Tersentuh melihat rakam video yang dikongsi oleh pengacara dan usahawan,Noor Neelofa Mohd Noordi Pameran Sejarah Nabi & Sahabat.
Neelofa turut mengabadikan kenangan berharga ketika melihat beberapa barangan peribadi milik Rasulullah di akaun Tiktoknya.
Kelihatan ada helaian rambut, cebisan jubah dan capal Nabi. Meremang bulu roma dan rasa ibarat begitu hampir dengan Nabi tercinta
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Malah lebih sebak kelihatan bekas hos program MeleTOP ini juga dilihat menitiskan air mata beberapa kali sepanjang berada di pameran tersebut
Dalam pada itu, rata-rata warganet juga meluahkan rasa sebak melihat perkongsian itu.
Sumber: TikTok @neelofa
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Kamal Adli & Uqasha Senrose Sambut Anniversary Ke-3, “Tahun Special Sikit Sebab Ada Si Kecik Ni..”
Isi Kandungan
ToggleKamal Adli dan Uqasha Senrose sambut anniversary ke-3, “Tahun special sikit sebab ada si kecik ni..” Kamal Adli menyambut ulang tahun perkahwinan ke-3 bersama isterinya, Uqasha Senrose buat ramai tersentuh.
Kamal Adli & Uqasha Senrose Sambut Anniversary Ke-3
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli di laman Instagramnya, Kamal menitipkan ucapan romantik buat Uqasha atas pengorbanannya sebagai seorang ibu dan isteri.
“Tahun Special Sikit Sebab Ada Si Kecik Ni..”
Happy anniversary to us! Tahun special sikit sebab ada si kecik ni.. Ya Allah rahmatilah hubungan kami.. Selamatkan kami.. Bukakan pintu-pintu rezeki hebat buat kami..
Tq soo much pada @uqashasenrose2 sebab 9 bulan mengandungkan hadiah terhebat daripada Allah ni..awak ibu dan isteri yang hebat.. Sama-sama kita jaga dan besarkan dan pelihara hubungan ini Insya Allah.. I love you so much.
Tq so much pada yang doa baik-baik buat kami.. Yang kurang daripada kami yang baik segalanya dari Allah. – tulis Kamal.
Uqasha juga turut memuat naik satu video dalam satu hantaran di laman Instagramnya.
Selamat ulang tahun ke-3 sayang. Thank you for everything, thank you for being a good husband and good father to our daughter. Semoga Allah lindungi keluarga kita amin .. sayang I love you and our little princess so much.- tulis Uqasha.
Kamal berharap agar dia dan Uqasha bersama-sama menjaga mahligai yang telah dibina. Dalam masa sama juga, Kamal turut menzahirkan rasa cinta terhadap suri hatinya itu.
Sebelum ini, Uqasha menafikan spekulasi mendakwa rumah tangganya dan suami, Kamal Adli sedang bergolak.
Jelas Uqasha, setiap perkahwinan pasti berdepan dengan ujian masing-masing. Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan sebagai suami isteri menghadapi ujian dalam rumah tangga.
Untuk info, Kamal dan Uqasha telah diijab kabulkan pada 5 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April yang lalu.
Sumber: Instagram Kamal Adli dan Uqasha Senrose
Baca artikel lain juga: Kamal Adli Tersentuh Hati, Mohon Maaf Pada Uqasha Selepas Kelahiran Hawra
Dulu Mengandung Asyik Makan, Tak Buat Apa Uqasha Senrose Aktif Bersukan, Berat Naik Lepas Bersalin!
Masuk Kereta Dah Mengah Uqasha Senrose Akui Struggle Keluar Berdua Dengan Anak!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Jika Nak Barang Kemas Bersinar Dan Kelihatan Baru. Cuba Petua Superb Ni.
Jika hendak menyambut hari raya biasanya, kita akan membuat pelbagai persiapan termasuk mencuci barang kemas agar kelihatan baru dan berkilat. Biasanya jika pergi ke kedai pastinya akan dikena upah cuci barang kemas. Oleh sebab itu, ramai yang akan membuatnya setahun sekali.
Tetapi dengan petua yang dikongsi oleh puan Lyza Norliza memberikan panduan yang amat berguna untuk dipraktikkan.Tak perlu tunggu hari raya. Boleh cuci bila-cila masa. Confirm nampak baru dan bersinar. Boleh lah kita berjimat cermat.
MUDAHNYA CUCI BARANG KEMAS
Malam ni nak kongsi sikit macam mana nak cuci barang kemas. Tak payah susah-susah nak pergi ke kedai emas nak cuci barang kemas. Petua ini sudah lama saya guna dan tak pernah sekali pun pergi cuci barang kemas di kedai. Jimat duit + tak risau mereka kikis emas kita semasa ‘proses mencuci emas’.
Caranya mudah, hanya dengan menggunakan cecair pencuci Sunlight dan berus gigi sahaja. Nak guna asam jawa pun boleh juga.
Pertama, rendam dulu dengan air suam dan tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam. Selepas itu boleh gosok kotoran yang melekat pada emas anda.
Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah terkangkang itu sebab berus gigi begitu susah nak tanggalkan kotoran yang melekat.
Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air paip dan rendam semula dalam bekas dengan air paip juga dalam tempoh 10 minit. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.
WOW NAMPAK BARU!
Selamat mencuba!
Sumber: Lyza Norliza via My Media Hub
Hilang Lepas Keluar Cari Daun Sawit Buat Lidi, Painah Siwan Ditemui Selamat Setelah 6 Hari!
Sejak kebelakangan ini banyak kisah orang hilang dilaporkan di media sosial. Tidak terkecuali, seorang wanita warga emas juga dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Sayang, Senggarang di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Painah Siwan, 79, ditemui oleh orang awam yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi kira-kira 900 meter dari pos kawalan operasi.
“Ketika mangsa ditemukan terdapat bersamanya sepasang selipar dan lidi daun kelapa sawit.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari sepanjang tempoh pencarian.
Katanya, keyakinan ibunya akan ditemui dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung akhirnya termakbul.
“Syukur Alhamdulillah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari dan yang paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.
“Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah dan buat masa ini biarlah dia berehat dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Painah dilaporkan hilang oleh anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di sini, Rabu lalu.
Susulan itu, satu pasukan SAR dilancarkan membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.
Sumber : HMetro
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini