Jom kita bercucuk tanam di laman rumah. Aktiviti ini bukan sahaja boleh kita lakukan sekadar mengisi masa lapang, tapi andai dibuat bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan.
Andai masih tercari-cari pokok apa yang ingin disemai, apa kata kita mulakan dengan menyemai pokok limau nipis ini. Katanya, menanam pokok ini dengan keratan batang tidaklah susah mana sebagimana yang dikongsikan ini.
Cara semai limau nipis
1. Potong ranting limau,sepanjang 5″ dari pucuk.
2. Pastikan batang sudah berwarna gelap/kecoklatan.
3. Cucuk pada media tanam, apa jenis tanah pun boleh, sebolehnya yang boleh serap lembab.
4. Letak ditempat redup, saya letak bawah pokok jambu, terlindung dari sinaran matahari.
5. Bila 2 minggu, batang masih elok, tidak menghitam, Insya Allah peratusan hidup adalah tinggi.
Ads
Dah pun berputik. Tapi takkan jadi buah punya.
Manakala perkongsian daripada Azman Mohamed Ali di Fb ada menunjukkan kaedah lain untuk menyemai keratan batang limau nipis ini. Caranya juga mudah dan jom ketahuinya.
Ads
“Ohhh…rupanya senang menanam keratan limau purut dan limau nipis ye….ambil keratan buang daun , letak tanah dalam pasu siram sebasah mungkin cucuk keratan dalam pasu tu tutup dengan palastik bag letak tempat teduh…lepas seminggu dah keluar tunas…
Ads
Semoga dengan perkongsian menyemai pokok limau nipis dengan menggunakan keratan batang seperti ini dapat memudahkan ibu-ibu untuk mencuba bercucuk tanam di laman rumah. Semoga berjaya!
sumber : Euis Maemunah dan Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Inilah bukti cinta seorang anak buat ibu yang telah uzur dan sakit terlantar. Sentiasa akan berada di sisi sepanjang masa bagi memastikan ibu yang selama ini banyak berkorban membesarkan kita sebagai anaknya dapat diberi perhatian sebaik mungkin.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Itulah yang cuba dilakukan oleh Amin Nasrin Abdullah, 30 tahun dalam menjaga ‘syurga’ nya itu dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab meskipun terpaksa berhenti kerja.
“Biarlah saya menghabiskan masa menjaga ibu yang perlu diawasi hampir setiap waktu kerana dia boleh diserang sawan secara tiba-tiba, selain keadaannya yang semakin uzur sejak kebelakangan ini,” luah Amin Nasrin Abdullah, 30, anak tunggal yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga ‘syurga’ nya itu.
Difahamkan sebagaimana memetik laporan Berita Harian, Amin sebelum ini pernah berkerja di sebuah kedai serbaneka selama 10 tahun di pekan Rantau Panjang, namun terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti beberapa bulan lalu selepas ibunya, Halimah Mohd Yusof, 69, hanya mampu terbaring akibat masalah penyakit saraf.
Hidup Berdua Sejak Kecil
Tambahnya lagi, sepanjang hidup sejak kecil hanya bertemankan kasih sayang ibu sahaja selepas ibu ayahnya berpisah. Lantaran itu sedikitpun dia tidak kesal dengan keputusannya untuk berhenti kerja demi menjaga satu-satunya ‘harta’ di dunia yang masih ada.
“Sekarang saya hanya bergantung harap kepada wang simpanan yang dijangka bertahan untuk tempoh dua bulan sahaja memandangkan ibu juga memerlukan lampin pakai buang dengan kos RM450 sebulan.
“Sejujurnya saya sendiri buntu tetapi perlu terus kuat di depan ibu kerana dia hanya mampu terbaring serta perlu dibantu untuk makan, minum dan mandi. Hati saya juga luluh melihat ibu meronta kesakitan apabila diserang beberapa kali dalam sehari.
“Saya tidak sampai hati meninggalkan ibu seorang diri di rumah dan mengambil keputusan berhenti kerja walaupun sebelum ini pernah mengupah orang menjaga ibu dengan bayaran RM600 sebulan,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di rumahnya di Kampung Tasek Permai.
Sambungnya lagi,”Di usia begini juga, ramai yang bertanya kenapa saya masih belum berkahwin? Saya hanya mampu tersenyum dan menerangkan bahawa buat masa ini hanya ibu yang menjadi keutamaan saya.
“Sewaktu ibu masih kuat, dia yang membesarkan saya seorang diri dengan menorah getah dan melakukan pekerjaan lain tanpa erti penat. Sekarang adalah masa untuk saya membalas segala jasanya, biarpun bukan dengan kemewahan tetapi saya cuba menjaga sebaik mungkin.
“Besar harapan saya supaya ibu boleh kembali sembuh kerana melihat keadaanya begini ada kalanya membuat saya menjadi sangat sedih, tetapi deminya saya cuba untuk terus kuat,” katanya yang mengakui sentiasa berdoa supaya dirinya terus kuat menghadapi dugaan itu.
Terima Bantuan
Nasib pemuda itu turut mendapat perhatian wakil badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar, yang tampil membantu daripada segi kewangan dan barangan keperluan selain turut memberi sokongan moral buatnya.
Disamping itu, ibunya turut menerima bantuan zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM450 sebulan bagi kategori ibu tunggal dan digunakan sepenuhnya untuk rawatan dan membeli lampin pakai buang.
Tular baru-baru ini pengakuan seorang selebriti Malaysia yang mengulas isu menutup aurat sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.
Di dalam siaran langsung tersebut, Ifa Raziah meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang sebanyak tiga kali untuk ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah walaupun masih belum mengenakan hijab.
Seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai @nazrul_al_bangsari memuatnaik pengakuan Ifa tersebut menerusi laman sosialnya.
Apa yang membuatkan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu yang mempersoalkan terdapat golongan mengikut perintah Allah dengan memakai hijab tetapi perbuatan mereka tidak seiring dengan penampilan.
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas mengenai isu tersebut sekaligus membuat teguran kasih sayang kepada artis terbabit.
Menurut Ustazah Asma, peluang menunaikan haji dan umrah memang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Namun, kayu ukur utama adalah perubahan yang dilakukan selepas pulang dari mengerjakan ibadah tersebut sama ada ibadah lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk.
Beliau turut menjelaskan setiap teguran yang diberikan bukan bermaksud mahu mengambil kerja Tuhan tetapi ia juga bukan bermakna orang lain boleh senang-senang memperkecilkan perintah Tuhan.
Rahmad Mega tak sabar timang cucu, anak kedua naik pelamin. Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak memaklumkan tidak sabar untuk memiliki cucu hasil perkahwinan anak keduanya, Farisha Eriena yang berlangsung baru-baru ini.
Rahmad Mega Tak Sabar Timang Cucu, Anak Kedua Naik Pelamin
Memetik Harian Metro penyanyi yang berusia 54 tahun ini begitu teruja kerana ada di kalangan rakan-rakan sebaya dengannya sudah mempunyai beberapa orang cucu.
“Ada kawan yang dah ada tiga, empat cucu, sedangkan saya seorang cucu pun belum ada. Jadi saya dan isteri memang menantikan detik-detik itu. Kalau dapat secepat mungkin lagi bagus.
“Farisha adalah anak kedua saya, tapi ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga saya. Anak yang sulung lelaki kini dah berusia 30 tahun. Anak ketiga juga lelaki, berumur 24 tahun.
“Mereka pun belum ada tanda-tanda nak kahwin. Saya tak halang mereka kalau nak kahwin nanti kerana nampak mereka ada sikap bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, penyanyi lagu Takdir Dan Waktu ini dan isterinya, Norpaizah mengadakan majlis kenduri kahwin dan resepsi anak mereka, Farisha Eriena bersama pasangan, Shaiful Anwar Solehan di Setia Tropika Welcome Centre, Johor Bahru yang dihadiri kira-kira 1500 tetamu.
Majlis itu juga dihadiri rakan-rakan artis antaranya komposer LY dan isterinya Baiduri, Nizam Laksamana dan isteri, Ayai Illusi dan Bandi Amuk.