Tidak dinafikan setiap kali menikmati ayam goreng di restoran mamak, pasti kita dapat rasa keenakanya berbeza daripada ayam goreng biasa. Gabungan ramuan beraneka rasa dan ditambah pula dengan rasa kunyit, kepedasan cili serta haruman rempah kari menyatu begitu sempurna.
Jadi tidak hairanlah hingga ada yang ‘ketagih’ dan gagal ‘move on’ untuk terus menikmati hidangan ini tanpa jemu!
Oleh itu, apa kata anda sediakan sendiri menu ringkas namun menepati selera semua ini di rumah sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Eina Eryna Osman.
Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan:
2 ekor ayam dipotong 8 (potongan saya niaga)
6 sudu besar tepung bistari spicy-beli online di sini
8 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk kari
Segenggam daun kari
Sedikit serbuk pewarna makanan
Secubit garam
Sesudu teh ajinomoto
Secubit gula
Cara penyediaan :
1.Satukan semua bahan ke dalam bekas berisi ayam.
2.Gaul rata dan perap seketika di dalam peti sejuk.
3. Kemudian goreng hingga masak.
Selamat mencuba
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Petua Buat Cili Kisar Lebih Tahan Lama, Masakan Pun Jadi Lebih Sedap. Ini Caranya.
Buat yang gemar masak makanan yang pedas tentu tercqri-cari petua untuk membuat cili kisar yang tahan lama.
Selain itu, cili kisar ini akan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Ikuti perkongsian ini.
Tiap kali aku kongsi resepi aneka makanan bergoreng, selalunya aku ada guna cili kisar.
Kebanyakannya lah pasti aku ada masukan cili kisar. Rasanya sebelum ni aku dah pernah kongsi bahan-bahannya di dinding fesbuk aku.
Tapi takpa kali ni aku kongsi sekali lagi, di sini pula. Khas untuk ahli MB.
Bahan mudah :
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Minyak
Air
Cara penyediaan:
1. Mula sekali cuci dan bilas cili kering tu, rendam dengan air sekejap. Air paip boleh, air panas pun boleh. Terpulang.
2.Lepas tu masukkan cili kering dalam blender bersama bawang besar, bawang putih, dan air. Jangan banyak tau air. Separuh ja dulu. Kalau nampak blender sarat tak boleh kisar baru tambah sikit-sikit.
3. Bawang besar boleh letak lebih. Lagi banyak lagi sedap. Bawang putih tu cukup sekadar seulas dua. Tak perlu banyak. Nak ambik bau je.
4. Minyak letak lah 3 atau 4 sudu. Tak perlu banyak sangat pun. Minyak ni hanya untuk bantu hancurkan bijik cili supaya lumat.
5.Kemudian, blend lah sampai lumat elok.
6. Dah siap. Tuang dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk.
7. Bila nak guna, cedok guna senduk bersih supaya cili tak cepat rosak.
❌Tak perlu dah nak angkut cili boh kat kedai untuk kegunaan di dapur.
Mudah, jimat, tahan lama.
Dan pastinya menambah kesedapan.
Nota :
Kalau nak guna untuk buat pes asam pedas atau kuah laksa, cuma ambil 3 atau 4 senduk cili kisar. Masukan semula dalam blender, tambah belacan. Kisar, siap untuk ditumis.
Sumber: Firda Ashaary
Anak Tak Makan Sayur? Jadikan Menu Ni Sebagai Trik, Memang Sedap & Extra Rasa!
Anak Tak Makan Sayur? Jadikan Menu Ni Sebagai Trik, Memang Sedap & Extra Rasa!
Nampak sahaja hidangan sayur di atas meja, biasanya anak-anak tak akan sentuh. Puaslah kita suakan ke mulut, tidak mahu dijamahnya. Tapi berbeza sekali jika anda sediakan menu Cheezy Dadar Super Yummy ini.
Senang kata, dengan menyediakan meni ini adalah sebagai salah satu trik yang ‘menjadi’ untuk tarik perhatian anak-anak makan sayur dengan berselera. Bukan sahaja kerana rasanya yang ekstra berasa malah penuh dengan khasiat.
Untuk sediakan menu ini mudah sahaja, ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Norhidayah Mohd Aripin. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu yang istimewa ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Cheezy Dadar Super Yummy
Filling :
Bawang putih
Bilis tumbuk
Secubit lada hitam
Bayam
Air
Garam secukup rasa
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, lada hitam dan bilis tumbuk
2.Bahan tumis sedikit garing, masukkan air. Tak perlu banyak ya
3.Masukkan bayam, kacau dan kemudian perasakan
4.Boleh ketepikan bayam
Dadar :
4 biji telur
Garam (jika perlu)
1.Pukul telur dan masukkan bayam tumis, perasakan jika perlu
2.Panaskan kuali dan masukkan telur bersama bayam tadi
3.Tutup kuali, biarkan sebentar sehingga sebelah bawah permukaan telur sedikit garing
4.Tekap pinggan ke dalam kuali. Angkat dan terbalikkan telur ke dalam pinggan supaya telur tidak berterabur dan hancur
5.Tolak masuk telur ke dalam kuali. Boleh masukkan cheese dan tutup kuali
6.Boleh angkat jika telur dadar sudah sedikit garing
7Sedia dihidang. Cadangan hidangan, boleh dipaip mayonis dan sos di bahagian atas sebagai topping ; bergantung pada kreativiti ibu ibu. Boleh makan sebagai sarapan atau boleh juga dihidang sebagai lauk makan tengahari.
Selamat mencuba
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Teringin Makan Nasi Kandar Deen Maju? Buat Sendiri Je Kat Rumah Guna Resipi Lengkap Ni!
Jenis memang kaki nasi kandaq ni, kalau tak pekena nasi kandaq memang tak sah! Dengan pekat kuahnya, rasa cukup rempah ayam goreng, memang terangkat lah orang kata!
Tapi…. takkan nak asyik lepak makan luar je kan. Apa kata cer cuba try test tengok buat sendiri nasi kandar ala Deen Maju resipi dari Siti Fatimah Mohd Jamil dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Siapa yang pernah makan Nasi Kandar Deen Maju pasti akan teringat-ingat penangannya kan.
Setahun yang lepas makan Nasi Kandar Deen Maju memang teringat-ingat sampai ke hari ni.
Disebabkan dah makin kuat teringat musim-musim PKP ni, kita kaji dan selidik sampai jadi Nasi Kandar ala Deen Maju.
Alhamdulillah suami puji melangit. Sama rasa katanya. Hehe.
Nahh kita kongsi resepi Nasi Kandar ala Deen Maju cara saya.
Resepi ada pada setiap gambar.
Selamat mencuba
Bahan untuk menumis Kari Sotong
1biji Bawang besar hiris memanjang
4biji bawang putih hiris
Seinci halia hiris
Seinci kunyit hidup hiris
Daun kari dua kayu
Sup bunjut
1) Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
2) Masukkan bancuhan serbuk kari daging Babas. Sukatan, 3/4 cawan dan dibancuh dengan air sehingga pekat. Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air. Masukkan sotong dan tambahkan 2 cawan air sehingga mendidih dan masak.
3) Lepastu baru masukkan sekeping asam keping. Jangan masukkan asam keping awal nanti boleh buat sotong jadi liat.
4) Masukkan sayur kegemaran seperti terung dan lain-lain. Cili optional. Bagi yang suka pedas, boleh letak, begitulah sebaliknya.
5) Masukkan terung dan cili api terlebih dahulu.
6) Last sekali masukkan tomato dan biarkan kari pekat dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan pekat mengikut citarasa masing-masing.
Resepi Kuah Kicap Pekat ala Deen Maju
Bahan-bahan kisar yang ditumis:
8-10 tangkai cili kering.
Satu biji bawang besar.
4 biji bawang putih.
1) Kisar sehingga betul halus, kemudian tumiskan.
2) Kemudian masukkan 1/2 cawan air
3) Apabila pecah minyak, masukkan bawang besar hiris.
4) Cili api optional bagi peminat pedas.
5) Masukkan kicap maniss sehingga warnanya cantik.
6) Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
7) Kuah kicap ni mesti rasa manis yang seimbang baruu nikmat
8) Boleh juga buat ayam masak kicap style ni. Tapi saya tak bubuh ayam sebab dah buat ayam goreng mamak. Kejadian kuah kicap yang melengkapi rasa Nasi Kandar
Resepi Ayam Goreng Mamak cara saya
Perapkan ayam dengan bahan kisar halia + bawang putih + satu sudu teh garam.
Perapkan sekurangnya 30 minit.
Apabila hendak mula memasak, masukkan bahan-bahan lain.
Serbuk kunyit 3 sudu
Serbuk kari 3 sudu
Serbuk cili 3 sudu
2 sudu gula
Dan serbuk pasti sedap knorr
p/s : Jangan perapkan sekali kerana boleh buat ayam rasa pahit
Letak daun kari. Lagi banyak. Lagi harummm.
Apabila minyak mula dipanaskan, baru masukkan satu senduk kecil tepung beras dan dilumur kepada ayam.
Kejadian setelah ayam dilumur dengan bahan-bahan tersebut.
Gorengkan dengan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api dibuka dengan kecil supaya memastikan ayam masak sekata.
Resepi Nasi Harum dan tidak muak.
2.5 pot nasi beras faiza + air 3 pot air (saya gunakan pot periuk nasi)
Daun pandan
Satu sudu kecil garam
1sudu esen pandan
Masak telur masin sekali ketika tanak nasi akan melemakkan lagi rasa nasi.