Kerabu sangat sinonim dengan masyarakat negeri pantai timur, Kelantan. Bagi penggemar kerabu juga sudah biasa dengan pelbagai jenis kerabu seperti kerabu mangga, maggi, kaki ayam dan kerabu bilis.
Tetapi kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Rashidah Ahmad semestinya membawa sedikit kelainan dan wajah baharu menu kerabu. Kerabu ikan keli, sangat mudah disediakan selain rasanya yang unik dan sedap.
Menu ini juga sangat sesuai untuk para ibu atau bapa yang bekerja untuk dijadikan sebagai bekal ke tempat kerja. Makan bersama nasi dan ulam-ulaman memang menambah selera. Jadi, jika anda penggemar kerabu memang patut cuba resipi ini.
Kerabu Ikan Keli
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Potong bawang besar, cili api, serai, bunga kantan, belimbing buloh, gaul manja dengan tangan.
– Pecah-pecahnkan kan isi ikan keli yang dah digoreng garing (buang tulang tengah je. Sirip-sirip dengan kepala dia semua tu jangan buang pula, tu la yang sedap).
– Perahkan asam limau tak kira la limau nipis ke limau kasturi ke lemon.
– Curah sos sotong tu secukup rasa jangan banyak-banyak sampai bekuah.
– Gaul biar dia mesra baru rasa masin atau masam atau tidak. Kalau kurang masin tambah garam, kurang masam tambah limau.
– Dah siap boleh makan dengan nasi panas-panas dan ulam-ulaman yang ada.
Sumber: Rashidah Ahmad