Ayam percik adalah hidangan kegemaran ramai apabila tiba bulan Ramadan. Selalunya bila datang rasa teringin nak makan ayam percik kita akan membeli di bazar Ramadan.
Namun, jika malas nak pergi beli. Jadi, apa kata cuba lakukan sendiri di rumah? Boleh buat sebanyak mana yang anda mahukan. Boleh dihidangkan dan makan bersama keluarga atau berikan kepada jiran tetangga. Dapat uga kita berkongsi rezeki bersama dan kumpul pahala bulan puasa ini.
Jom tengok resepi percik yang anda boleh cuba sendiri. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa?mehla kita buat percik ike kembung pulop,percik klate hok sedak sekali.tak cayo cuba la try,baru tahu namboh nasi ke tidak ha ha ha
.
tapi sengoti percik sedak sungguh,menu wojib bulan puasa,anak anak pun lalu makan nasi kalau ada percik,boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam deh.jangan duk save sajo resepi tuuuu,try selalu kiki
.
PERCIK IKAN KEMBUNG SEDAK DOOH
Bahan A: Perap Ayam/Ikan
8 ulas bawang putih
3 batang serai
1inchi halia
1 tbsp cili kering kisar
2 inchi kunyit hidup
sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
1tbsp garam
1/2 tbsp jintan manis
secubit belacan (optional)
sedikit air untuk blend
Bahan B: Bahan Kuah
8 biji bawang merah size 50sen
2 ulas bawang putih
sehiris halia
1 tbsp ketumbar biji (sangai)
secubit belacan
3 tbsp cili kering
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
2 tbsp garam bukit
2 tbsp gula pasir
2 tbsp gula kabung thai
1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam
2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak
3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk
4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa
5. Masak sampai mendidih & pekat
6. Bakar ikan atau ayam sampai masak
7. salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar.Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedapp
8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ayàm size 2kg.
Rujuk gambar
Selamat berbuka puasa!
Sumber:Suhasnida Ismail