“Menjaga Kamu Satu Hikmah Bukan Beban.” Warkah Dari Anak Tahfiz & Wang RM5 Buat Doktor Ni Sebak!

Share

Setiap hari pasti ada sahaja  kisah baik golongan tabligh mahupun anak-anak tahfiz yang diangkat dan dikongsikan oleh petugas kesihatan di negara kita. Rata-rata menyifatkan cukup terhatu dan Tersentuh hati dek keluhuran hati serta sikap tenang golongan ini tatkala di uji dengan Covid-19.

Walaupun sedar akan risiko virus berkenaan namun mereka tetap tenang dan sabar. Tidak sedikit pun terungkap  rungutan jauh sekali melawan atau memarahi doktor dan petugas kesihatan lain sepanjang ditahan di wad.

Bahkan wad di hospital digambar seperti surau atau masjid di kawasan Perumahan kerana setiap hari alunan bacaan ayat suci Al-Quran  tak lekang dek telinga. Belum lagi solat hajat, tahajud serta tahlil yang dilakukan mereka membuatkan sejuk mata memandang.

Satu kisah yang dikongsikan oleh doktor ini cukup menyentuh hati. Menerusi facebooknya, doktor yang dikenali sebagai Zila Ali 

memuat naik bingkisan warkah dari anak-anak tahfiz untuk nya ketika mereka dikuarantin.

 

Tersentuh hati … warkah dr anak tahfiz yg dikuarantin disini … siap bg rm5 utk doktor.

Terima kasih nak … menjaga kamu adalah satu hikmah …bukan beban. Perangai baik tuturbicara yg sopan. Mulut sentiasa menyebut terimakasih. Walau berhimpit 24 org sedewan… tidur atas tilam ..takde aircond pun … sentiasa senyum bila jumpa.

Tiap hari alunan alQuran terdengar didewan … malam jumaat siap bertahlil bersolat hajat … siap dititipkan doa utk doktor smoga doktor sentiasa murah rezki dan dikurniakan kesihatan yg baik…. 

 

Siap nk doakan doktor ditambah anak lg… cukuplah nak..insya allah 2 aje skg😘

Tq nak …. doktor doakan kamu smua sentiasa dilindungiNya …