Musim raya ni mesti ramai yang buat open house kan. Rasa macam nak hidang semua menu sebab semua nampak sedap. Tapi, semua menu pon macam tetamu dah pernah makan. Boleh cuba buat menu yang bukan dari tempat kita. Mesti tetamu suka sampai tambah berkali-kali. Apatah lagi tetamu dari kawasan terdekat.
Ha menu apa tu? Kali ini boleh cuba buat menu kuzi ayam Kelantan. Kuzi ni biasanya orang Kelantan buat untuk hari istimewa je. Sebab apa? Sebab step dia boleh dikira banyak dan renyah. Boleh kata tak berbaloi la untuk hidang sebagai menu harian.
Kuzi ayam ni berlemak dan pekat. Boleh dimakan dengan roti jala atau roti biasa je pon sedap tau. Kalau makan dengan nasi putih pon boleh, cuma kena ada lauk atau kuah lain juga. Kalau tak, rasa macam tak lengkap.
BAHAN-BAHAN:
Ayam potong 12
BAHAN PERAP AYAM:
Saffron
Halia
Bawang putih
Garam
POTONG KIUB DAN GORENG:
Hempedal ayam
Hati ayam – (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar
BAHAN GORENG:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
BAHAN TUMIS:
6 bawang merah – blend
4 bawang putih – blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte (jenama pilihan sendiri)
CARA-CARA:
1. Mula-mula panaskan minyak. Kemudian goreng bawang merah hiris dan tos. Goreng bawang besar, kismis dan hempedal ayam dan toskan (goreng berasingan). Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
2. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air dan goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan bahan goreng yang lain; ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dll.
5. Masukkan gula dan garam dan masak hingga agak pekat.
6. Boleh dihidang dan sedap dimakan dengab roti jala, nasi minyak dll.
MESTI BACA: Bosan Makan Ramen Kosong? Jom Cuba Ramen Roll Pedas, Resepi Untuk Snek Petang
Resepi Pulut Mangga Lemak Macam Di Hatyai, Jom Cuba Buat Sendiri
Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang
SUMBER: Azie Kitchen
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my