Berkongsi resipi adalah antara aktiviti yang boleh membuatkan kita orang perempuan ni seronok dan bertambah puas hati jika resipi yang kita kongsikan itu turut dicuba dan digemari oleh orang lain.

Sama halnya dengan Puan Juriah ini, yang sudi berkongsi resipi bagaimana untuk menyediakan sambal nasi lemak yang bukan sahaj sedap rasanya malah bila ditumis berbau harum satu rumah.

Nak tahu apa rahsianya, jom baca perkongsian daripadanya ini.

Semalam sibuk mama Fatim masak nasi lemak untuk anak-anak. Maklumlah hari minggu. Dah namapun beranak ramai, kalau nak puas makan nasi lemak dari pagi sampai ke tengahari (tak sempat malam~ dah habis.. haha!), kena lah buat sendiri.

Mama fatim ni bukan buat untuk berniaga, tak sempat buat berniaga, belum sempat jual keluar, nasi tu nanti LAKU KERAS kat rumah sendiri je. Pelanggannya anak-anak . Haha!

Belajar masak nasi lemak pun sejak zaman belum kahwin lagi, mula dengan tak berapa pandai, kemudian sikit-sikit mahirkan lagi cara-cara masak nasi lemak sedap dan enak.

Ads

Sambal pun sama, mula-mula belajar mestilah tak berapa sedap. Kemudian, mahirkan lagi, tanya sana sini, lama-lama ok lah kan?

Yelah, keluarga sendiri nak makan, mestilah kena masak dengan KASIH SAYANG. Supaya aura nasi tu bagus. Yang nak makan pun keluarga kita.

Nak didik anak dengan baik pun perlu dimulakan memasak dengan aura yang bagus-bagus. Kalau sedang memasak tu tak perlu membebel-bebel.

Sekiranya sedang membebel sambil memasak, bayangkan macam manalah agaknya perangai anak-anak kita tu ye?

Ads

Ok, mama fatim nak share masak SAMBAL WANGI untuk nasi lemak. InsyaAllah, sambal ni wangi dan secukup rasa, berseleralah nak makan , nak pulak kalau dengan nasi lemak wangi special .

Kalau nak share dan simpan resepi, TAK USAHLAH SHARE SENDIRI-SENDIRI. Boleh jugak kongsikan dengan orang lain yang mahu buat sambal wangi untuk keluarga sendiri. Mama fatim pun nak juga dapat saham akhirat. InsyaAllah, boleh la mama fatim tumpang dapat PAHALA yang berpanjangan.

Bahan-bahan:Cili kering – lebih kurang 20 biji 
(Campur yang KERITING dan yang GEMUK) sebab keriting tu pedas, yang gemuk tu kurang pedas. Sorilah, lupa letak gambar. REBUS dan BLEND
Bawang merah besar – 4-5 biji blend
Bawang merah besar – hiris 1-2 bijiGula kabung ori/ gula melaka ori/ gula merah/ gula putih kalau takde sangat dah gula.

Daun pandan – 2-3 helai
Asam keping – 1
Ikan bilis segenggam – TUMBUK KASAR

Ads
Cara Penyediaan:
1. Mula-mula isi sedikit minyak masak- PANASKAN
Menumis Sambal Nasi Lemak Bertambah Wangi & Sedap. Ada Rahsianya & Bolehlah Dicuba!
2. Tumis gula putih bersama daun pandan, sehingga daun pandan layu dan gula hancur.
3. Gula yang hancur akan memberikan warna yang CANTIK pada sambal, daun pandan akan memberikan bau yang WANGI.
Menumis Sambal Nasi Lemak Bertambah Wangi & Sedap. Ada Rahsianya & Bolehlah Dicuba!
4. Setelah gula hancur, masukkan bawang merah hiris. Goreng sehingga layu dan naik bau untuk beberapa minit. Keadaan api tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Supaya tak hangus dan tak terlalu serap minyak pada bawang tu.
Menumis Sambal Nasi Lemak Bertambah Wangi & Sedap. Ada Rahsianya & Bolehlah Dicuba!
5. Masukkan cili blend dulu. Gorengkan sampai garing lebih kurang 10-15 minit.
Bila kering, masukkan lagi air dalam secawan. Masakkan lagi cili tu supaya betul-betul masak dan garing lagi sekali, dalam 10-15 minit lagi.

6. Bila dah garing kali kedua, masukkan lagi air. Biarkan mereneh dan sebati air dan cili.

7. Kemudian, baru masukkan bawang merah yang sudah diblend. Biarkan sebati agak-agak dalam 10-15 minit. Naik baunya. Masukkan gula kabung/ gula melaka.
Menumis Sambal Nasi Lemak Bertambah Wangi & Sedap. Ada Rahsianya & Bolehlah Dicuba!

8. Bila dah sebati , masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar tadi. Mama fatim gunakan ikan bilis tumbuk, sebab kalau yang seekor-seekor tu nanti, habis kena letak tepi. Anak-anak ni , memilih. Nanti kuah kering, ikan bilis je tinggal. Haha!

9. Letak asam keping sekeping aje, masak hingga sebati air dan sambalnya.
Dah masak dan tutup api, baru masukkan garam. Kacau-kacau. Rasa-rasakan supaya ada rasa manis, pedas dan masin. Asam tu kalau dah agak-agak lama, angkat dan buang. Kalau tak nanti , terlalu masam pulak sambal tu.

InsyaAllah, sambal ni wangi je dan secukup rasa.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI