Keadaan abang ipar Shuib iaitu Ahmad Firdous yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19 hampir sama dengan Siti Sarah sebelum ini.
Shuib, 38, memaklumkan di dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual berkata, paru-paru Ahmad Firdous berada dalam kondisi sangat tidak baik.
“Sebab itulah saya tetap mahu teruskan sesi doa dan bacaan Yaasin pada malam ini,” katanya.
Ditidurkan Jam 5 Pagi
Sebelum itu Shuib menerusi Instagram memaklumkan abang iparnya itu dimasukkan ke ICU hospital berkenaan dan ditidurkan pada jam 5 pagi semalam.
“Namun, kira-kira jam 11 pagi, kakak ipar menghubungi saya dan maklumkan keadaan suaminya tidak berapa baik.”Doktor menjelaskan, situasinya hampir sama dengan arwah isteri saya,” katanya.
Sehubungan itu, Shuib memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Ahmad Firdous yang juga abang sulung sulung Siti Sarah.
Menurut Shuib, hubungan Allahyarham isterinya dengan Ahmad Firdous sangat akrab.
“Semoga Allah SWT memberi kemudahan kepadanya. Abang ipar dengan arwah sangat rapat dan dia baik orangnya.
“Tapi ketika dia tidak sihat, semangatnya agak lemah. Jadi saya harap dengan bacaan Yassin dan doa pada malam ini, dia diberikan kekuatan untuk bangun dan berjuang. Insya-Allah,” katanya.
Manakala meninjau di ruangan facebook milik Ahmad Firdous ada memaklumkan keadaannyanya sebelum ditidurkan, “Pindah ICU. Masih melawan covid-19 level 4,” tulisnya.
Dua Pekerja Sah Positif Covid-19
Sementara itu, Shuib turut memaklumkan dua pekerjanya disahkan positif Covid-19 dan berharap mereka kuat untuk melawan wabak berkenaan.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini, selebriti Mizz Nina berangkat ke Tanah Suci bersama anak angkatnya, Musa bagi mengerjakan umrah.
Berita itu dikongsikan olehnya sendiri di laman Instagram miliknya dalam sebuah entri terbaru, Mizz Nina melahirkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki ke sana dan mendedahkan yang anaknya itu sering menonton dan mendengar tentang ibadah haji beberapa bulan sebelum tiba di kota suci tersebut.
“Alhamdulillah ya rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk berada di sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu, alhamdulillah, dia dapat melihat perkara yang sebenar (Kaabah),” tulisnya.
Dalam pada itu, Mizz Nina sempat memanjatkan doa buat anaknya yang tersayang.
Menerusi doa berkenaan, Mizz Nina meminta agar Musa membesar sebagai individu yang baik akhlaknya, dan beriman kepada Allah SWT.
“Ya Allah,. jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah. yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keiman sebagai teras hidup, takwa, kebenaran dan tawakkul.
“Kurniakanlah dia tarbiyyah yang baik dan semoga Al-Quran mengajarnya segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidupnya di dunia dan di akhirat. Amin,” tulis Mizz Nina lagi.
Terdahulu, Mizz Nina menjadi antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kcbangsaan 1444T1/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Ahad.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.
Difahamkan Mizz Nina aktrif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 dan sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017.