Para ibu di luar sana pasti dah susun senarai menu-menu yang nak dimasak sama ada untuk sahur atau berbuka di rumah. Lagi buntu kalau anak atau suami dah tanya menu setiap hari.
Ini dia resipi maggi goreng paling simple yang dikongsikan oleh chef viral Hamdan Mubarak
yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sekarang, tak perlu pening dah nak fikir masak apa untuk sahur. Cuba sahaja resipi ini memang confirm tak cari lain.
Maggi Goreng
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Tumbuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi bersama.
– Masukkan rempah maggi kari ke dalam tumisan dan masukkan 3 biji telur.
– Masukkan 3 paket maggi yang sudah direndam dalam air biasa selama 5 minit.
– Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap.
– Masukkan sedikit air dan gaul sebati.
– Tambahkan sayur sawi dan siap.
–
Sumber: Hamdan Mubarak