Bergelar anak kepada selebriti bukanlah tiket glamour dan gah. Mungkin pada pandangan kasar, masyarakat nampak kehidupan yang sangat menarik. Namun ada yang sebaliknya. Kerana itu, kebanyakan selebriti lebih privacy bab kehidupan peribadi.
Isteri kesayangan Penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra disapa Sheila menitipkan ucapan istimewa buat anaknya, Nur Amna Qaleesya. Anak sulungnya itu genap 9 tahun pada 2 Ogos lalu.
“Kak Long, siapa pon kakak arini.. Esok.. Atau lusa.. Kakak perlu JADI DIRI SENDIRI.. . sentiasa membumi walaupon kakak dah terbang tinggi.. . Jgn lupa kejatuhan akan dtg bila2 je.. Jgn lalai.. Jgn leka.. Dunia akhirat kene seimbang..
Ads
“Menjadi ANAK ARTIS – BUKAN TIKET kakak ke syurga.. . Amal jariah, sedekah dan ibadah kakak yg bantu kakak kat sana nanti.. . Tp selagi mommy bernyawa, doa mommy tak pernah putus utk kakak dan semua anak2 mommy.. .
“U are my 1st born.. I am very proud of u.. . Sokongan mommy sentiasa utk kakak smpi bila2.. . Utk bakal menantu mommy..! . Korg mesti sebaik daddy.. Biar gelap..hitam manis.. Tp mommy suka.. Eksotik gitu.. Eh! .
Ads
Demikian luahan hati Sheila sempena hari kelahiran anak sulungnya. Cukup menyentuh hati kata-kata seorang ibu buat anaknya.
Demi anak-anak, pastinya setiap ibu ayah sanggup melakukan pengorbanan demi memastikan keluarga dalama hidup selesa.
Bahkan ada yang sanggup melakukan apa jua pekerjaaan untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Nyata coretan yang dipaparkan oleh Pendakwah terkenal Ebit Lew begitu meruntun jiwa. Menerusi video yang dikongsi menerusi Instagramnya memaparkan seorang wanita hamil berdiri dengan mengecat dirinya dengan warna silver demi menyara hidup buat keluarganya.
Tanpa hirau panas terik wanita ini tetap berdiri. Sebak melihat, Pendakwah terkenal Ebit Lew membantu wanita itu dengan membeli barang keperluan buat keluarga.
Menangis melihat kebaikkan yang dihulur buat dirinya hingga menitiskan air mati. Biarpun ‘non muslim’ Ebit Lew tetap menghulurkan bantuan tanpa mengira agama.
Apa yang pasti kita perlu berbuat baik tanpa mengira bangsa dan agama. Moga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Semalam masa keluar mall dekat Jakarta ternampak kakak silver ni yang sedang mengandung berdiri sahaja di tepi jalan. Pernah ternampak kisah kakak ini. Semenjak covid kehilangan kerja. Mula letak cat minyak di badannya dan berdiri tegak tepi jalan mencari rezeki. Beliau non muslim.
Menangis demi menyara hidup, beli makanan, susu dan pampers anaknya. Ibunya ini sedang mengandung . Saya terus berhentikan kereta. Tanya khabarnya. Sedih melihat keadaannya. Tak terfikir kuatnya seorang ibu demi anak sanggup berdiri begini sepanjang hari.
Beri sedikit hadiah. Berulang kaki kakak ini tanya. Ini benar pak. Ini benar pak? Sampai kakak ini menangis. Tak dapat tahan rasa sedih. Saya tanya apa lagi saya boleh bantu. Katanya ini pun sudah banyak pak. Kenapa bapak baik membantu saya. Saya bawa beli barang dapur dan susu anak-anak. Semoga Allah bantu dan mudahkan buat kakak ini.
Membina sesebuah rumah tangga yang harmoni sangat diimpikan oleh semua pasangan lebih-lebih lagi apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus.
Ada antara mereka yang menganggapnya sukar dicapai kerana memasuki alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan penyertian dan pengorbanan yang tinggi dari semua sudut malah faktor kewangan sangat memainkan peranan utama dalam perhubungan.
Namun jika suami isteri istiqomah melaksanakan perintah Allah SWT, insya allah mencurah-curahlah rezeki yang datang.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan mudah dan melimpah ruah, pastikan anda dan pasangan melakukan amalan ini.
1. Niat Berkahwin Kerana Alllah
Berkahwin merupakan salah satu pintu rezeki kerana ia mampu menyatukan hati dua insan dalam satu tujuan iaitu mencapai keredaan Allah SWT. Jika ingin rumah tangga anda terus mengalirkan rezeki yang luas, ikhlaskan niat anda dan pasangan berumah tangga kerana Allah SWT.
2. Sentiasa Menggembirakan Pasangan
Tarikan utama rezeki dalam rumah tangga bergantung kepada suami dan isteri itu sendiri. Sentiasalah bermesra dan menggembirakan pasangan agar hubungan yang terjalin bertambah bahagia serta saling hormat-menghormati lantas mengundang rezeki yang banyak dalam rumah tangga.
3. Banyakkan Bersedekah
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan balasan sememangnya digalakkan dalam Islam kerana amalan terpuji ini mampu menambahkan rezeki. Apabila kita meringankan bebanan orang lain yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan melipatgandakan rezeki dan memberikan kesenangan dalam kehidupan harian kita.
4. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Berbuat baiklah dengan orang tua dan jangan sesekali menderhaka kepadanya selain jangan bersikap kedekut dengan mereka.
Sabda Rasulullah SAW:
‘Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.’ (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW:
‘Apabila hamba itu meninggalkan doa untuk kedua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.’ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5. Ramaikan cahaya mata.
Kehadiran cahaya mata merupakan nikmat bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Ini kerana anak boleh diibaratkan sebagai tali pengikat yang dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri.
6. Jangan Berkira / Kedekut Belanja Isteri
Dalam rumah tangga tidak boleh ada sifat kedekut sesama pasangan. Jika mahu menggandakan rezeki, suami janganlah kedekut membelanjakan isteri. Nescaya apa yang dibelanjakan itu akan digantikan Allah dengan rezeki yang berlipat kali ganda.
7. Gunakan Bahasa Lembut Dan Panggilan Manja
Percayalah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan mesra apabila berkomunikasi dengan pasangan mampu membuatkan rezeki terus mengalir. Tentu sahaja pasangan akan rasa lebih tenang dan bahagia jika dipanggil dengan panggilan manja ataupun menggunakan bahasa lembut sekali gus membuatkan ikatan suami isteri bertambah erat.
8. Tenangkan Hati Isteri Ketika Resah
Seorang suami yang baik pasti mampu memahami sisi emosi seorang isteri apabila isteri dilanda masalah. Ini kerana isteri yang jiwanya sentiasa tenang akan memancarkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap suami tanpa berbelah bagi.
9. Cium Dan Peluk Isteri Sebelum Keluar Rumah
Apabila keluar rumah, cium dan peluklah isteri sebagai tanda suami menghargainya sebagai insan teristimewa. Amalan ini akan memberikan aura positif bukan sahaja dalam diri seorang isteri sepanjang hari tetapi juga memberi semangat untuk suami mencari nafkah yang lebih banyak buat keluarganya.
10. Salam Dan Cium Tangan Suami Sebelum Keluar Rumah
Begitu juga buat isteri, tingkatkan rezeki dalam rumah tangga anda dengan bersalaman dan mencium tangan suami sebelum suami keluar rumah. Amalan ini menunjukkan yang anda reda serta menghargai suami yang bertungkus lumus mencari sumber rezeki untuk anda dan anak-anak.
11. Bergurau Senda Sebelum Tidur
Hubungan suami isteri akan bertambah erat dan penuh warna-warni apabila adanya gurau senda dalam rumah tangga. Sebelum melelapkan mata, curilah masa untuk bergurau senda dengan pasangan, mudah-mudahan rezeki anda berdua akan sentiasa dimurahkan.
Semoga amalan-amalan ini dapat kita lakukan setiap hari dan jadikan sebagai rutin dalam kehidupan. Moga ianya bermanfaat.
Setiap ibu bapa pastinya mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Justeru, pelbagai cara didikan dan panduan diberikan kepada anak-anak supaya dalam menggapai kejayaan.
Usaha sahaja tanpa disusuli dengan doa pastinya tidak lengkap. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Jom kita amalkan doa yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
4. Doa supaya anak rajin mengerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.