“Menu Pantang Hari Pertama Saya”. Siti Nurhaliza Kongsi Menu Berpantang Anak Kedua, Memang Menyelerakan!

Share

Umum mengetahui semalam bahawa penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua iaitu lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Menerusi entri terbaru penyanyi nombor satu negara, berkongsi meluahkan rasa syukur telah selamat melahirkan anak keduanya.

Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.

Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan ok.

Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.

MULA BERPANTANG 

Beliau juga turut memberitahu akan menjalani tempoh pemulihan diri atau berpantang  agar sembuh dan pulih selepas bersalin dengan mengamalkan amalan berpantang sepenuhnya. Serta memberi tumpuan kepada bayinya untuk menyusu susu ibu sepenuhnya semasa berpantang.

Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.

Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya. 

 

SUKA MENIKMATI LAUK PANTANG

Dalam pada itu, menerusi instastori, Siti turut berkongsi menu berpantangnya pada hari pertama. Melihat beberapa lauk pantangnya sungguh menyelerakan. Menurunya lagi, lauk ketika berpantang adalah antara kegemarannya.

“Masakan daripada @natalismothercare untuk dinner sata memang sedap. Sebab tu saya sUka waktu berpantang. Tq” 

3 JAM SEKALI IBU JAGA

Pastinya ramai yang tahu bahawa penyusuan susu ibu amatlah digalakkan bagi setiap bayi. Susu ibu mempunyai banyak khasiat bukan sahaja dari segi nutrisi pemakanan namun juga untuk ketahanan badan.

Malah, hubungan bayi serta ibu amat erat selain ada antara ibu pula dapat menurunkan berat badan dengan cepat hanya menyusukan bayi secara eksklusif.

Beliau juga turut berkongsi memberitahu bahawa bakal berjaga tiga jam sekali. Jelas ia merupakan tempoh kekerapan penyusuan susu ibu buat bayi yang baru lahir.

“Bermulalah fasa 3 jam sekali ibu jaga”

PEMINAT DOA KEMBALI SIHAT

Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan hari pertama artis kesayangan mereka.

“Tahniah Dato’ Sri, Selamat berpantang.”

“Selamat berpantang tokti…semoga keduanya sihat dan dipermudahkan segala urusan.

“Comel pipi merah!!! Semoga semuanya baik2 sahaja.. inshaAllah… Assalamualaikum baby A…

“Alhmdulillah… tahniah tokti dn suami. selamat berpntang tokti.. smoga cpt smbuh dn sht sllu.. smoga dormudhkn sgalanya buat toktii..

Sumber: Instagram ctdk