Kejutan yang sangat luar biasa. Di tengah-tengah panas didatangi oleh ‘spiderman’ dengan jambangan belon membuatkan pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim terkejut bercampur malu.
Menurutnya, dia yang tengah menemani anak-anaknya bermain di tepi pantai terkejut dengan kehadiran spiderman tersebut.
Rupa-rupanya kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi bersepakat membuat kejutan bersempena ulang tahun hari kelahiran Ashraf Muslim.
Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.
Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya saat susah dan senang.
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu turut mendoakan bidadari-bidadarinya itu diberikan syurga oleh Allah SWT.
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.
Ads
“Menjadi sungguh surprisenya…Malu kejap tengan-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” luahnya pada ruangan kapsyen.
Difahamkan, ketika menerima kejutan tersebut Ashraf dan keluarga sedang bercuti di sebuah pantai peranginan dalam negara.
Ads
Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman, di Makkah pada 30 Ogos 2011, sebelum menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, selaku isteri keduanya di selatan Thailand pada 7 Julai 2013.
Ads
Hasil perkongsian hidup dengan dua wanita itu, pelakon berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya sememangnya meninggalkan kesan yang amat dalam bagi seseorang. Lebih-lebih lagi orang itu pernah menjadi penghuni rahim seorang ibu selama 9 bulan, pemergiannya itu amat memeritkan hati.
Itulah yang dirasai seorang ibu yang dikenali sebagai Fyqa Syafiqah di mana dia kehilangan puteri keduanya bernama Nur Aurel Malika @ Aisyah yang telah menghembuskan nafas terakhir ketika usianya 4 tahun akibat menghidap rare disease pada jantungnya.
Malah selain Fyqa, suami dan anak sulungnya turut membekas dalam jiwa perasaan rindu yang mendalam hati mereka.
Baru-baru ini, perkongsian video yang memaparkan ragam Aisyah ketawa apabila disakat mengundang sebak ramai pengguna TikTok. Jika dahulu ibunya boleh buka ‘kejap-kejap’ tiub hidungnya, namun kini si cilik tersebut tidak perlu bantuan oksigen langsung kerana sedang bahagia main di taman syurga. Walaupun 2 bulan lebih sudah berlalu, tapi Fyqa Syafiqah akui masih rindu tentang semua perkara melibatkan ‘bidadarinya’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengakui mereka sebak melihat video adik Aisyah. Sambil menitipkan doa supaya terus tabah, mereka akui tersentuh melihat usaha seorang ibu yang cekal buat anaknya ketawa meskipun dihimpit ujian besar.
Bak kata orang dulu, mulut ibu tu masin. Ia dikatakan mendoakan buat anak. Jadi jangan main sebut je perkara yang tidak elok untuk anak. Sebab tu, jika orang dulu-dulu, marah anak akan kata, “bertuahnya anak!”
Nyata pelbagai cabaran apabila bergelar ibu bapa. Salah satunya ialah cabaran dalam mendidik anak-anak. Kadang-kala, karenah anak-anak membuatkan kita hilang sabar sehingga melontar kata-kata agak kasar kepada anak. Perkongsian puan Effy Sueffy bermanfaat dijadikan panduan. Moga kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Musim cuti macam sekarang, anak-anak meriahlah kat rumah. Berkumpul pulak adik-beradik. Banyaklah ragam masing-masing, kan?
Mak-mak masa macam ni, ramailah yang cakap diri jadi naga, harimau, singa semua.
Itu mak. Kalau ayahnya agak bertukar jadi t-rex kot. Huhu.
Apa pun, dalam kita melepaskan rasa geram dek banyaknya ragam anak-anak, kena tahu juga beberapa perkataan larangan yang tak sepatutnya disebut kepada anak-anak.
Jom kita semak apakah perkataan larangan tersebut.
1. Degil.
Anak-anak biasalah, tengah nak belajar. Kadang terbuatlah benda yang kita tegah. Tiba-tiba tereksiden pulak. Aduh!
Dan kita terbiasa laju menyebut, “Itulah, degil sangat! Kan dah sakit”.
Degil yang kita sebut pada mereka, degillah jadinya. Sebab itu doa kita untuk anak-anak.
2. Nakal.
Sama macam degil, ini perkataan yang selalu kita sebut dengan lancar pada anak-anak. Anak aktif lebih sikit, kita dah tak senang duduk.
Kita yang selalu sebut nakal, nakal, nakal. Bila anak betul-betul jadi nakal, kita salahkan anak.
3. Bodoh.
Ini mungkin tak ramai mak ayah yang sebut. Tapi jangan terperanjat kalau terdengar ada juga mak ayah yang laju saja membodohkan anak-anak.
Cuma sebab anak tak pandai jawab soalan matematik, atau tak tahu macam mana nak kemaskan pakaian. Bukanlah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang anak taktau sebab tak diajar.
Kenapa dibodohkan anak sedangkan kitalah yang menjadikan mereka ‘bodoh’? ?
4. Kurang ajar.
“Kurang ajarlah kau!” “Siapa ajar kau kurang ajar ni?”
Perkataan tu kita dengar pun tak suka. Apa lagi anak-anak. Sakit hati rasa.
Lama-lama anak simpan dalam hati. Jadi dendam. Dan doa itulah yang jadi penghias diri mereka.
5. Pemalas.
Siapa tak pernah sebut anak pemalas?
Bila kita minta tolong, anak tak bergerak. Lambat. Kita tak sabar,
“Hei, kenapa pemalas ni? Kan dah suruh dari tadi”.
“Suruh kemas tu pun malas. Apalah nak jadi kau ni?”
Jadi pemalaslah anak tu. Dah itu yang kita sebut selalu. Dapatlah. . . . Ini perkataan terlarang yang paling popular di kalangan mak ayah. Saya sendiri kadang terlintas juga dalam hati. Cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat sebut Na’uzubillahi minzalik.
Semoga apa yang kita terlepas cakap, tak jadi doa. Terbatal dari dimakbulkan. Sebab apa saja perkataan yang terlafaz dari mulut kita mak ayah (terutama mak), adalah doa yang tak terhijab. Termakbul sekalipun terlafaz tanpa niat.
Semoga kita dapat menggantikan perkataan yang lebih baik dan penuh hikmah bila nak menegur anak-anak. Marah anak memang perlu, tapi eloklah kita marah dengan perkataan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kementerian PendidikanMalaysia telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober secara berperingkat. Ini bermakna kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan buat sementara waktu ini.
Berikutan itu, ramai kalangan ibu bapa yang lega dengan pengumuman tersebut. Ini memandangkan kes covid di negara kita masih tinggi. Ibu bapa tidak yakin jika terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah dalam situasi yang belum terkawal ini lagi.
Menyebut mengenai PdPR, pastinya golongan ibu yang paling dekat dengan anak-anak. Walaupun ada yang terpaksa bekerja di rumah (WFH) namun urusan pembelanjaran anak-anak tetap diletakkan di bahu si ibu. Sambil bekerja sambil membantu anak-anak.
Justeru, tidak hairanlah apabila kedengaran ramai golongan ibu yang menjadi ‘singa’ di rumah. Tidak dinafikan mengajar anak sendiri di rumah sambil bekerja bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Jika tidak kena pada tempatnya, pasti stres.
Oleh itu, topik bagi webinar kali ini akan mengkhususkan kepada pengorbanan kaum ibu yang bertungkus lumus memastikan agar anak-anak dapat belajar dengan baik sepanjang berada di rumah.
Untuk itu, Ajar Anak di Rumah, Ibu Jangan Marah-Marah merupakan topik pilihan kali ini. Personaliti hebat yang tidak asing lagi, Syamsul Debat akan berkongsi pengalamannya supaya para ibu dapat rujukan untuk membimbing anak-anak dengan cara yang terbaik.
Para peserta digalakkan untuk bertanyakan soalan mengenai masalah-masalah yang dihadapi ketika PdPR dijalankan. Para peserta yang mengikuti webinar ini juga boleh berkongsi pendapat bersama peserta yang lain.
Menariknya webinar ini akan dijalankan secara santai. Oleh itu, bagi yang berminat untuk mengikuti program ini, jom luangkan masa dengan GPSBestari Zoom in bersama Syamsul Debat, membincangkan topik Ajar Anak di Rumah, Ibu Jangan Marah-Marah.
Tetapkan temu janji pada 22 Ogos ini pukul 10 pagi di Facebook GPSBestari, Sinarplus dan Sinar Harian. Boleh daftar sekarang. Tempat adalah terhad.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.