Belimbing buluh sangat dikenali dengan rasanya yang masam dan selalu dijadikan salah satu bahan dalam masakan seperti sambal atau asam pedas. Bukan itu sahaja, buah belimbing buluh ini juga enak dijadikan sebagai jeruk.

Tetapi resipi kali ini sedikit berbeza dan unik kerana buah belimbing buluh ini dijadikan sebagai pencuci mulut iaitu kek. Jika belum cuba mana datang hasilnya, jadi anda sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Anie Ssa ini.

Menurut perkongsian daripada pengguna profil Facebook ini, walaupun kek ini diperbuat daripada buah belimbing buluh namun, rasanya tidaklah masam sebaliknya sedap dan bertekstur sangat gebu. Selamat mencuba!

Kek Belimbing Buluh

Ads

Menu Pencuci Mulut Unik Untuk Keluarga? Resipi Kek Belimbing Buluh Ni Pasti Sedap Dan Menjadi!

Bahan-Bahan:

Ads
  1. 2 cawan buah belimbing
  2. 4 biji telur gred A
  3. 11/2 cawan gula
  4. 11/2 cawan minyak
  5. 1/2 sudu teh garam
  6. 1 sudu teh pewarna hijau (blend semua bahan 1-6 ini
    hingga sebati)
  7. 2 cawan tepung gandum
  8. 2 sudu teh soda

Cara-Cara:

– Ayak dahulu tepung kemudian campurkan semuanya hingga sebati.

Ads

– Boleh dibakar pada suhu 160° selama 50 minit dan siap dihidang.

Menu Pencuci Mulut Unik Untuk Keluarga? Resipi Kek Belimbing Buluh Ni Pasti Sedap Dan Menjadi!Menu Pencuci Mulut Unik Untuk Keluarga? Resipi Kek Belimbing Buluh Ni Pasti Sedap Dan Menjadi!

Sumber: Anie Ssa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI