
Buat penggemar ikan Salmon, resipi ini wajib dicuba.Jika selalu ikan salmon hanya dipanggang sahaja, sesekali apa kata di masak kari pula namun tanpa santan.
Rasa ikan salmon yang berlemak ditambah aroma rempah ratus kari pasti mampu memikat selera dan memenuhi cita rasa seisi keluarga.
Bahan-bahan:
2 ketul kepala ikan salmon dibelah dua
4 sudu besar rempah kari ikan (jadikan pes)
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia(dihiris)
1 cm lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
2 biji cili merah/hijau
2 biji tomato (dibelah 4)
5 sudu besar air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
daun kari
kacang bendi
minyak masak
garam dan perasa
Cara Membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan pula serai, lengkuas, halia dan kulit kayu manis sehingga berbau harum.
Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga pecah minyak.
Tuang air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut mengikut kepekatan dan cita rasa, biarkan mendidih.
Tambah garam dan perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Masukkan kepala ikan, biarkan sehingga separuh masak kemudian tambahkan kacang bendi, buah tomato dan cili merah/cili hijau.
Info Ekstra: Boleh juga gantikan dengan isi ikan salmon.
Bila Rambut Isteri Banyak Yang Gugur, Ada Kaitannya Dengan En Suami. Sila Take Note!

Semua kita faham, dalam sehari rambut memang akan gugur. Namun jika jumlahnya terlalu banyak itu bukan perkara normal.
Apatah lagi bila melihat di atas lantai di mana-mana ruang rumah ada sahaja ternampak rambut. Memang tidak selesa dibuatnya.
Sebagai usaha atasi masalah tersebut, kenalah kita cari kaedah rawatannya.
Pun begitu, tahukah anda bahawa masalah rambut wanita ini gugur dan akan dapat segera di atasi juga ada kaitannya dengan peranan suami.
Nak tahu bagaimana, jom baca perkongsian ini.
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai. Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai. Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
1. Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
2. Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Mereka mahkluk paling penat!
Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.
Sumber : Abu Hurairah Asifah
“Nak Anak Sihat, Cerdik, & Menyenangkan Hati Ibu Bapa, Minta Dekat Allah.” Ameera Zaini Kongsi Amalan Ketika Mengandung.

Jika ditanya wanita yang berkahwin, momen mana yang paling dinanti. Pasti jawapannya adalah apabila disahkan mengandung. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita. Biar terpaksa melalui pelbagai cabaran sepanjang membawa perut selama 9 bulan 10 hari, namun demi si kecil segalanya sanggup ditempuhi.
Apabila berbadan dua, pelbagai tip dan info yang dikutip untuk memastikan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Selain pembacaan buku mahupun mendapat info dari internet, perkongsian dari orang ramai juga akan tip yang boleh diamalkan sepanjang tempoh tersebut pasti akan diikuti.
Bagi Nor Ameera Zaini, hos CJ Wow Shop dan juga pemilik butik pakaian Ameera Zaini turut berkongsi beberapa tip untuk pengikut di laman instagramnya. Tip diamalkan ketika mengandungkan anaknya, mateen Hasnor Rozaini yang kini bakal memasuki usia 2 tahun tidak lama lagi.
Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam. ♥️
__
Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu2 yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu2 lain juga,” tulisnya diruangan kapsyen di instagram.
Menurut Ameera lagi, ketika awal-awal kehamilan dahulu, dia sering morning sickness yang teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well. Dalam pada itu, dia mengakui tidak banyak pengalaman memandangkan baru melahirkans eorang anak.
“Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.
1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim.
2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk.
3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu
4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi
5. Minum susu kambing
6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya
7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis
8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu
9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tp kalau banyak sangat takut diabetic pulak.
10. Mibum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester
11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah.
12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc
13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.
Apapun kesimpulannya Every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yg terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan berusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua ❤️
View this post on InstagramA post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on
sUMBER: IG ameerazaini
Lagi Jururawat Kena Macau Scam, Rugi RM350,000. Ini Kronologi Dan Taktik Yang Digunakan. Take Note!

Hati mana yang tidak sebak apabila duit simpanan untuk meniti hari tua telah lesap sekelip mata akibat penipuan sindiket Macau Scam.
Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat yang berusia 53 tahun yang didakwa telah ditipu oleh sindiket itu wang berjumlah RM350,000 setelah mendakwa mangsa tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM55,800.82.
Artikel berkaitan: Jururawat Berputih Mata Wang Simpanan RM94,000 Lesap. Rupanya Ini Yang Berlaku, Take Note Semua!
Muslihat dengan tunggakan LHDN 15 bulan
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 53 tahun yang menetap di Pokok Sena itu dihubungi seorang individu yang mengaku daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pembayaran selama 15 bulan.
Bagaimanapun katanya, mangsa menafikan perkara itu dan memberitahu tidak pernah membuka akaun syarikat perniagaan (SSM) dengan nama syarikat AR Maju Trading yang didaftar di Kelantan.
Namun sindiket ini pintar dengan muslihat dengan menyuruh mangsa untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menafikan mangsa tidak terbabit dengan kes berkenaan.
“Mangsa yang panik membuat panggilan itu dan disambung dengan ‘Datuk Nurul Huda Saleh’ dari IPK Kelantan yang kemudian meminta nombor Mykad mangsa untuk membuat pemeriksaan.
Minta nombor akaun bank

Taktik sindiket ini berjaya apabika meminta mangsa memberi nombor kad ATM serta nombor akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam.
“Mangsa menyedari ditipu selepas mangsa pergi ke Bank Islam cawangan Alor Setar untuk mengeluarkan wang dan terkejut apabila membuat semakan baki mendapati wang simpanannya berkurangan,” kata Superintendan Elias Omar.
RM350,000 telah lesap!

Siapa sangka, mereka sekali lagi berjaya memperdayakan mangsa. Semakan yang dilakukan mangsa mendapati wang sebanyak RM350,000 telah lesap.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena, pada 18 Januari. Beliau berkata, berikutan itu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sumber: Astro awani
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara