Rentetan siri penderitaan rakyat Palestin yang tercetus kini membuatkan ramai antara kita berasa marah, sedih malah berasa sayu melihat penduduk Palestin terus menjadi mangsa kekejaman Israel.
Apatah lagi apabila melihat serangan letupan di hospital Al Ahli Arab di Gaza sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang sangat dahsyat. Sedikit sebanyak mengganggu emosi kita semua.
Begitu juga buat ahli keluarga pelakon Ramona Zamzam, kisah Palestin begitu dekat dengannya. Di mana mentuanya adalah berasal daripada Gaza!
Baru-baru ini melalui akaun Instagram miliknya, Ramona ada berkongsi mengenai keluhan anak perempuannya, Ivanna yang sedih kerana tidak dapat meluangkan masa dengan datuk sendiri meskipun tinggal serumah.
Menurut Ramona, anaknya berasa hairan susulan tindakan datuknya yang berasal daripada Gaza, Palestin itu yang kebelakangan ini lebih suka menyendiri.
“Anak perempuan saya datang kepada saya sebentar tadi dan bagitahu yang dia ingin luangkan lebih banyak masa dengan ‘seedo’ (panggilan atuk dalam Bahasa Arab).
“Dia pergi dan beberapa minit kemudian, dia datang dan bagitahu yang seedo tidak mahu meluangkan masa dengannya kerana katanya dia mengantuk.
Ads
“Saya kata, biarlah seedo tidur. Dia mungkin penat. Nanum, anak saya pelik sebab seedo sentiasa penat dan nak tidur,” tulisnya.
Tambah Ramona, bapa mentuanya itu difahamkan sengaja mengelak untuk meluangkan masa dengan cucunya kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap keganasan yang berlaku di Palestin saat ini.
“Rupa-rupanya bapa mentua saya memang mengelak untuk bermain dengan Ivanna. Tidak lama selepas itu, bapa mentua beritahu yang dia terpaksa berbohong.
“Dia sebenarnya sedang menonton berita mengenai konflik di Palestin dan dia tidak mahu Ivanna melihat video-video pembunuhan yang boleh mengganggu fikirannya.
Ads
“Sejujurnya, fikiran kami sangat terganggu sejak beberapa minggu ini. Anak kecil saya tidak tahu apa-apa.
“Kalaulah anak saya tahu yang kedua-dua atuk dan neneknya berasal daripada Gaza dan mereka sangat terpukul menonton laporan berita hari-hari,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini sedang berusaha untuk memberikan sokongan moral buat keluarganya yang terkesan dengan musibah yang berlaku di negara kelahiran mereka.
Ads
“Ia merupakan tanggungjawab saya untuk menjaga keluarga Palestin saya dan pastikan mereka berasa selamat.
“Saya akui ada beberapa kali saya pernah putus harapan kerana ini bukan kali pertama hal seperti ini berlaku sejak saya mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Ramona turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.
“Saya berdoa agar pembunuhan beramai-ramai ini akan berhenti. Saya juga berharap agar satu hari nanti, anak saya akan membesar dan memahami asal usulnya serta tahu apa yang dunia telah lakukan kepada Palestin.
“Kepada rakan-rakan yang menghantarkan mesej dan bertanya tengang Rami dan keluarga, ia sangat bermakna buat kami,” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sering kali ruang tamu atau dapur menjadi perhatian untuk kelihatan cantik di dalam rumah.
Namun tandas juga merupakan antara bahagian yang penting untuk kekal bersih dan cantik.
Jadi untuk memastikan tandas kekal cantik sudah tentu perlu memerlukan makeover agar tandas yang lusuh kembali ceria.
Salah satu cara adalah menggunakan cat cat epoxy dan juga beberapa bahan barangan yang lain.
Bagi yang belum ada idea untuk makeover tandas, apa kata ikuti perkongsian wanita ini.
Make over tandas lusuh jadi cantik dan bersih
Hi, hasil update dari before ni saya x complete siap bilik air. now dh siap cat batang paip ke color putih. Now ini latest update keadaan bilik air saya. Wall painting tu pon guna epoxy juga. di sini saya sertakan sekali video tutorial mcm mana nk buat wall paint tu. Selamat mencuba ya.
Nak masak jagung ni nampak je senang tapi kalau salah caranya memang akan jadi keras, kecut dan tak sedap.
Nak tahu petua supaya jagung yang dimasak menjadi lebih sedap boleh ikuti panduan ini.
6 TIP MEREBUS JAGUNG:
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Sumber: Resipi Pembuka Selera.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resam dalam kehidupan rumah tangga pastinya ada pertelingkahan dan sering juga berlaku salah faham berpunca daripada pelbagai faktor.
Pun begitu, bila puncanya adalah disebabkan hadirnya ‘orang baru’ tanpa diundang antara suami dan isteri tersebut, itu lebih menjadikan hubungan semakin parah.
Hinggakan baru-baru ini tular berita mengenai isteri pertama menyerang isteri kedua bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abiddin Hassan di kedai mamak.
Susulan itu, isteri kedua iaitu Fyna Jamal telah membuat laporan polis selepas berlakunya pergelutan terbabit pada hari Isnin, sekitar jam 2.15 pagi.
Difahamkan juga, isteri pertama berasa marah terhadap Fyna kerana perkahwinan bersama suami sama sekali dilakukan tanpa pengetahuannya. Malah, juga merasakan madunya itu menyindir dia di dalam program Famili Duo baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, tinjauan di Facebook ada sesuatu yang menarik perhatian netizen, apabila anak isteri pertama Zainal Abidin telah memuat naik sebuah gambar mesra dirinya bersama adik beradik duduk bersama ibu tersayang telah mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
“Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran tersebut, anak Zainal Abidin yang dikenali sebagai Zaifiq Zainal itu seakan menyatakan akan tetap memberi sokongan penuh terhadap ibu yang dicintai susulan isu yang sedang hangat berlaku di dalam keluarga mereka ketika ini.
Sekadar info, bekas pengendali pasukan Melaka United itu telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini sejak tahun 1985 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang bersama.
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan urusan ibu Zaifiq dipermudahkan dan tidak kurang juga berkongsi kata-kata positif untuk keluarga ini.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...