Kalau dulu, selebriti terkenal, Rozita Che Wan, sering mendapat perhatian ramai dek kerana personaliti yang menarik dan cantik, di tambah pula dengan trendmark bulu mata yang lentik!
Sejak dikurniakan anak perempuan, siapa sangka kanak-kanak itu menurun penuh perangai ibunya dan juga sering mendapat perhatian walaupun masih kecil!
Keletah Aaisyah Dhia Rana yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian memandangkan Rozita Che Wan atau biasa disapa Che Ta tak lokek berkongsi gambar atau video Aaisyah.
Terbaru, Che Ta ada memuatnaik video anaknya yang bergaya seperti orang dewasa dengan memegang telefon bimbit dan juga beg tangan. Gaya yang ditunjukkan sama persis seperti model-model terkenal yang sedang bergaya dengan cermin mata hitam.
Ads
Bukan itu sahaja, Aaisyah juga sempat membuat aksi jelingan mata dengan membuka cermin mata tersebut terlebih dahulu yang menjadi tarikan orang ramai untuk melihatnya! Tindakan comel Aaisyah itu telah membuatkan Che Ta berasa ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anaknya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata memuji raut anak itu saling tidak tumpah seperti ibunya. Malah, ada juga yang terhibur dengan gelagatnya yang menangkat telefon pintar itu seakan berat sehingga senget bahu jadinya!
Ads
Sedikit info, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga Che Ta dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telahpun berusia sembilan tahun.
Umum mengetahui bahawa pelakon dan usahawan Aeril Zafrel telah di sahkan positif Covid-19.
Menerusi memuat naik video di laman Instagram mengakui dirinya dijangkiti virus bahaya tu. Aeril kini kuarantin kendiri di rumah.
Terbaru, isterinya, Wawa Zainal dan keluarga lain keputusan ujian negatif Covid-19 yang dimaklumkan menerusi Instagram milik Wawa.
Bagaimana pun dalam tempoh kuaratin pastinya perlu mematuhi SOP yang ketat mengelak jangkitan kepada ahli keluarga yang lain.
Begitu juga dengan Aeril yang memastikan dirinya tidak berada berdekatan dengan ahli keluarganya.
Menerusi muat naik video jelas mengambarkan Aeril berada di dalam bilik, namun apa yang menarik perhatian apabila rakaman isterinya yang memasuki bilik dengan berpakaian lengkap nyah kuman.
“Nampak sekejap pun jadilah. Hehe macam pocong dah . Cer teka sapa”
Menurut isterinya sebelum suaminya kuarantin kendiri di rumah, segala kelengkapan telah diambil namun terlupa beberapa helai pakaian sehingga memaksanya memasuki bilik suaminya namun dengan berpakaian lengkap nyah kuman.
“Sblm naik mcm2 benda nak ambil pencuci muka . serum ubat2an..sekali da naik lupa semua benda baju je sempat capai panas pakai ppe suit tu.”- Wawa
Mempunyai anak istimewa ni sebenarnya satu rahmat buat ibu ayah kerana kita akan belajar untuk menjadi lebih sabar dan reda dengan cabaran yang mendatang. Ibu ayah yang diuji begini sebenarnya insan kuat serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Allah SWT memilih orang yang mampu melalui setiap ujian dari-Nya.
Dr Say Shazril yang merupakan ayah kepada anak autisme bersikap terbuka berkongsi kesedaran tentang isu ini. Pada awalnya dia juga merasa sedih dan tidak dapat menerima apabila dimaklumkan anak sulungnya itu penghidap autisme. Pernah juga tertanya-tanya apakah dosanya di masa silam sehingga dihukum begini.
Namun Dr Say Shazril mengumpul kembali semangatnya dan tidak mahu memandang ke belakang. Dia dan isteri sangat positif dan sentiasa berkongsi ilmu tentang autisme supaya dapat membantu lebih banyak ibu ayah yang mempunyai anak autisme seperti dirinya.
Terbaharu, dia telah memuatnaik sebuah video di TikTok untuk bercerita tentang salah seorang pesakitnya yang memberitahu dirinya diceraikan kerana suami tidak dapat menerima keadaan anak mereka yang menghidap autisme.
Melalui cerita Dr Say, dia merasa sayu apabila wanita tersebut mengatakan dirinya seorang suami yang bagus kerana sentiasa ada bersama anak yang menghidap autisme.
“Doc bagus sebab Doc stay dengan your austistic son. Ex husband saya tinggalkan saya kerana anak kami austime. Dia tak boleh terima.”
Perkongsian wanita itu membuatkan Dr Say terfikir mengapa kaum lelaki sukar menerima keadaan seperti ini.
“Kenapa lelaki-lelaki ni malu ada anak sebegini. Dorang tak tahu ke dorang dah ada ‘kunci’ ke syurga? Nak kata anak macam ni membebankan, Allah takkan uji kalau Dia tahu kita tak mampu diuji.”
Tambah Dr Say lagi bila dia dikurniakan anak autisme ini, rezekinya bertambah melebihi daripada apa yang dia mampu perolehi sendiri.
“Nak salahkan bini sebab lahirkan anAk autisme, tahu tak gen pembawa autisme ni mostly inherited dari bapa?”.
Doktor selebriti ini juga sempat menitipkan pesanan kepada para ayah yang malu atau merasakan anak autisme membebankan, dia meminta supaya mereka ubah cara berfikir.
“We should be proud and we should feel blessed dapat anak syurga sebegini.”
Benarlah kata Dr Say, kehadiran anak autisme ini perlu disyukuri. Mereka anak hebat dan berpotensi besar, mengapa kita sebagai ibu ayah mahu menidakkan hak serta kelebihan yang mereka ada kan?
Semoga perkongsian dari Dr Say dapat membuka mata segelintir masyarakat yang masih mengganggap autisme sebagai sesuatu yang memalukan serta menjadi beban kepada keluarga.
Lakaran cinta indah terukir tatkala penyatuan dua hati menjadi satu. Nada cinta yang disemai murni mengukir bait-bait cinta abadi hingga ke alam syurga.
Penyatuan kasih antara Ustaz Wan Muhammad Nasrullah dan Ustazah Nurulhuda menjadi titik permulaan pasangan ini ideal ini dalam membina istana cinta bersama.
Ustaz Wan Muhammad Nasrullah yang merupakan putera bongsu kepada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid telah melangsungkan majlis pernikahannya 20 Januari di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Kota Bahru, Kelantan.
Namun majlis perkahwinan ini mengundang tangisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ketika meluahkan rasa hati di sesi ‘Salam Restu Ayah BondaTercinta’ .
TANGISAN USTAZAH SITI NOR BAHYAH DI MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA BONGSUNYA
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Manakala majlis di pihak lelaki pula pada diadakan pada 3 Februari di Borakombak Putrajaya pula. Memilih tema flora, singgahsana serba putih dihiasi jambangan bunga yang cukup memukau menghiasi segenap ruang.
Busana
Majlis disulami indah dengan alunan selawat dan zikir yang mendamaikan. Sebelum tetamu menjamu selera ibu ayah pengantin lelaki, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami menitipkan luahan hati meruntun jiwa buat anak bongsunya.
Dalam ucapannya di hadapan para tetamu, Ustazah Nor Bahyah memanjat rasa syukur melihat wajah bahagia anak tersayang berseri disamping ister tercinta.
Dalam nada sebak, dirinya mula mempersoalkan kasih sayang anak bongsu adakah tetap melayaninya sama seperti dulu walaupun telah bergelar suami. Namun ternyata anaknya tidak berubah, beliau meluahkan rasa syukur.
“Entah kenapa hati ini merasakan anakanda masih kecil. Setiap hari anakanda memeluk mama, mencium mama penuh kasih sayang. Setiap hari anakanda menghantar satu mug kopi ke bilik mama. Setiap hari akan whatsapp mama meskipun kita satu rumah. Anakanda akan tanya, ‘mama ok ker’, ‘mama nak apa-apa tak,’ adik bawa ke bilik mama.’.
Bahkan lebih meruntun jiwa, tidak membenarkan dirinya membasuh pinggan sebaliknya anaknya yang akan melakukannya.
“Adik bawa nasi dan satu mug ke bilik mama. Setiap tiap kali mama makan, adik tak bagi mama basuh pinggan. Adik akan basuhkan pinggan mama.”
HATI MULA BIMBANG
“Hati mama-mama tertanya-tanya setelah bernikah dua minggu adakah akan message mama lagi.”
“SubhanaAllah, ternyata adik masih setia menyayangi mama.”
Dia juga mohon para tetamu mendoakan pengantin untuk terus istiqomah dalam kebaikkan
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.