Ketika berpuasa tidak dinafikan keinginan kita untuk menikmati pelbagai hidangan yang lebih istimewa lebih terasa.
Begitu juga jika dapat menikmati minuman yang cukup menyegarkan pastinya memberi kepuasan saat berbuka.
Untuk itu, bolehlah dicuba air yang istimewa ini yang telah dikongsikan oleh Amelia. Nampak begitu memyelerakan!
“Air ini tiada nama, Melea minum ais jelly di mahkota parade , ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini .” – Amelia
Bahan-bahan :
Longan dalam tin (air jangan buang )
Laici dalam tin (air jangan buang)
Biji selasih
Cincau
Nata di coco (buang air nya)
Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
Air batu

Cara caranya :
1. Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya.
2. Letak biji selasih, cincau dan nata de coco.
3. Perahkan limau nipis ikut suka masam macamana.
Selamat mencuba.
sumber : Amelia Tamby Hussin via MAHN