Hujung minggu ni tentu ada yang merancang mengadakan ‘open house’. Tentu ada yang sedang mencari menu untuk hidangan tetamu. Antara hidangan yang popular adalah Nasi Hujan Panas.
Ia menjadi pilihan kerana resipi untuk memasaknya paling mudah dan simple. Bagi yang pertama kali nak cuba, boleh ikut resipi oleh Allahyarham Pak Engku. Ramai yang dah mencuba, memang confirm jadi. Mudah dan sedap!
NASI HUJAN PANAS
Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
Cara penyediaan
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk – pauk yang sesuai
RUJUK GAMBAR
Sumber: Rencah via resipi Pak Engku
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club