Sungguhlah benar orang kata rezeki itu boleh datang daripada pelbagai cara. Semua telah diatur sebaiknya olehNya. Apa yang lebih utama, kita perlu berusaha dan jangan putus asa, pasti ada habuannya. Pun begitu, bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk menjemput rezeki yang kian dirisaukan pada waktu-waktu begini.
Di sini ada beberapa amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun yang boleh dipraktikkan sebagai usaha memperolehi rezeki dan seterusnya dilapangkan kehidupan.
BAGAIMANA MENJEMPUT REZEKI?
Dalam kehidupan, perihal rezeki sering menjadi kerisauan terbesar antara kita.
Firman Allah SWT :
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah : 155)
Seringkali kita beranggapan rezeki hanya datang dalam bentuk harta dan wang ringgit semata-mata. Walhal, rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Antara bentuk rezeki yang lain adalah tubuh badan yang sihat, masa yang lapang, jiwa yang tenang, mempunyai pasangan hidup yang baik dan bertanggungjawab, anak-anak yang soleh dan solehah serta mempunyai sahabat yang baik.
Subhanallah.
Sahabat,
Dalam kita mencari dan mengejar rezeki, mari kita jadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan utama untuk mendapatkannya.
5 AMALAN MURAH REZEKI MENURUT AL-QURAN DAN HADIS
1. SENTIASA MEMOHON AMPUN DARIPADA ALLAH SWT
فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya : Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-,
يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
Maksudnya : Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا
Maksudnya : “Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.
(Surah Nuh : 10-12)
Ads
2. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
Hadis Nabi Muhammad SAW:
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Maksudnya : “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang, bahkan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”
(HR Muslim, hadis sahih)
3. SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT PEMBERIAN ALLAH SWT
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
Maksudnya : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Surah Ibrahim : 7)
4. SENTIASA MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN
Sabda Nabi SAW :
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَة مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Maksudnya : “Barangsiapa yang menghilangkan kesedihan dari kesedihan (masalah) dunia seorang mukmin, maka Allah akan menghapuskan darinya kesedihan dari kesedihan di hari Kiamat.”
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ
Maksudnya : “Barangsiapa yang meringankan keperluan orang yang memerlukan (berhutang), maka Allah akan meringankan keperluannya di dunia dan akhirat.”
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهَ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ
Maksudnya : “Barangsiapa yang melindungi (menyembunyikan aib) seorang Muslim, maka Allah akan melindungi (aibnya) di dunia dan akhirat.”
Ads
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ
“Allah akan membantu hambaNya selagimana hamba-Nya membantu saudaranya.”
(HR Muslim, hadis sahih)
5. MENGERATKAN SILATURRAHIM
Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia bersilaturahim.”
(HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
6.DOA MEMOHON REZEKI YANG BAIK
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
(HR Ibn Majah)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Ubat gigi umumnya kita gunakan setiap hari untuk memberus gigi dan boleh dikatakan sedari usia 2 atau 3 tahun sudah diajar akan rutin memberus gigi untuk tujuan penjagaan gigi dan memastikan gigi bersih dan putih.
Pun begitu, mungkin ramai belum tahu kegunaan dan manfaat yang boleh kita dapati apabila menggunakan ubat gigi dalam kehidupan harian. Bayangkan dengan ubat gigi juga boleh memberi kesan yang cukup hebat dan ini antara yang boleh dibuat dengan ubat gigi.
AGEN PEMBERSIH
1.Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
2.Bersihkan barang kemas dengan cara calitkan ubat gigi dan gosok hingga bersih. Kesannya dapat dilihat barang kemas lebih bersinar.
3.Jika anak terconteng perabot kayu segera ambil ubat gigi dan sentallah sehingga bersih.
4. Jika anak bujang anda suka kasut snikers. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.
5. Gula-gula getah melekat di rambut anak? Ohh tidak! Tapi jangan risau nak tanggalkannya guna sahaja ubat gigi dan berus gigi saja.
6. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.
7. Ini paling tak disangka-sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda bercalar dan kotor boleh hilangkan saja dengan ubat gigi.
8. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.
9. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.
10. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cili merupakan salah satu tanaman yang selalu ditanam di rumah. Walaupun pokok ini kecil untuk memastinya subur amat sukar.
Bagi yang pernah mencuba pastinya menghadapi masalah untuk menanam tanaman ini. Untuk menanam ini ada petuanya.
Ikuti perkongsian ini.
Alhamdulillah. Terima kasih pokok cili lepas la utk buat sambal belacan. First time tanam pokok cili menjadi. Terima kasih pada kawan-kawan grup ni yang tak lokek share petua. Saya harap kawan-kawan akan teruskan share petua walaupun berulang kita kan cepat lupa.
Ini antara petua yg saya dapat dari grup ni : 1. Cubit pucuk tu, dia akan tumbuh pucuk baru & berbunga & berbuah.
2. Kalau ada serangga putih tu blend bawang putih & cili api – air dia spray kat pokok.
3. Tabur serbuk kunyit keliling pokok cili (belum try lagi) untuk merawat daun cili yg kerinting Tqvm Aminah Kadir share petua.
4. Rendam kulit bawang dgn air beras agak 2.3 hari lps tu siram nanti byk buah dio.
5. Jemur kulit telur sampai kering lps tu tumbuk hancur tabur dkt pangkal pokok cili tu.nanti tgk buah dia lebat.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Pulse Oximeter adalah alat yang digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung dan paras oksigen dalam darah. Paras oksigen normal adalah di antara 95%- 99% dan kadar denyutan jantung normal adalah di antara 50 – 90 seminit.
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Apa yang pasti, peranti itu adalah alat bacaan kadar oksigen dalam darah bagi memantau tahap oksigen pesakit Covid-19. Individu yang mencatatkan bacaan bawah kadar normal perlu dibawa ke hospital.
Seterusnya untuk lebih lanjut ikuti perkongsian oleh Dr Zubadi Hj Ahmad mengenai penggunaan Pulse Oximeter dengan betul.
KETAHUI BACAAN PULSE OXIMETER
Tahukah anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda? Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan. Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:
1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
4.Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.
5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...