Sebenarnya, ada banyak perkara yang kita mungkin lakukan ketika mengurus makanan yang mengundang kepada bahaya atau pencemaran makanan. Malah, sesetengahnya dianggap ‘biasa’ tanpa menyedari ianya merupakan tabiat yang perlu diubah.
Salah satunya adalah tabiat menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Mesti ramai yang selalu buat kan? Kadang-kadang kita simpan lebihan tuna, susu sejat, susu pekat, jagung, koktel buah, dan macam-macam lagilah.
Ingat, makanan dalam tin seharusnya dihabiskan secepat mungkin sebaik saja ianya dibuka. Jika perlu, pindahkan ke bahagian sejuk beku dengan menggunakan bekas yang bertutup selepas 3 hari.
Makanan lebihan tidak seharusnya disimpan melebihi 3 hari kerana kandungan nutrisinya boleh terjejas, terutamanya apabila peti sejuk anda terlalu padat dan mengandungi pelbagai jenis makanan.
Ini bahayanya menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka ke dalam peti sejuk.
1. TINDAK BALAS TIN DENGAN MAKANAN
Kalau ada lebihan makanan dalam tin, seeloknya ia patut dipindahkan ke dalam bekas makanan kaca atau plastik sebelum disimpan dalam peti peti sejuk.
Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara.
2. MENUKAR BAU DAN RASA
Disebabkan tindak balas logam dengan kandungan di dalamnya tadi, proses ini menukar bau dan rasa makanan tersebut. Kalau perasan, ada rasa dan bau seolah-olah metalik padanya.
Tindakbalas ini biasanya lebih mudah berlaku pada jenis makanan dalam tin yang berasid, contohnya puri tomato atau jus buah-buahan.
3. MAKANAN MUDAH TERCEMAR
Berbanding penggunaan bekas makanan yang kedap udara, penyimpanan makanan lebihan dalam tin yang telah dibuka adalah berisiko terhadap pencemaran makanan.
Dalam sebuah artikel, Dr Ronald McCoy, menjelaskan bahawa makanan dalam tin sebenarnya mudah rosak apabila ia telah dibuka.
4. MENINGKATKAN RISIKO KERACUNAN MAKANAN
Cara penyimpanan yang salah boleh memberi ruang kepada pertumbuhan spora, lalu menyebabkan keracunan makanan.
Menurut sumber, walaupun jarang berlaku, kes botulisme juga boleh berpunca daripada makanan dalam tin yang tidak disimpan dengan betul.
Gambar hiasan
5. TETAP ROSAK WALAU DISEJUK BEKU
Menurut MyHealth pula, tindakan membekukan makanan dalam tin kerana mahu menyimpannya lebih lama juga tak seharusnya menjadi amalan.
Kenapa? Ini kerana, pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah.
JANGAN LUPA ‘TRANSFER’ LEPAS BUKA TAU
Jadi, jangan lupa transfer makanan dalam tin ke dalam bekas lain bila dah buka ya. Paling malas pun, tukarlah penutupnya kepada penutup plastik.
Dah tahu ni, sama-samalah kita cuba elakkan tabiat ini demi kesihatan diri dan keluarga.
Jom amalkan cara penyimpanan yang betul!
Sumber: Sirap Limau Via Science Notes, MyHealth
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang tengah mencari menu yang sesuai, ringkas dan mudah disediakan, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap. Yang penting Diet menjadi!
Apa kata kita cuba resipi sumbangan Puan Noorazian Muhamad Xiyans Muhamad
ini. Katanya sesuai juga untuk seisi keluarga.
Bahan-bahan
Kubis cina (untuk roll)
Daun bawang (untuk mengikat)
Daging kisar / ayam kisar
1/2 biji bawang holland cincang
1/2 btg carrot cincang
Cili merah cincang
Hirisan daun bawang
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak bijan – 1 sudu teh
Cara membuat:
1. LERAIKAN KUBIS
Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak.
Saya guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
2. CELUR KUBIS & BAWANG
Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
Daun bawang pun dicelur sekejap.
3. SEDIAKAN INTI
Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung.
Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas.
Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak.
Gaul sebati.
4. GULUNG
Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.
Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5. IKAT
Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6. KUKUS
Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
7. SIAP!
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.
Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.
Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.
BOLEH PELBAGAIKAN INTINYA
Anda boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing. Contohnya saya ada juga buat inti guna isi udang macam dalam gambar di bawah ini.
Memang lazat dan cukup mudah. Yang penting, sihat dan berkhasiat kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penggunaan minyak masak yang berkualiti akan menghasilkan makanan yang menarik, rangup dan memberikan rasa yang sedap. Itu kita semua sudah maklum. Pun begitu jika minyak masak digunakan berulang kali bukan sahaja menjadikan masakan yang dimasak berwarna hitam dan mempunyai rasa yang tidak enak, malah ianya juga boleh membahayakan kesihatan.
Lalu kebiasaannya, ada yang menggunakan sekali atau paling tidak dua kali minyak masak sebelum minyak masak tersebut dibuang. Namun persoalannya bagaimana cara terbaik mengurus minyak masak tersebut?
Andai dibuang ke dalam sinki, pasti akhirnya mendatangkan masalah seperti tersumbat dan akhirnya memerlukan belanja yang besar untuk memperbaikinya.
Sebenarnya, tahukah anda ada satu bahan yang boleh dibeli dipasaran yang bertindak membekukan minyak masak tersebut untuk memudahkan anda menggendalikan minyak masak yang telah digunakan itu.
Nak tahu caranya bagaimana? Jom semak perkongsian daripada puan Noor Hafiza Mohamad ini.
Ini salah satu cara buang minyak masak yang dah jadi hitam legam.
Jom bekukan minyak masak sebelum buang ke tong sampah. Buang minyak ke sinki boleh menyebabkan sinki tersumbat. Stress jadinya bila sinki tersumbat. Tak pasal-pasal kena upah tukang paip baiki sinki tersumbat.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.
Selain cara ini ada juga antara ibu-ibu lebih selesa dengan memasukkan lebihan minyak tersebut ke dalam botol sebelum dibuang. Ini sebagaimana yang dikongsi di ruangan komen posting di akaun fb Noor Hafiza ini.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.