Menu Petang Ala Western Bersama Sosej Cheese Puff. Mudah Je Nak Buat, Paling Penting Sedap!

Share

Kalau masuk kedai bakery, dalam tu je dah macam syurga makanan. Macam-macam ada, kek lah, roti lah, puff lah, rasa macam nak borong semua! Itu baru tengok pada rupa, belum lagi dengan bau yang sedap dan rasanya yang lazat. Kan?

Orang yang betul-betul gemar pastry, mesti akan pilih untuk beli puff kan? Tambah pula bila time beli, kulit puff masih lagi rapuh dengan inti yang sedap. Perggghhhh memang ‘layan’ lah makan!

Tapi, nak beli tu buat lepas kempunan je la, ye la satu puff tu pun dah berapa harganya, belum lagi kalau satu keluarga suka makan. Ayokk lari bajet mak nak oi! Haa jangan risau, buat sendiri je lepas ni, ikut resipi dari Fatimah Talip

‎ ni.  Mudah je rupanya! boleh la buat makan petang ke, sarapan atau bawa bekal ke tempat kerja dan sekolah nanti. Jom cuba!

Sosej cheese puff air fryer

Menu minum pagi petang siang malam.
Mudah (budak pun leh buat), cepat & sodap.

Bahan bahan.
1. Puff pastry square ( brand kawan )
2. Sosej
3. Cheese
4. Telur

 Cara-caranya :-

1) Ni lah bentuk pastry puff tu. kerat 2 ya 😜

 ( cheese pun kerat 2 juga)

2) Layerkan pastry puff dengan cheese & gulung bersama sosej. Hujung lipatan tekan sikit untuk kasi melekat. ( tengok pict, lawaaaa kann 🤗) Buat la lelawa sikit. Nak makan sendiri ni.
3) Pastu dah siap gulung tu, amik pisau kelar kelarkan. Camtuuuu.. kasi seni hidangan kau tu

4) Pastu celup telur tau.
Nak bakar ni, sis guna baking paper untuk alas. Nak elak melekat. Tu dah celup telur tau. (lupa nak amik pict)
Susunan tu kene penjarakan sosial ya. Kang dalam tu hebohhh beborak. Kembang nya tidak! Kene jarakkan Sebab, ia akan kembanggggg ( gebuuuuz)

5) Bakar ni set 200’ & 20 minit (30 minit pon boleh, Kalau nak lagi garing).
Nampak kejadian nya? Cantikkkkannn 😜 Bau iaaaaa, wangi 1 rumah. Dah macam kerja kat bakery shop woihhhh.
6) Lembutttt woihhh. Dappp. Menu puaka kami sepanjang ramadan.