“Menyanyi Tu Kerja Ke Suka-Suka, Lebih Baik Jadi Ustaz Dari Jadi Penyanyi.” Ini Jawapan Win Dato’ Seri Aliff Syukri!

Share

Pasangan suami isteri ini memang sejiwa biarpun banyak perbezaan antara mereka. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati, kadang serius, namun tetap disulami dengan gurauan dan babak romantis.

Jika Dato Seri Aliff Syukri lebih suka menonjolkan diri, namun isterinya Datin Seri Shahida sebaliknya lebih suka low profile. Jika ada perbuatan atau cara Datuk Seri Aliff yang agak kurang disenangi, isteri kesayangannya ini pasti akan menegur.

Nampak lembut tapi berbisa juga ni. Sehinggakan Dato Seri Aliff hilang kata-kata untuk menjawabnya. Baru-baru ini, pengasas D’hERBS Terlajak Laris ini ingin menceburi bidang nyanyian pula.

Beliau yang akan ke Indonesia untuk tujuan tersebut bagaimanapun dinasihatkan oleh isterinya supaya menumpukan perrhatian kepada bisnes sahaja berbanding ingin menjadi penyanyi.

“Menyanyi tu kerja ke suka-suka,”tanya Datin Seri Shahida kepada suaminya. Lucu bila nampak riak wajah Dato Aliff yang ditegur isteri tentang hal tersebut.

Kata Dato Seri Aliff , dia mahu menunjukkan bakat menyanyi pula. Beliau yang meminta anak-anak mendoakannya menjadi penyanyi namun isteri kesayangannya itu membalas dengan berharap suaminya itu menjadi ustaz. Lagi elok jika banyakkan membaca al quran dari membuat buat lagu.

 

Perkongsian Dato Aliff Syukri ini mendapat reaksi dari pengikutnya di laman sosial. Ada yang mengakui kata-kata datin seri tak kurang yang memberi sokongan kepada Dato Seri Aliff.

vamelyaEmank nya @lucinta di indonesia artis hebat??gak salah tu..masuk tv aza gak boleh koq @aliffsyukriterlajaklaris

zack_yasok@aliffsyukriterlajaklaris dato ni berani mencuba segala bidang…selamat maju jaya

erniefaridah886Salute wife mcm ini.. Dlm membebel2x masih mendoakan yg baik2x..

ciksara4789Hahaha ayat datin win

zuridah_edaLau dato nyanyi dgn datin lagi win rasanye suara datin power…

tgumaimahahaha adoiilh win btllh datin..yusoff tberak dengar abahnye nyanyi nti ?

nurul_azrina93Suka tgok keluarga dato aliff..♥️istri sgt2 sporting n baik ati..☺️

umisuhaimi68Teguran yg baik dari isteri,alhamdulillah, syukur Dato @aliffsyukriterlajaklaris dpt seorang isteri yg baik,setia,jujur,sabar..bukan senang nk menghadapi kerenah suami yg mcm2..semuga kekal hingga kejannah ..aminn

mie_mie_said@najwasamion dgr tu nasihat dato Kri

 

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris