Seumur hidup mungkin ada yang belum pernah mencuba menanam cili benggala atau capsicum ini.
Biasanya ramai lebih berminat menanam cili kulai atau cili merah dan juga cili padi di laman rumah untuk kegunaan sendiri. Sama ada ditanam dengan teknik fertigasi atau ditanam terus ke atas tanah atau di dalam pasu, ini telah biasa dipraktikan.
Pun begitu menanam cili benggala di tepi rumah, idea yang bagus juga. Bolehlah bila tanaman mengeluarkan hasil, diguna untuk menyediakan beberapa menu yang enak.
Untuk itu, buat yang pertama kali ingin mencuba, jom kita ikuti perkongsian daripada Mell Akmal. Walaupun dia bukanlah pakar dalam bidang tanaman, namun telah berjaya menanam pokok cili banggala dan tanamannya hidup subur hingga mengeluarkan hasil.
Ini perkongsiannya.
ANAK POKOK CAPSICUM
Haritu ramai pm saya, tanya kan cara semai anak pokok. Cara saya
1. Beli capsicum dekat pasar berdekatan
2. Ambil biji nya, dan rendam dalam air semalam.
3. Biji yang terapung tu dibuang . Yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Bila dah besar sikit sy spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain
Bagi yang nak beli anak pokok, saya tak jual. Saya boleh bagi free, cuma masalah sekarang saya x sure macam mana saya nak post anak pokok ni. Saya dekat kuala lipis pahang.
Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja.
Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ade yang salah. Mohon tunjuk ajar.
Sumber : Mell Akmal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club