Kediaman yang cantik serta dekorasi dengan susun atur yang kemas pastinya menjadi impian buat semua keluarga.
Namun untuk memastikan impian itu tercapai sudah tentu perlukan sejumlah peruntukan kewangan yang banyak.
Namun, jika mampu lakukan sendiri, DIY tanpa perlu mengupah tukang pastinya ia lebih jimat!
Begitulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Menurusi facebook milik puan Bazilah Wahat
beliau menjelaskan punca nekad untuk melakukan DIY bersama suami setelah melihat kos untuk memasang rak tv kabinet anggaran antara RM2000. Nekad akhirnya berbaloi apabila berjaya lakukan sendiri dengan kos hanya RM500! Memang berbaloi. Nak tahu cara beliau ikuti perkongsiannya.
PROJEK KABINET TV
Jengah group deco, kabinet tv org cantik2,kita pun teringin. Bila tanya harga menitis air mata. Kebanyakkan RM1200-RM2000. Penyudahnya kita jengah la group TAHI(Tukang Apa Hari Ini).😂
Hasilnya, beginilah projek DIY dengan pakwe. Kebetulan PKP tak boleh bekerja, Alhamdulillah dapat juga siap awal.
Ada yang barang yang boleh beli kat shopee. Selebihnya kami beli kat hardware. Untuk langkah-langkah dan barang korang rujuk kat gambar ok.
Ni untuk ukuran 8X8 (kaki). Total anggaran kos keseluruhan dalam RM500. 4x ganda murah. Ok la, menitis peluh dari menitis air mata. 😂😂😂
Untuk pakwe, Terima kasih kerana tolong merialisasikan impian saya.
Beli di sini Shiplap beli kat shope https://shopee.com.my/product/58663212/6338392912. 32 keping ukuran 4kaki. Batang aiskrim beli kat ECO je.
Akhir sekali pasang la lampu. Beli kat shopee https://shopee.com.my/product/145504886/2277952065… .
Kami beli 10m, 5050LED.Lekat pada rangka tadi. Sebab tu kata kecilkan rangka. Supaya boleh sorok lampu tu. Papan yang lebih jangan buang. Buat rak kat sebelah tu. Tp rak tu memang sedia ada kat rumah ni. Jadi kami guna yang tu je la.
Sumber: Bazilah Wahat
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club