Belimbing buluh sangat dikenali dengan rasanya yang masam dan selalu dijadikan salah satu bahan dalam masakan seperti sambal atau asam pedas. Bukan itu sahaja, buah belimbing buluh ini juga enak dijadikan sebagai jeruk.
Tetapi resipi kali ini sedikit berbeza dan unik kerana buah belimbing buluh ini dijadikan sebagai pencuci mulut iaitu kek. Jika belum cuba mana datang hasilnya, jadi anda sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Anie Ssa
ini.Menurut perkongsian daripada pengguna profil Facebook ini, walaupun kek ini diperbuat daripada buah belimbing buluh namun, rasanya tidaklah masam sebaliknya sedap dan bertekstur sangat gebu. Selamat mencuba!
Kek Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Ayak dahulu tepung kemudian campurkan semuanya hingga sebati.
– Boleh dibakar pada suhu 160° selama 50 minit dan siap dihidang.
Sumber: Anie Ssa