Menyemai Benih Cara Paling Asas Wanita Ni Kongsikan. Boleh Cuba Untuk Yang Beginner!

Share

Berkongsi cara menyemai dan menanam pokok paling mudah yang dilakukan oleh wanita ini, menarik juga untuk sama-sama dipelajari. Lebih-lebih lagi buat yang baru-baru berjinak untuk menanam di laman rumah.

Ada orang kata menanam ini susah dan tidak semua boleh lakukannya. Tapi bila membaca perkongsian daripada Cik Sue ini terasa cukup mudah pula dirasakan. Jadi apa kata dicuba dahulu dan lihat hasilnya kemudian.

Meh rapat-rapat siapa yang nak tau “CARA CikSue SEMAI BENIH” ramai yang tanya tapi tak boleh nak balas satu-satu.. duduk rumah pun bz tak boleh nak mengadap hp 24jam..

YANG PERTAMA- Tanah
Tak kisah nak guna tanah organik ke tanah bakar ke cocopeat ke, nak campur dengan tanah merah pun boleh.. kalau tanah tu elok untuk tanaman elok la untuk semaian.. bab tanah pun kena hati-hati nak guna elok cuba dulu.. tanah PANAS pokok boleh mati tau..

YANG KE2 – Benih
CARA RAJIN = Letak tanah dalam pasu, lubangkan di tengah sikit, letak benih dan kambus tanah.
CARA MALAS = Tabur je benih dalam pasu bila dah 4 daun baru alih satu persatu, benih tak semuanya tumbuh.. CikSue memang guna cara malas nie 

YANG KE3 – Semai
Masa semai benih tu bagi je dia kena panas pagi.. CikSue memang tak pernah bungkus dengan kain hitam ke plastik hitam ke kotak hitam ke  bila kena panas pagi dia akan tumbuh dengan sihat.. tak la tinggi melayut je macam cacing, daun pun tak nampak 

YANG KE4 – Air
Bab air tak payah rajin sangat nak jirus hari-hari. Cukup sekadar basahkan tanah je.. kalau hari kedua tanah tu masih basah takyah la jirus.. senang kan?

YANG KE5-Baja

Nak anank-anak hijau kita tu gemuk kena la bagi makan. Lagi senang guna baja AB sebab baja ni jenis cecair, cepat serap dan senang nak bancuh cair.. budak kecik bagi baja cair je jangan banyak kang meninggal pulak dia.

Nie CARA SENANG dari CikSue.. harap bermanfaat kepada semua yang baru nak belajar menanam sayur.. Selamat mencuba

sumber : Suhafiza Sudin CikSue