Menu Petang Cucur Manis Bulat-Bulat. Comel Je Bentuknya, Paling Penting Mudah Dibuat & Sedap!

Share

Petang-petang macam ni, banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga. Ada yang keluar beriadah, ada yang menghabiskan waktu untuk bercucuk tanam, berkemas dan ada yang duduk santai di rumah luangkan masa bersama keluarga berborak dan menonton televisyen.

Yang mana ada kat rumah, sambil duduk santai tu apa kata jamu keluarga anda dengan cucur comel ni! Bila lagi kan nak jamu keluarga makan petang bila hari biasa semua sibuk dengan kerja masing-masing. Jom cuba resipi mudah dan penting sedap dari Cik Pooja

 ni! Selamat mencuba!

Cucur Manis Bulat-Bulat

Bahan-bahannya:

3cwn tepung gandum

4sudu besar gula

1sudu kecil garam

3cwn air

Cara-caranya:

1) gaul semua bahan mesra

2) Dalam pada yang sama,  renehkan air smpai menggelegak@mendidih

3) *bila air panas dah gelegak@mendidih gluk3😄

😄😄…siram je atas gaulan tepung td

4) Gaulkan sebati seikhlas hati smpai jd doh gini…sebati molek doh ni…
*tggu sejuk baru di gentel bulat2 ikut saiz yg kome nak yea😁

5) Ni dah siap gentel… masa nak gentel tu tepung akan melekat2 ckit ditgn…jd cikpooja oleskan tgn ngan minyak masak…jd mudah la keje menggentel

6) time menggoreng…
👉panaskan minyak masak(pastikan betul2 panas)
👉gunakan api yg sedang2 kuat je yea…tapi bukan seMAKSIMUM api yea…kang rentung😄

7) masa menggoreng tu kene balik2kan cucuq kita tu yea…macam goreng donat jugak…
*kene kacau2 dia supaya dia masak sekata
*bila dah nmpk garing ditahap yg kome nak…boleh la angkat

haaaaa…dah siap dah…