Bila dah hari-hari masak ni, akan ada satu hari buntu betul nak masak apa! Fikir punya fikir, pun tak ada idea. Haaaa harapnya resepi ni waktu itu lalu kat wall korang, untuk ikut menu mudah tak perlu nak makan dengan lauk tambahan lain hanya tambah kicap je dengan sambal belacan sikit, siap menu untuk makan tengahari.
Apa resepinya? Ni haa ayam goreng berkunyit! Tapi bukan yang macam kita masak biasa-biasa tu je tau, tapi kita improve sikit tambah sayur. Ala kalau siapa pernah makan matrock, mesti tahulah keenakannya macam mana garing di luar lembut isinya di dalam. Letss tengok resepi di bawah!
AYAM GORENG BERKUNYIT
Bahan-bahannya :-
Ayam yang sudah dipotong kecil
serbuk kunyit – beli di sini
lada kering kisar/serbuk cili – beli di sini
serbuk kari – beli di sini
tepung jagung – beli di sini
kacang panjang
laa benggala
bawang merah
secukup rasa
Cara-caranya :-
1. Isi ayam yang sudah dipotong kecil diperap sebentar bersama kunyit, lada kering kisar, serbuk kari, tepung jagung dan cukup rasa.
Ads
2. Kemudian, goreng ayam jangan sampai garing, cukup sekadar lembab-lembab tapi pastikan masak ayamnya.
3. Bila dah yakin masak, angkat sebentar ayam kemudian masukkan lada benggala, bawang dan kacang panjang yang telah dipotong. Tumis sebentar.
Ads
4. Bila dah agak masak, masukkan semula ayam tersebut gaul sebati. Siap untuk dihidang!
Bila nak buka puasa, semua air nampak sedap je! Nak-nak lagi kalau pergi bazar, memang rambang mata dibuatnya.
Kalau rasa nak tak pergi bazar nak buat air sendiri kat rumah, boleh cuba buat Air Soda Laici Herb ni. Memang terbaiklah! Lebih-lebih lagi waktu siang tu panas betul cuaca, dah berbuk lega je tekak. Jom cuba buat!
Resipi Air Soda Laici Herb
Bahan-bahannya:
*1 botol besar air aiskrim soda.
*1 tin laici /guna longan pun boleh.
*2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
*1 biji lemon ~ dihiris nipis.
* asam boi putih.
ais batu secukupnya.
Cara-caranya:
1) Cuci semua bahan hingga bersih.
2) Hiriskan lemon nipis nipis.
3) Sediakan jug atau mangkuk besar, masukkan ais batu ke dalamnya.
4) Masukkan lemon yang sudah dihiris nipis ke dalam jug diikuti daun pudina, serai yang telah dititik dan asam boi putih. Boleh perahkan sikit lemon dalam setengah biji untuk effects masam.
5) Masukkan 1 tin buah laici / longan.( tmsk airnya)
6) Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
7) Gaul sebati dan sedia untuk dihidang!
Kredit foto :cik liza
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan kudapan yang berkhasiat untuk anak-anak makan perlu juga difikirkan oleh kita sebagai ibu. Bukan apa, lazimnya anak-anak memang suka ‘menguyah’ tak kira waktu. Jadi jika tiada kudap-kudapan tersedia di rumah pasti mereka akan membeli makanan ringan dan bimbang juga boleh membahayakan kesihatan mereka jika dimakan selalu. Oleh itu, apa kata kita sediakan menu Kentang Viral yang dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya. Menyediakannya juga mudah dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang asas. Untuk itu, jom semak ramuannya.
“Kentang Viral sempena cuti sekolah…. Ranggup-rangup je krup krap bila makan… Mula-mula anak cakap tak nak makan sekali dia rasa… Asal sedap sangat ni ummi… Nanti buat lagi ya.. Itulah jangan cepat menolak bila ummi masak…”
KENTANG VIRAL
.
Bahan-bahan:
Kentang 4 biji..rebus/kukus
5 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
Carrot
Daun sup
Cili merah besar
Susu full cream/fresh
Garam sedikit je jika perlu
Cara Penyediaan :
1. Kentang rebus atau kukus.. Lepas tu lenyekkan…
2. Hiris halus daun sup, carrot dan cili merah…
3. Masukkan tepung jagung dan juga tepung beras.. Gaul semua bahan bagi rata
4. Jika nampak adunan berderai masukkan susu full cream/fresh dalam adunan sehingga dapat doh yang senang di bentuk…
.
5. Gelek-gelekkan atas dulang dan potong macam dalam gambar ( jika takut melekat alaskan plastik)
6. Goreng seperti biasa… Pasti kan minyak jangan terlampau panas masa letak kentang ni… Sebab nanti dia akan mengelembung dan tak garing… Api kecil je ya… Dan balik-balikkan selalu…
.
7. Bila goreng dengan cara yang betul akan dapat hasil yang ranggup krup krap
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.