Pasangan suami isteri ini memang sejiwa biarpun banyak perbezaan antara mereka. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati, kadang serius, namun tetap disulami dengan gurauan dan babak romantis.
Jika Dato Seri Aliff Syukri lebih suka menonjolkan diri, namun isterinya Datin Seri Shahida sebaliknya lebih suka low profile. Jika ada perbuatan atau cara Datuk Seri Aliff yang agak kurang disenangi, isteri kesayangannya ini pasti akan menegur.
Nampak lembut tapi berbisa juga ni. Sehinggakan Dato Seri Aliff hilang kata-kata untuk menjawabnya. Baru-baru ini, pengasas D’hERBS Terlajak Laris ini ingin menceburi bidang nyanyian pula.
Beliau yang akan ke Indonesia untuk tujuan tersebut bagaimanapun dinasihatkan oleh isterinya supaya menumpukan perrhatian kepada bisnes sahaja berbanding ingin menjadi penyanyi.
“Menyanyi tu kerja ke suka-suka,”tanya Datin Seri Shahida kepada suaminya. Lucu bila nampak riak wajah Dato Aliff yang ditegur isteri tentang hal tersebut.
Kata Dato Seri Aliff , dia mahu menunjukkan bakat menyanyi pula. Beliau yang meminta anak-anak mendoakannya menjadi penyanyi namun isteri kesayangannya itu membalas dengan berharap suaminya itu menjadi ustaz. Lagi elok jika banyakkan membaca al quran dari membuat buat lagu.
Perkongsian Dato Aliff Syukri ini mendapat reaksi dari pengikutnya di laman sosial. Ada yang mengakui kata-kata datin seri tak kurang yang memberi sokongan kepada Dato Seri Aliff.
nurul_azrina93Suka tgok keluarga dato aliff..♥️istri sgt2 sporting n baik ati..☺️
umisuhaimi68Teguran yg baik dari isteri,alhamdulillah, syukur Dato @aliffsyukriterlajaklaris dpt seorang isteri yg baik,setia,jujur,sabar..bukan senang nk menghadapi kerenah suami yg mcm2..semuga kekal hingga kejannah ..aminn
Berkongsi info dan cara menghindari makanan yang boleh menyebabkan gout, doktor ini terpanggil untuk berkongsi faktanya.
Semoga serba sedikit penerangan ini, menjadi satu titik permulaan untuk kita pastikan pemakanan keluarga adalah dari sumber yang sihat dan berkhasiat. Jom semak.
MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN GOUT
Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.
Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.
Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak dan panas. Sendi yang sering terlibat ialah sendi pada ibu jari pada kali pertama, namun boleh juga berlaku pada sendi seperti lutut, siku dan tumit.
Peningkatan tahap gout yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembentukan kristal yang lebih besar (dinamakan “tophi”) sehingga mencacatkan sendi itu. Peningkatan uric acid yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan akhirnya kerosakan buah pinggang.
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga pemakanan seharian dan elakkan makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.
Kurangkan berat badan dan minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.
Baru-baru ini kecoh satu video viral berlaku di Selangor jadi bualan hangat netizen. Rata-ratanya marah dengan tindakan cikgu yang mengasari seorang kanak-kanak.
Dalam video berdurasi kurang seminit itu, dipercayai seorang guru tadika tersebut dilihat seolah-olah mencampak kanak-kanak tersebut sebanyak dua kali. Apa yang membuatkan ramai sedih adalah insiden itu turut diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.
Walaupun tindakan telah diambil ke atas guru berkenaan, namun netizen masih tidak berpuas hati dan menyalah pihak tadika.
Justeru, tampil seorang lelaki yang merupakan ayah kepada salah seorang pelajar ditadika berkenaan untuk orang ramai ‘cool’ dan berhenti menyalahkan pihak tadika.
Baru lepas jumpa pengetua sekolah Pn Anizah yg saya hormati yg terlibat kes menghempas budak hari ni..minta penjelasan sbb anak sy sekolah di situ jugak.
Katanya dari pihak sekolah tersebut.. cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhenti bekerja serta merta dan report polis telah dibuat.
Nk jumpa cikgu tu dah takde.. dah tak dibenarkan mengajar serta merta.. kejadian berlaku semalam. Cuma apa yg saya lihat pihak sekolah terutama pengetua sekolah amat amat ambil serius tentang perkara ini sbb cikgu tu bukan mengajar tetap.. hanya cikgu praktikal.
Pengetua sekolah memaklumkan kepada saya.. beliau telah pesan banyak kali pada setiap guru tetap mahupun praktikal supaya kawal emosi semasa mengajar, jangan mengambil tindakan melulu terhadap pelajar. Tetapi tidak diendahkan.
Saya amat menghormati pengetua sekolah tersebut kerana beliau amat berdidikasi terhadap anak murid beliau dan beliau juga sangat aktif dalam memaklumkan perkembangan setiap pelajar di sekolah tersebut.
Mmg x wajar apa yg dilakukan oleh individu tersebut.. kerana setitik nila habis semua cikgu mendapat tempias nya termasuk pihak sekolah.. pihak sekolah tu dah 30 tahun beroperasi.. ni kejadian pertama berlaku..
Saya dapat berita tadi terus bergegas ke skolah.. sbb nak pastikan apa yg berlaku sebenarnya. So mmg x patut cikgu tu buat macam tu.
Sy mendapat makluman Tujuan rakaman tu dibuat utk hantar ke pihak universiti katanya, sebab mereka praktikal di situ.. video tu tersebar sebab tunang kpd cikgu yg merakam video tu nampak kejadian tu sebelum video tu dihantar ke pihak university utk tujuan semakan kualiti kerja semasa praktikal..pastu dia tak puas hati dia viralkan.
Secara umum, ketika seorang wanita sedang haid atau nifas tidak diperbolehkan untuk berpuasa, solat dan membaca al-Qur’an dan menyentuhnya. Lebih sedih apabila ia berlaku ketika pada 10 hari terakhir Ramadhan. Ketika ini seluruh umat Islam mengandakan ibadah dan menghidupkan malamnya dengan berbagai amalan ibadah.Namun ia sebaliknya bagi wanita yang mempunyai haid pada malam Ramadhan.
Menerusi perkongsian ini wanita tidak perlu rasa sedih. Walaupun tidak boleh melakukan ibadah tetap boleh menggandakan pahala ketika ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
“ASAL SEPULUH MALAM TERAKHIR, AKU MESTI TERLEPAS. MENGAPA ENGKAU DATANG PADA WAKTU INI ?”
Kekadang kita wanita merasa seperti ada “diskriminasi” dalam agama ini. Mungkin tidak di mulut kita, namun ia berbisik di hati kita, lalu mempengaruhi tindak tanduk kita para wanita.
Seolah-olah agama dan “keberkatan” ini sentiasa memenangkan kaum lelaki. Termasuk keberkatan malam Lailatul Qadar, ia ternyata bukan milik wanita yang didatangi haidh ?!
Siapa mengatakan demikian rupa ?
Ketika Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai Ramadhan sebagai bulan diturunkan al-Quran (malam al-Qadar), ayat yang sama juga Allah SWT menyebut tentang mereka yang sakit dan bermusafir serta rukhsah yang diberikan.
Tidak dipisahkan frasa mengenai kelebihan Ramadhan dengan frasa mereka yang sakit melainkan disatukan dalam satu ayat 185 berkenaan, seolah-olah menunjukkan ada sahaja rahmat Allah dan peluang memperolehi pahala malam Lailatul Qadar meskipun kepada mereka yang ma’zurah seperti wanita yang didatangi haidh.
Rasulullah SAW juga memberikan khabar gembira.
LIHAT hadis sahih dari Imam Bukhari (hadis 2996) bahawa Allah Yang Maha Pengasih akan mencatatkan pahala penuh kepada mana-mana hamba-Nya – lelaki atau wanita – yang ditaqdirkan sakit ketika mereka mahu menunaikan sesuatu ibadah yang sudah sering kali mereka melakukannya selama ini.
Yang diperlukan oleh seorang wanita yang uzur hanyalah bangunkan dirinya dari lena dan pasangkan niat yang bersungguh, penuh tekad dan keazaman, seolah-olah dia benar-benar mahukan amalan itu dilakukan seperti dia melakukannya secara konsisten sebelum ini, namun kerana Allah SWT jua yang melarang kerana keuzuran itu, maka hamba itu tidak melakukannya kerana Allah SWT.
Bergembiralah wahai wanita dengan keadilan Allah SWT, yang membuktikan inilah satu-satunya agama fitrah, memahami fitrah wanita!
Kita mungkin kecewa dan sedih dengan keghairahan kaum Muslimin dan kaum suami beribadah lebih dari kita di malam Al-Qadr, namun kita jangan sekali-kali bersangka kurang baik pada sistem penilaian amalan di sisi Allah SWT sendiri.
Banyak atau sedikit kuantiti amalan bukanlah ukuran. Yang dinilai Allah adalah kualiti keikhlasan.
LIHAT hadis hasan sahih dari Al-Tirmidzi (hadis 3513) dan Ibnu Majah (hadis 3850), tanya satu soalan, bukankah Aisyah r.a yang bertanya soalan ini sudah pasti pernah hadir atau akan hadir satu ketika di mana beliau menyaksikan Lailatul Qadar itu berlaku sedangkan beliau sendiri didatangi keuzuran syar’ie ?
Namun kita semua tahu ucapan Rasulullah sendiri “direct” kepada Aisyah tanpa meletakkan sebarang pengecualian kepada kaum wanita di malam itu.
LIHAT hadis sahih dari Imam Bukhari (hadis 2024) dan Imam Muslim (hadis 1174), tanya satu soalan, mengapakah hadis itu merakamkan Rasulullah SAW membangunkan kesemua ahli keluarganya pada 10 malam terakhir ?
Bukankah isteri-isteri baginda, yang sihat mahupun yang uzur, termasuk dalam kategori “ahli” yang dibangunkannya ?
Adakah nas hadis berkenaan menyatakan ada yang dikecualikan dari dibangunkan Rasulullah ?
Sesungguhnya ganjaran amalan 1000 bulan bukan hanya terbatas pada amalan berbentuk solat dan qiam sahaja.
Janganlah disempitkan makna ibadah dan makna menghidupkan malam-malam Ramadhan itu.
Wanita yang haidh yang “dibangunkan” Allah di malam Al-Qadar boleh berzikir dengan pelbagai jenis zikir, berselawat kepada Nabi SAW, membelek tafsir al-Quran, bersedeqah dan pelbagai lagi yang diizinkan syara’.
Bukankah berzikir kepada Allah SWT tidak mensyaratkan wanita bersih dari haidh ?
Bayangkan pahala berzikir dan istighfar kalian pada malam itu adalah pahala berzikir dan beristighfar yang jauh lebih baik dari 1000 bulan ?
Wanita yang haidh yang “dibangunkan” Allah di malam Al-Qadar boleh mendengar bacaan al-Quran, dari sesiapa sahaja masyayikh atau dari bacaan suami sendiri semasa suami melakukan qiamullail.
Bayangkan pahala mendengar bacaan al-Quran kalian pada malam itu adalah pahala mendengar bacaan Al-Quran yang lebih baik dari 1000 bulan ?
Jangan sekali-kali merasakan diri kita kotor hanya kerana tidak boleh memegang mushaf al-Quran.
Hakikat sebenar kotornya seseorang itu adalah pada dosa-dosa yang masih terpalit tanpa pengampunan Tuhan dalam dirinya sedangkan dia melalui Ramadhan.
Syurga Allah SWT dan keampunan-Nya pada seluruh dosa-dosa yang menimpa para wanita tidak hanya mempunyai pintu-pintu masuk yang hanya untuk wanita sihat dari sebarang keuzuran syar’ie semata-mata.
Kemustajaban doa dari sisi Allah SWT tidak diletakkan pula syarat agar doa itu dilafazkan semasa dalam solat dan dalam qiam sahaja.
Allah SWT menciptakan Ramadhan dengan segala keberkatannya. Allah SWT yang sama mencipta wanita dengan segala kelemahannya.
Adakah Yang Mencipta tidak menyediakan sistem dosa dan pahala yang adil untuk manusia, lelaki dan perempuan yang diciptakan-Nya ?
Maka percayalah bahawa Lailatul Qadar bukanlah tetamu yang datang, yang hanya perlu disambut dengan solat dan bacaan al-Quran semata-mata.
Bukankah apa yang mahu diraih pada malam itu pahala 1000 bulan menerusi apa jua amal soleh meskipun tanpa solat dan tanpa memegang mushaf membaca al-Quran ?
Bukankah apa yang mahu diraih pada malam itu doa yang mustajab dari sisi Allah SWT ?
Ingatlah wahai wanita, “tidak beribadah” nya kalian pada malam malam Al-Qadar itu sebenarnya itulah hakikat “ibadah” di sisi Allah SWT.
Allah Maha Adil, maka lihat dan rasailah keadilan-Nya itu !
AMALAN
Bagi wanita yang “uzur” di sepuluh malam terakhir, janganlah bersedih dan bergundah gulana, ingatlah:
1. Haidh itu adalah suatu yang telah Allah tetapkan keatas kaum hawa. Redha dengan ketentuanNya juga satu ibadah yang besar.
2. Meniggalkan larangan ketika haid seperti solat, puasa dan lain-lain juga di kira sebagai ibadat, jika di niatkan mematuhi perintah Allah S.W.T. Sedangkan melakukan larangan tersebut dikira sebagai maksiat.
3. Berzikir dan berdoa tidak disyaratkan suci daripada haidh dan nifas. Ulanglah doa yang Nabi S.A.W ajar kepada Aisyah R.A iaitu:
اللَّهمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيِ
Ertinya : Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maafkan kesalahan aku.
4. Berselawatlah kepada Nabi S.A.W banyak-banyak. Berselawat juga tidak disyaratkan bersih daripada haidh dan nifas. Kita berselawat kepada nabi sebagai ucapan terima kasih kepada baginda. Keistemewaan lailatul qadar ini hanya di berikan Allah kepada umat baginda S.A.W . Bagindalah “wasilah” bagi lailatul qadar ini.
Semoga kita semua memperolehi ganjaran lailatul qadar.
اللَّهُمَّ اجعلنا ممن أجزلت لهم ليلة القدر مع عظيم الأجر وكريم الذخر ….امين يا رب العالمين
Apa nak jadi dengan dunia sekarang, Perbuatan sumbang mahram makin menjadij-jadi sekarang. Terbaru, kejadian zina sumbang mahram berlaku di negeri Kelantan yang mana melibatkan...