Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah. Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Nurlia Mohd Nor . Moga bermanfaat buat ibu bapa di luar sana!
Semalam saya sempat menonton satu video pendek temuramah majalah Pa&Ma bersama Hanis Zalikha.
Yusuf lakukan aktiviti pembelajaran.
Saya bersetuju dengan beberapa point yang Hanis berikan dalam mendidik anak- anak. Of course kita semua bukanlah parents yang perfect, tapi kita pastinya takkan berhenti dan takkan jemu mencuba terutama dalam bab mendidik anak-anak. Menurut Hanis, 1) Anak- anak mesti tahu HAD tertentu. Contoh, meja bukan tempat untuk berdiri dan melompat. Perkara ni mesti diajar dari KECIL. Kalau dari kecil dah biasa, bila besar nanti pun mereka akan ikut cara yang diajar. Cuma masalah kebanyakkan dari kita bila anak dah besar baru nak tegur, baru nak explain, baru nak marah. Masa tu habit tu dah sebati dalam diri anak- anak so agak payah nak betulkan semula. Sudahnya kita yang stress. Mulalah dari awal.
Ads
Sebab dah terbiasa, Yusuf set table untuk makan. Letak pinggan, cawan..
2) Di rumah mesti ada PERATURAN yang kita tetapkan. Contoh pukul 9 malam mesti masuk tidur. Bukan sesuka hati, tiada waktu tertentu nak tidur. Disiplin mesti ada. Kata Hanis selepas anak-anak tidur dia ada ‘me time’ seperti bersembang dengan suami, menonton movie dan sebagainya. Sedikit sebanyak cara ini dapat mengurangkan stress setelah seharian penat menghadap tugasan di rumah.
Aktiviti main puzzle. So nampak kan? Anak-anak yang tinggal di rumah yang bersih, kemas dan teratur pun buat aktiviti sama juga dengan anak- anak yang lain. Mereka tidak dikongkong pun. So tak adil untuk judge ibu bapa jadikan anak-anak robot di rumah. Yang pastinya cara didikan yang berbeza..
Perasan tak rumah Hanis kemas, bersih dan tersusun rapi? Ya, ia bermula dengan DIDIKAN, bukan datang begitu saja. Lepas main, mesti kemas. Makanan tumpah mesti kutip. Tak silap saya rumah mereka fully carpet. Bukan senang nak jaga terutama ada anak yang masih kecil. Ye, memang di rumah mereka ada bibik, mungkin sesekali cleaner akan datang, tapi orang biasa macam kita pun ramai yang boleh dan dah pun buktikan.
Ads
Artwork aktiviti. Tak silap waktu ni Yusuf buat clay craft.
Tak perlu nak bagi alasan negatif, “dia bolehlah ada bibik, rumah pun cantik, banyak duit, bla..bla..” Aiyooo! Cuba ambil dari sudut yang positif. Orang yang tinggal rumah biasa di kampung pun boleh juga berada dalam persekitaran yang kemas dan selesa. Saya pernah share satu gambar dulu sebab rasa kagum sangat. Sebuah rumah kampung kayu tapi rumah tersebut sangat kemas dan bersih walaupun memiliki beberapa orang anak dan ada yang masih kecil.
Yusuf sama seperti anak- anak kita juga. Suka menconteng dan melakar sesuatu. Tapi anak- anak perlu tahu had di mana mereka boleh ‘berkarya’. Sediakan white board dan sebagainya, bukan menconteng di dinding. Ajar mereka untuk menghargai dan sayang harta benda.
Si Yusuf Iskandar pula macam anak kita, macam anak orang lain juga, suka explore sesuatu, buat eksperimen sains, buat artwork, aktiviti memasak dan sebagainya. Tapi sebab dah terdidik dalam suasana yang kemas, lepas buat aktiviti dia akan ambil peranan dan tanggungjawab untuk mengemas. Ada hari tertentu keluarga mereka akan melakukan aktiviti gotong royong. Hanis sibuk vakum, Yusuf pun ikut juga menggunakan vacuum cleaner mainan dia. Hehehe. Comel! Dari situ sebenarnya secara tak langsung Hanis didik Yusuf untuk belajar sesuatu.
Ads
Hanis bagi juga anaknya suap sendiri. Di sini Alisa belajar sesuatu. Tapi yang bagusnya Hanis sediakan tempat makan, kerusi/seat dan lapik tikar atas carpet.
Secara jujurnya saya pun bosan dan letih dengan mentaliti segelintir orang, ‘Rumah kemas ni anak- anak mesti jadi robot, semua tak boleh. Kena kongkong. Tak boleh nak explore sesuatu. Tu sebab elok kemas” .. Aduhai.. Payah nak set juga orang yang ada pemikiran begini. Macam dorang pulak tinggal serumah dan tahu aktiviti orang lain. Kemas, bersih bukan suatu perkara yang pelik. Itu lumrah, normal. Mana- mana agama pun pasti tekankan bab menjaga kebersihan.
Dorang pun macam anak orang lain juga. Makan tumpah etc. Itu normal. Nama pun budak-budak. Tapi… make sure kena ajar bersihkan semula.
Jangan sebab rumah kita tak kemas, kita pula cari point kesalahan orang lain yang memiliki rumah kemas. Kita kata orang tu tegas sangat dalam mendidik anak, kita kata orang tu mengongkong aktiviti anak. Tak bolehlah begitu. Selagi kita tak tinggal serumah dengan mereka siapalah kita untuk judge. Betul tak? Jangan- jangan mereka lagi rajin buat aktiviti bersama anak-anak di rumah berbanding kita yang sibuk judge dan cari salah orang.
Sesekali Hanis juga libatkan anak- anak dalam aktiviti memasak. Yusuf suka buat pancake. Best kan?
Ok, jom tengok beberapa aktiviti yang Yusuf dan Alisa buat di rumah sama juga seperti yang anak kita buat. Dari sini kita boleh ambil input yang positif dan cuba apply dalam cara kita mendidik anak- anak. Yang baik tak salahkan kita ambil untuk panduan bersama. Ambil dari sudut positif, inshaAllah positif la jadinya.. *Gambar diambil dari IG Hanis, Yusuf & Alisa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari raya menjelang tiba, sudah tentu ramai dah tak sabar nak menikmati hidangan di pagi hari raya yang enak terhidang. Tapi bagaimana nak Mindful Eating semasa hari raya. Tentu mencabar kan? Maklumlah dah sebulan berpuasa, ini lah masa nak ‘balas dendam’. Tapi hati-hati salah makan, memang buat perut ‘terkejut’ . Sakit perut sepanjang hari!
Hidangan istimewa yang biasanya disediakan seperti rendang ayam, rendang daging, lontong, dan aneka juadah lain yang pasti mengundang nostalgia dalam setiap suapan.
Menurut Farahanani Amir Hamzah, Pegawai Dietetik UiTM, makan dalam kuantiti sederhana untuk mengelak berlaku masalah penghadaman setelah sebulan berpuasa.
Dalam tempoh kita berpuasa perut kita telah direhatkan di siang hari selama 13 jam tak makan dan minum. Dalam tempoh ini, enzim perut kurang dihasilkan berbanding hari biasa untuk mengurangkan risiko dinding perut terhakis oleh asid perut. Jadi, sebarang perubahan secara mendadak boleh mengundang ketidakselesaan perut seperti refluks asid, kembung, dan juga sembelit.
Lazimnya, kita akan makan juadah yang tinggi protein seperti ayam dan ikan beberapa kali pada hari raya. Enzim perut seperti pepsin yang berfungsi dalam penghadaman protein yang kurang dihasilkan selepas sebulan berpuasa boleh terganggu dengan perubahan mendadak dalam corak pemakanan kita dalam satu hari.
Jangan risau, boleh sahaja nak cuba semua makanan yang ada, cuma kena amalkan konsep ‘mindful eating’ supaya tidak berlebihan dan memudaratkan perut. Kena cedok makanan ke dalam pinggan kita dalam porsi yang terkawal. Makan sedikit sahaja dahulu dan ulang lagi selepas beberapa jam. Dengan cara ini, sistem penghadaman kita akan lebih bersedia untuk memproses makanan.
‘Mindful Eating’ merupakan satu konsep makan yang memerlukan kita makan dengan penuh kesedaran tentang apa yang ada di dalam pinggan kita. Salah satu caranya ialah dengan mengunyah makanan perlahan-lahan dan menikmati setiap suapan. Dengan cara ini boleh membuatkan kita cepat rasa kenyang dan tak menambah berkali-kali.
Selain itu, pastikan kerap minum air kosong dan elakkan minum minuman berkarbonat yang boleh menjadi punca perut kembung. Tak pasal-pasal kena cari air halia pula bila dah senak perut. Lagipun minuman berkarbonat selalunya tinggi kalori dan boleh menyebabkan berat badan naik selepas hari raya. Mesti kita taknak berat naik berkali ganda kan?
Hidangan raya yang kurang serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh jadi punca sembelit. Jadi caranya kena selit kan juga hidangan seperti salad buah-buahan segar sebagai pemanis mulut untuk elakkan kejadian sembelit di hari raya. Selain itu, jangan lupa minum air dengan cukup sehingga 10 gelas sehari untuk dewasa untuk memastikan kelancaran penghadaman.
Siapa sangka rupanya pelakon popular dan usahawan cantik, Nur Fazura sebenarnya mempunyai keinginan peribadi untuk menjadi peniaga di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu Kelantan.
Impiannya itu dikongsi menerusi YouTube MyFazura telah meraih perhatian peminatnya.
“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dulu saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak ada pengalaman menjual (berniaga).
“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini. Alhamdulillah bila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu.”
Video berkenaan berdurasi 26 minit turut memaparkan aktiviti Fazura sepanjang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Antaranya berdikir barat, persembahan wayang kulit , makan hidangan tradisi Kelantan, mengunjungi salah satu masjid terkenal iaitu Masjid Ar-Rahman dan tempat menarik lain.
Dalam pada itu, Fazura juga mengakui pertama kali makan nasi kerabu ketika di mengunjungi negeri Kelantan ini. Dia amat teruja layanan yang diberikan oleh rakannya juga yang berasal dari negeri Kelantan.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.