Jom kita bercucuk tanam di laman rumah. Aktiviti ini bukan sahaja boleh kita lakukan sekadar mengisi masa lapang, tapi andai dibuat bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan.
Andai masih tercari-cari pokok apa yang ingin disemai, apa kata kita mulakan dengan menyemai pokok limau nipis ini. Katanya, menanam pokok ini dengan keratan batang tidaklah susah mana sebagimana yang dikongsikan ini.
Cara semai limau nipis
1. Potong ranting limau,sepanjang 5″ dari pucuk.
2. Pastikan batang sudah berwarna gelap/kecoklatan.
3. Cucuk pada media tanam, apa jenis tanah pun boleh, sebolehnya yang boleh serap lembab.
4. Letak ditempat redup, saya letak bawah pokok jambu, terlindung dari sinaran matahari.
5. Bila 2 minggu, batang masih elok, tidak menghitam, Insya Allah peratusan hidup adalah tinggi.
Dah pun berputik. Tapi takkan jadi buah punya.
Manakala perkongsian daripada Azman Mohamed Ali di Fb ada menunjukkan kaedah lain untuk menyemai keratan batang limau nipis ini. Caranya juga mudah dan jom ketahuinya.
“Ohhh…rupanya senang menanam keratan limau purut dan limau nipis ye….ambil keratan buang daun , letak tanah dalam pasu siram sebasah mungkin cucuk keratan dalam pasu tu tutup dengan palastik bag letak tempat teduh…lepas seminggu dah keluar tunas…
Semoga dengan perkongsian menyemai pokok limau nipis dengan menggunakan keratan batang seperti ini dapat memudahkan ibu-ibu untuk mencuba bercucuk tanam di laman rumah. Semoga berjaya!
sumber : Euis Maemunah dan Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri