Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Kegembiraan menyambut orang baru dalam keluarga kini bertukar duka apabila suami yang disayangi pergi buat selama-lamanya.
Lebih memilukan, sang suami pergi selepas tiga hari wanita ini menamatkan tempoh berpantang.
Akur dan reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah swt, inilah perkongsian duka Yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Jueazur menerusi aplikasi TikTok.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Menerusi video pendek dikongsi oleh wanita ini, memaparkan kenangan-kenangan bersama Allahyarham suaminya dan dia pada masa yang sama turut berterima kasih atas doa yang dikirim oleh orang ramai.
Ads
“Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya. Semoga doa itu diangkat Allah SWT. Semoga syurga buat suami saya. Esok Jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi. Allah sayang sebab tu Allah uji. Terima kasih.
Malah isterinya juga tidak menceritakan asbab suaminya meninggal dunia dan dia bersangka baik dengan setiap aturan Allah S.W.T. Namun ada saudara terdekat mengatakan arwah meninggal akibat buatan orang.
“saya tlong jwp..manusia klu dah hati hitam mmg kjm.mcm2 blh buat.ini adik ipar sy.al fatihah u arwah.🥺
Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Gambar hiasan
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.
Menghormati ibu bapa adalah menjadi salah satu kewajipan seorang anak kepada orang tuanya. Bukan sahaja perlu berlemah lembut ketika bercakap dengan mereka, malah perbuatan dan tingkah laku juga perlu ditunjukkan sebaiknya.
Terdapat banyak cara untuk seorang anak menzahirkan rasa hormat kepada ibu dan ayah mereka dan antaranya adalah seperti memeperlahankan suara ketika bercakap dengan mereka dan paling penting jangan membantah permintaan ibu ayah.
Selain itu anda juga boleh amalkan seperti sebuah keluarga Arab ini lakukan bagi menunjukkan rasa hormat kepada ibu mereka. Kisah menarik ini telah dikongsikan oleh Muhammad Hassan dan bolehlah dijadikan panduan dan pengajaran untuk mendidik diri menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada orang tuanya.
Ingatkan Orang Kenamaan, Rupanya Ibu
Tadi saya makan tengahhari di kedai Arab. Ada satu family arab ini tiba-tiba semua bangun. Kawan saya yang Arab ni juga bangun. Saya ingatkan Menteri, Sultan atau orang kenamaan ke apa datang. Rupanya Mak famly sebelah meja kami ini yang baru sampai.
Anak-anak semua bangun tanda hormat kat mak. Sehinggalah mak duduk barulah semua duduk. Mak ni banyak kali buat isyarat tak bagi anak-anak bangun.
Inilah adab yang patut kita terapkan kepada anak-anak. Ajar anak-anak kita. Apabila atuk atau nenek masuk rumah atau lalu depan kita, bangun dan pandang mereka dan bagi salam walaupun dalam satu rumah.
Kita ini kadang-kadang hormat orang kenamaan berlebihan, lebih dari mak Ayah. Sedangkan mak ayah lalu depan mata buat tak tahu, siap layan HP lagi.
Saya belajar sesuatu siang tadi. Jika kita sedang makan bersama anak-anak. Jika isteri masuk ke dapur. Bangun dan persilakan isteri. Biar anak-anak tengok bagaimana kita layan ibu mereka.
Begitu juga isteri. Sedang makan, menonton TV bersama anak-anak, jika suami lalu, pandang suami atau bangun dan persilakan suami duduk bersama.
Adab ini apa yang kita lihat dan itulah yang kita tiru dan amalkan sampai bila-bila. Begitu jika kita mahu didik anak-anak supaya dia beradab dengan kita dan semua orang. Adab bermula dari dalam rumah.
Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Dalam hal ini, pesanan daripada pakar motivasi terkenal Datuk Prof Dr Muhaya dalam mendidik anak-anak boleh kita abadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...