Baik kecil mahupun besar, televisyen menjadi satu kemestian untuk menonton pelbagai rancangan menarik mengikut cita rasa masing-masing. Kalau dulu ibu bapa tak benarkan anak-anak menonton televisyen kerana bimbang lalai dan tidak fokus pada pelajaran, tetapi pendekatan ini berbeza dengan selebriti dan hos terkenal, Dato’ Fazley Yaakob.
“Saya memiliki empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan satu perempuan. Dengan adanya Astro, pelbagai program ditawarkan dengan pelbagai saluran sesuai untuk anak kecil sehingga lah kepada orang tua. Misalnya program Astro Ceria, Nickelodeon yang sesuai untuk tontonan anak kecil saya.
“Manakala untuk anak-anak yang sudah bersekolah ada program pendidikan seperti di Astro Tutor TV dan juga hiburan bersesuaian dengan usia mereka. Terdapat pelbagai program kegemaran tempatan & antarabangsa seperti yang sesuai seisi keluarga.
“Bukan hanya untuk anak-anak, bagi ibu-ibu program masakan, drama, berita dan sebagainya juga menjadi wadah untuk mereka. Sebagai contoh yang suka menonton drama Melayu boleh saksikan menerusi channel Astro Ria, manakala untuk mengetahui berita-berita semasa ada di saluran Astro Awani. Pendek kata Astro menawarkan pakej lengkap da selain daripada pendidikan, hiburan, drama dan lain-lain lagi.
Bahkan menurut Dato Fazley lagi, banyak saluran menarik menerusi saluran-saluran di astro seperti National Geographic, Food Network, AXN, movie dan banyak lagi yang menjadi kegemarannya dan boleh ditonton waktu hujung minggu.
“Anak lelaki saya sangat meminati sukan seperti bola sepak dan sebagainya. Walaupun cita rasa dan minat berbeza namun setakat ini anak-anak saya tidak berebut untuk menonton.
“Di rumah saya memang benarkan anak-anak menonton kerana ia sebagai proses pembelajaran dan juga diselitkan hiburan. Cuma, anak-anak kena habiskan terlebih dahulu segala kerja rumah yang diberikan oleh guru.
“Malah, saya buat peraturan dari pukul 3 hingga 8 malam, anak-anak bebas untuk memilih slot mana yang mereka mahu menonton televisyen. Kerana saya tahu, melalui tonton ini juga dapat menyalurkan ilmu buat anak-anak saya.
Ads
“Di rumah juga ada peraturan di rumah yang saya sudah tetapkan. Selepas solat isyak berjemaah, kami sekeluarga ramai-ramai akan duduk bersama atas katil dan menonton program di televisyen.
“Untuk adil, kami akan tukar-tukar saluran ikut minat masing-masing. Biasanya saya peruntukkan 3 jam untuk menonton bersama. Selepas anak-anak tidur, saya dan isteri pula akan menonton berdua dan ikut program pilihan masing-masing.
“Terbaru pihak Astro menawarkan broadband yang pada saya cukup sesuai dan tepat pada situasi sekarang. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sudah berkeluarga, bakal berkeluarga dan juga ingin berkeluarga.
Sementelah dengan situasi sekarang, kebanyakan kita membuat kerja dari rumah (WFH). Begitu juga dengan anak-anak yang tidak dapat ke sekolah seperti dahulu dan terpaksa belajar di rumah (PdPR).
Astro & Broadband menawarkan nilai hebat dan unik untuk pelanggannya dengan melancarkan kempen ‘#WhateverFromHome’ yang juga menampilkan tawaran utamanya iaitu jalur lebar berkelajuan tinggi dengan 100Mbps dan sehingga 102 saluran dengan hanya RM6 sehari.
Ads
“Pastinya pakej ini cukup berbaloi. Memandangkan sekarang anak-anak belajar di rumah, apabila ada subjek tertentu, saya boleh pilih program di astro yang mana sesuai dengan jadual dan kerja rumah anak-anak.
Semestinya pilihan broadband ini cukup sesuai untuk pembelajaran anak-anak terutama sekali dalam membantu mengurangkan tekanan pendidikan kepada mereka. Ibu bapa boleh google mengikut silibus yang diberikan oleh guru.
“Melalui tawaran Astro ini, terdapat 100 saluran tersedia dan melalui broadband ini, anda boleh menonton sambil membuat kerja. Malah, anda tak perlu risau akan kehabisan data memandangkan ia menawarkan sehingga 100 Mbps . Jadi, boleh membuat Video Conference menghubungi ahli keluarga lain tanpa masalah.
“Malah, anda juga boleh bekerja dari rumah boleh membuat video conference, sesi pemindahan fail dan juga menjalankan perniagaan di rumah tanpa menjejaskan hubungan dan kepantasan, dan menikmati layaran laman sesawang, permainan dalam talian dan strim video secara serentak dengan mudah.
Ads
“Pada saya kemudahan yang ditawarkan ini sangat bagus dan ini adalah peluang yang jarang diperoleh. Malah ia datang pada masa yang tepat. Memandangkan banyak negeri dalam PKP, jadi pakej yang ditawarkan ini cukup sesuai.
“Anda juga boleh menonton di saluran astro, atau menggunakan gajet dan sebagainya. Dengan kata lain, broadband ini adalah satu kemestian di waktu PKP ini. Kita bebas buat pilihan saluran mana yang ingin ditonton dengan tawaran serendah RM6 sehari dengan pencapaian internet berkelajuan tinggi.
Anda juga tak perlu risau lagi memandangkan ia datang dalam satu bil. Sekali gus menjimatkan kerana pakej yang ditawarkan untuk sekeluarga ini cukup murah dan anda juga tak perlu risau anak-anak menggunakan data melebihi had.
Lebih menarik lagi, pelanggan boleh menikmati kesemua programnya menggunakan peranti mudah alih dengan aplikasi Astro GO, dan strim dalam 4K UHD dengan Ultra Box, yang juga merangkumi Cloud Recording, antara muka pengguna yang lancar di semua skrin peranti, cadangan kandungan yang lebih baik berdasarkan sejarah tontonan, fungsi play from start dan keupayaan untuk merakam pelbagai program pada masa yang sama.
Dengan promosi ini, 500 pelanggan pertama yang mendaftar untuk Astro & Broadband akan menerima sebuah Samsung Soundbar bernilai RM799**. Pelanggan yang berminat, dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai semua tawaran terkini, kunjungi https://www.astro.com.my/broadband atau hubungi 03-7481 3000.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap orang mengimpikan hubungan yang berkekalan bersama pasangan hingga ke Syurga. Namun, siapalah kita nak menidakkan takdir jika hubungan yang dibina rupanya terputus di tengah jalan.
Bila putusnya hubungan suami isteri, maka berpecahlah juga hubungan kekeluargaan yang dibina bagi kedua-dua pihak. Tetapi tidak bagi individu ini dikurniakan ibu mentua yang baik dan menerimanya seadanya meskipun sudah berpisah hubungan dengan suami.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh individu tersebut di akaun Tiktoknya yang dikenali sebagai Sha pernah diuji rumah tangga yang dibina dengan bekas suami tidak bertahan lama.
Meskipun gelaran isterinya sudah lenyap, namun tetap disayangi sebagai menantu. Paling menyentuh hati, dia bahkan turut ditemani oleh ibu mentua semasa hadir ke mahkamah syariah bagi selesaikan urusan perpisahan.
Walaupun jodoh dengan bekas suami terhenti setakat di situ saja, namun jalinan hubungan antara Sha dengan keluarga mentuanya tetap akrab. Bukan setakat terus bercuti di Genting Highlands untuk pulihkan kembali semangatnya, malah sehingga kini dia sering diajak untuk pergi berjalan serta raikan perayaan bersama-sama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan ikatan silaturahim antara mentua dan menantu yang tak pernah terlerai khususnya demi anak-anak kecil. Bukan setakat susah ingin jumpa keluarga yang sangat baik dan penyayang seperti ini, mereka turut akui kisah Sha seakan hampir sama dengan artis Puteri Sarah Liyana.
Mendidik anak untuk solat menjadi satu kepayahan buat ibu ayah. Ada anak yang terpaksa disuruh berkali-kali, diambil rotan dan sebagainya tapi masih tidak bangun untuk bersolat.
Perkongsian ibu ini, Wan Rohani Wan Ismail atau lebih dikenali Wan Anie di facebooknya berkongsi cara paling mustajab, iaitu dengan doa dan caranya sendiri untuk mendidik anaknya bersolat.
Paling menarik, doanya sangat berkesan dan anak lari berdesup untuk ambil wuduk. Hebat!
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.
Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak? Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?
Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat.
Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.
“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Nota: Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Memang setiap pasangan inginkan hubungan suami isteri yang bahagia bagaikan dilamun cinta setiap hari. Biarpun usia perkahwinan sudah lama tetapi aura perkahwinan bagaikan baru semalam bergelar raja sehari. Malah, kasih sayang juga segar bagaikan meraikan bulan madu, sungguhpun sudah mempunyai anak ramai.
Namun, kerana fakta usia perkahwinan yang lama, pasangan sudah lupa akan kemanisan bergelar suami isteri. Isteri yang dulunya manja di sisi suami, tidak lagi mendapat kasih sayang sepenuhnya. Tanpa sedar rumahtangga jadi pincang menanti apabila tiada aura kemanisan rumahtangga.
Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesian. Ada caranya untuk bahagia. Lelaki ini Khairul Abdullah berkongsi tentang 10 fakta yang isteri nak selepas berumahtangga yang suami kena tahu. Moga jadi panduan bersama untuk kebahagian suami isteri.
1. Rasa dicintai – Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.
2. Kepercayaan – Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.
3. Memahami dan memaafkan – Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.
Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.
4. Berbual – orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya “abang sayang saya?” kau jangan jawab sepatah jer “sayang”. Kau kena jawab gini “Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello.”
Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.
5. Masa berkualiti – Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.
6. Yes mem – Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan “ya” berbanding “tidak”.
Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.
Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.
7. Pendengar yang bagus – isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.
8. Ucapan – Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan “tolong” tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.
9. Berkongsi tanggungjawab – Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.
10. Off day – sesekali isteri nak berehat. “Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak”. Haaa gitu.
Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.
Begitulah.
Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.
Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...