunjukkan phone ain masih lagi di R&R Gurun.
Abang terus berlari meredah hujan mencari di location tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang.
Ain pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan hasil. Ain bukan sayang phone ni tapi ain sayang semua gambar, data and files dalam ni.
Handphone Ain ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja mary jardin Ain selesaikan dengan smartphone ni.
Masa ni la marah kat diri sendiri kenapa tak buat back up ke google acc semua benda dalam phone tu.
Dalam keadaan cemas, bingung, sedih, Adam pulak nangis sekuat hati. Ain masa tu tengah pegang laptop tengok kalau-kalau location berubah. Orang bawa lari ke apa ke an.
Cepat2 Ain tenangkan diri sebab kalau serabut tak membawa faedah pun. Bila Ain dah tenang. Automatik Adam pun Ain boleh tenangkan dengan jayanya.
Selesai tidurkan Adam, Ain nampak kelibat Abang yang pulang dengan hampa. Kemudian kitorang nampak location phone beralih ke ramly burger.
Kami terus gerak dan park di depan ramly burger. Abang type mesej “please call 017******* dan mesej dihantar melalui google acc tersebut. Mesej ni memang akan terpapar di muka depan screen.
Last resort, ain memang nak “consider erasing your device” dah. Tapi ain sabar je dulu sebab button ni memang pilihan terakhir. Kalau tekan yang tu memang tak dapat recover balik semuanya.
Saat ain hampir berputus asa, tetiba satu panggilan masuk ke phone abang. Mungkin dia baca mesej yang dihantar.
Alhamdulillah. Orang yang ambil phone tu memang bercadang mahu pulangkan semula. Katanya tengah solat tadi.
Dan kami jumpa di depan ramly burger.
Sungguh Allah mendengar doa hambanya yang meminta dengan bersungguh ketika turunnya hujan rahmat.
Kejadian ini membuatkan Ain insaf, kalau waktu macam ni Allah dengar permintaan kita, apalagi kalau kita meminta dengan bersungguh di waktu tahajjud.
Melalui post ini, Ain cuma mahu sampaikan cara untuk mencari phone yang hilang sekiranya tiada apps. Atau mungkin anda semua boleh download sahaja apps sebelum kes macam ni terjadi. Wallahualam.
Berikut langkah demi langkah yang perlu dilakukan.
Langkah 1 : Pilih ‘Choose Account’
Langkah 2 : Masukkan google password
Langkah 3 : Scroll down
Langkah 4 : Pilih Find Your Phone ‘Get Started’
Langkah 5 : Pilih Jenis ‘device’
Langkah 6 : Masukkan password pada handphone untuk mengesan
Langkah 7 : Pilih untuk ‘Ring’ atau Kesan lokasi
Semoga bermanfaat, kongsikan juga pada orang lain.