Menjaga Tanaman Ada Doanya & Lelaki Ni Kongsikan. Boleh Dicuba!

Share

Bercucuk tanam walau sekadar di laman rumah ada cabarannya yang tersendiri. Ini kerana tanaman perlu juga diberi perhatian daripada serangan serangga perosak dan perlu dibaja dan disiram untuk hidup subur.

Selain itu, ada juga beberapa doa yang boleh diamalkan seperti mana yang dikongsikan oleh Muhaimin Azman berkenaan penjagaan tanaman.

Doa dan kaedah hikmah menjaga tanaman 

1. Doa sebelum tanam pokok dari Al Marhum Tuan Guru Hj Saleh Sik

‎سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”

( Baca 3 kali )

2. Doa menjaga harta (hartanah)

‎بسم الله على ديني ونفسي وولدي وأهلي ومالي

(Dengan menyebut nama Allah untuk keselamatan agamaku , diriku, anak anakku, isteriku dan hartaku)

*Dibaca sekali pada setiap pagi

3. Bacalah basmalah dan selawat ketika menanam dan menuai hasil.

4. Menjaga tanaman dari pencuri

a) Berpuasa pada hari khamis
b) Pada hari jumaat berikutnya hendaklah ambil EMPAT biji batu daripada dasar sungai yang airnya berpusar pusar.
c) Baca ayat berikut kepada batu itu sebanyak TUJUH kali pada setiap bijinya.
d) Batu batu itu ditanam pada empat penjuru kebun.

Ayat yang dibaca :

‎ وَلۡيَتَلَطَّفۡ وَلَا يُشۡعِرَنَّ بِكُمۡ أَحَدًا ١٩

dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (Al Kahfi 18:19)

e) Sewaktu menanamkan batu itu, dibaca pula tujuh kali ayat kursi bagi setiap bijinya.

5. Menghalau kera dan binatang- binatang lain

Hendaklah dibacakan ayat suci ini serta dihembuskan ke arah binatang binatang berkenaan dengan niat menghalau dari kebun :

‎ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا

Pergilah kamu beramai-ramai sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (At Taubah 9:41)

* Ayat ini hendaklah dibaca 7 kali menggunakan suara kuat.

6. Dan banyak lagi kaedah hikmah lain untuk mencegah kutu, serangga, binatang binatang halus dan penyakit pokok, tikus, burung dll yang tidak sempat untuk saya tuliskan semuanya disini.

Wallahua’lam

Sumber : Muhaimin Azman