
Kediaman yang cantik serta dekorasi dengan susun atur yang kemas pastinya menjadi impian buat semua keluarga.
Namun untuk memastikan impian itu tercapai sudah tentu perlukan sejumlah peruntukan kewangan yang banyak.
Namun, jika mampu lakukan sendiri, DIY tanpa perlu mengupah tukang pastinya ia lebih jimat!
Begitulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Menurusi facebook milik puan Bazilah Wahat
beliau menjelaskan punca nekad untuk melakukan DIY bersama suami setelah melihat kos untuk memasang rak tv kabinet anggaran antara RM2000. Nekad akhirnya berbaloi apabila berjaya lakukan sendiri dengan kos hanya RM500! Memang berbaloi. Nak tahu cara beliau ikuti perkongsiannya.
PROJEK KABINET TV
Jengah group deco, kabinet tv org cantik2,kita pun teringin. Bila tanya harga menitis air mata. Kebanyakkan RM1200-RM2000. Penyudahnya kita jengah la group TAHI(Tukang Apa Hari Ini).😂
Hasilnya, beginilah projek DIY dengan pakwe. Kebetulan PKP tak boleh bekerja, Alhamdulillah dapat juga siap awal.
Ada yang barang yang boleh beli kat shopee. Selebihnya kami beli kat hardware. Untuk langkah-langkah dan barang korang rujuk kat gambar ok.
Ni untuk ukuran 8X8 (kaki). Total anggaran kos keseluruhan dalam RM500. 4x ganda murah. Ok la, menitis peluh dari menitis air mata. 😂😂😂
Untuk pakwe, Terima kasih kerana tolong merialisasikan impian saya.
Beli di sini Shiplap beli kat shope https://shopee.com.my/product/58663212/6338392912. 32 keping ukuran 4kaki. Batang aiskrim beli kat ECO je.
Akhir sekali pasang la lampu. Beli kat shopee https://shopee.com.my/product/145504886/2277952065… . Kami beli 10m, 5050LED.
Lekat pada rangka tadi. Sebab tu kata kecilkan rangka. Supaya boleh sorok lampu tu. Papan yang lebih jangan buang. Buat rak kat sebelah tu. Tp rak tu memang sedia ada kat rumah ni. Jadi kami guna yang tu je la.
Sumber: Bazilah Wahat
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Mudah Bersihkan Cermin Tingkap Supaya Berkilat, Tidak Calar. Guna Surat Khabar Lama Je!

Mencuci cermin pintu, tingkap hinggalah cermin muka di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk dibuat kerana mungkin anda takut cermin akan calar atau berubah menjadi warna kelabu. Jadi boleh cuba tip ini untuk cuci cermin dan tingkap dengan mudah!
Cara ini sangat mudah, hanya guna surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaan cermin. Ini tip yang dikongsikan oleh Rosie Zam.

Ada cara mudah untuk bersihkan cermin tingkap? Tak perlu guna bahan kimia pun. Nah ini caranya.
1. Ambil surat khabar lama.
2. Celupkan dalam air.
3. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit.
4. Lapkan pada cermin tingkap.
5. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Cermin anda akan jadi bersih dan berkilat. Mudah kan! Cuba tau.
Gigih tau saya buat demo bersihkan tingkap hospital ni. Harap-harap dapat diskaun nanti. Haha.
Mahu Disayangi Suami Dan Tidak Mahu Anak Hidup Susah, Ini Luahan Ibu Tergamak Bunuh Anak Sendiri.

Berita duka dari seberang yang membuatkan sesiapa sahaja akan berduka apabila anak yang tidak berdosa menjadi mangsa kepada tekanan hidup ibu bapa.
Akibat tekanan, akal dan waras tidak seimbang. Tindakan dilakukan diluar batas fikiran. Inilah yang terjadi apabila seseorang itu mengalami tekanan yang kronik.
Biarpun kisah ini bukan berita dalam negara, namun kisah masyarakat ini meruntun jiwa. Moga ia jadi iktibar bersama bahawa sokongan suami dan kasih sayang amat penting dalam sebuah rumahtangga.
Menurut laporan harian post, ibu bernama Kanti Utami (35) membunuh anak perempuannya sendiri yang berusia 7 tahun dengan mengelar lehernya, manakala 2 lagi anaknya, berusia 5 dan 10 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan leher.
Menurut polis di Daerah Tonjong, Kabupaten Brebes, Jawa Timur, kira-kira jam 4:30 pagi Ahad, penduduk tempatan bergegas ke rumahnya apabila mendengar jeritan dari rumah milik suspek berkenaan.
Bagaimana bantuan penduduk tempatan, tiga daripada dua anaknya dapat diselamatkan dalam keadaan cedera parah.
Luah tidak mahu anak hidup susah dan mahu disayangi suami.
Dalam video berkenaan, wanita tersebut yang kelihatan berada di belakang jeriji besi mengaku ‘tidak gila’ dan hanya mahu menyelamatkan anak-anaknya.
“Saya gak mau anak-anak sakit, hidup susah kayak saya. Saya ingin menyelamatkan anak saya biar gak hidup susah. Cara menyelamatkan mereka ya biar mereka mati,” katanya.
Malah turut memberi tahu bahawa dirinya sedih dan ingin disayangi oleh suami dan ibunya kerana sejak kecil merasa hidup susah dan selalu dikurung.
“Saya mahu disayangi suami, tetapi suami sering tidak bekerja. Saya tidak boleh terima suami saya di luar kontrak dan tidak bekerja lagi.”
Difahamkan wanita tersebut bekerja sebagai make-up artist (MUA) manakala suaminya merantau di Jakarta bekerja sebagai sekuriti.
Sumber: Harian Post dan Tribun Batam
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
“Setiap Kali Dikenang, Saya Tak Malu Katakan Saya Menangis”, Ayah Ni Luah Sesal Bila Langsung Tak Nak Cakap Dengan Anak Kerana Marah!

Andai ada kesalahan yang anak-anak kita lakukan, acap kali juga kita akan mudah marah-marah hingga keterlaluan. Alasan kita biasanya untuk mendidik, apa yang kita buat ke atas mereka, kita rasakan betul dan wajar.
Namun, sekali sekala kita juga sering terlupa bahawa apa yang telah kita lakukan itu tiada kewajarannya dan akhirnya akan timbul rasa sesal di dalam diri. Perasaan yang sama juga telah dirasai oleh seorang ayah ini dan ini kisahnya dikongsikan agar turut memberi manfaat dan panduan untuk ibu ayah yang lainnya dalam mendidik anak-anak.
Ada orang tanya saya, bagaimana cara terbaik untuk mendidik anak. Saya tidak layak menjawab soalan begitu. Yang saya boleh katakan, saya bukanlah bapa yang baik, yang boleh dijadikan contoh kepada yang lain.
Ada satu peristiwa yang benar-benar sehingga kini mengganggu diri saya. Setiap kali dikenang, saya tidak malu katakan bahawa saya menangis. Pernah juga saya teresak-esak tidak dapat menahan betapa sesalnya saya berbuat perkara tidak baik dalam mendidik anak saya, Safiyyah. Apalah beban yang perlu ditanggung pada usianya yang hanya berumur empat tahun ketika itu.
Ceritanya begini.
Sejak Safiyyah mempunyai adik, dapat dilihat bahawa dia banyak cemburu. Safiyyah ini sejak lahir tidak pernah meragam besar, hanya kecil-kecil sahaja ragamnya seperti mahukan susu, mahu tidur dan mahu berjalan di luar rumah. Budaknya diam, tidak banyak bercakap. Melainkan apabila diacah oleh kami dan saudara mara.
Di dalam rumah kami, Safiyyah mempunyai motor beroda tiga berkuasa bateri yang boleh ditunggangnya di dalam rumah. Yang saya perasan, apabila adiknya Riyadh, ketika itu sudah berusia 2 tahun mahu bermain bersama, akan ditolak adiknya. Yalah, padanya itu harta dia. Budak-budak. Banyak kali saya lihat, Safiyyah suka menolak adiknya itu apabila cuba menaiki motornya.
Sampailah suatu hari pada waktu senja, mereka bergaduh pasal motor tu. Safiyyah seperti biasa akan jadi pemenang, menolak adiknya sehingga jatuh terduduk. Riyadh menangis besar.
Saya yang masa itu mahu ke bilik air untuk mandi, naik marah. Memarahi Safiyyah sunguh-sungguh dengan mengatakan padanya, dia seorang kakak yang kedekut, suka cari pasal, bencikan adik dan paling saya ingat sampai sekarang “Abah tak akan cakap lagi dengan Safiyyah”.
Kau bayangkan kawan, saya berkata kasar begitu kepada anak kecil yang baru berusia empat tahun.
Safiyyah menangis. Tersedu-sedu dan membawa diri ke bilik wan (nenek) nya. Berjalan penuh sayu, menunduk sambil tangan kanan mengesat-ngesat air mata yang jatuh berjurai di pipinya. Sayu, teramat sayu dan pilu.
Saya terus dalam keadaan marah masuk ke bilik air. Mulut masih lagi membebel. Selesai mandi saya kembali ke bilik. Sudah sahaja memakai pakaian, saya pun bersedia untuk keluar dari bilik menuju untuk bersolat maghrib di ruang tamu. Ketika mahu keluar,di dinding, bersebelahan pintu bilik, Safiyyah duduk di situ.
Dengan kedua-dua tangan memeluk lutut yang mana lututnya itu di paras dadanya, kepalanya tertunduk, dan dia kemudian memujuk saya dengan mengangkat kepala memandang ke arah saya, perlahan suaranya tersedu-sedu memanggil “Abah, abah, Safiyyah ni”.
Itulah Safiyyah. Kena marah macamana pun, tak sampai seminit dia akan cuba mengambil hati saya dengan menunggu di pintu bilik. Banyak kali sudah dibuatnya begitu.
Itulah perkara paling bodoh saya lakukan dalam hidup saya hari itu. Saya langsung tidak menyahut panggilan Safiyyah, dan lebih malang bagi Safiyyah, saya tidak langsung menghiraukannya. Terus membentang sejadah dan bersolat maghrib, dalam keadaan marah hanya reda sedikit.
Safiyyah pula, kekal duduk bersandar di dinding, dengan harapan saya akan memujuknya.
Tidak. Saya terus tidak melayannya. Keluar dari rumah, untuk ke masjid pula, saya terus dengan ego bodoh saya terhadap anak kecil itu, tidak memandang dan melayannya.
Ketika saya bergerak ke masjid dengan menaiki motorsikal, saya sempat memandang ke arah pintu cermin, kelihatan Safiyyah memandang sayu ke arah saya. Saya pula, kekal tidak pedulikannya.
Kalian tahu, hari itu anak kecil bernama Safiyyah ini diuji perasaannya pada usia begitu dengan sikap sombong dan bodoh bapanya, iaitu saya.
Sungguh, pandangan sayu Safiyyah hari itu, masih kekal dalam ingatan saya.
Didikan Terbaik
Di masjid, sebelum Ustaz Jauhari memulakan kuliahnya, beliau suka bermula dengan mukadimah berkaitan isu-isu semasa. Entah kenapa hari itu, beliau memberi peringatan dan pengajaran berkaitan mendidik anak dengan betul. Katanya:
1. Mendidik anak bukan seperti mendidik orang dewasa, perlu belaian dan kasih sayang yang berlebihan daripada walinya dan ibunya.
2. Tarik minat anak-anak dengan ilmu agama, sirah nabi.
3. Tegur anak dengan baik, bukan menengking, memboikot malah menarik muka mahupun tidak bertegur sapa beberapa hari.
4. Rujuk cara nabi Muhammad melayan anak-anak.
5. Anak kalau bergaduh sesama, itu biasa. Bagi masa untuk mereka suaikan diri, bagi peluang semua merasa dan bagi menang-menang, bukan sorang menang, sorang kalah.
6. Anak merajuk, ambil hati anak. Bukan dibiarkan begitu sahaja dengan dunia rajuknya.
7. Dengarkan anak dengan bacaan al Quran dari bibir kita sendiri, perlahan-lahan anak ini akan jadi anak yang patuh pada arahan kita, lembut hatinya mendengar kata.
Saya termenung. Semasa itulah saya sedar, betapa bodoh dan sombongnya tindakan saya terhadap Safiyyah. Tindakan paling bodoh diambil untuk budak seusia begitu. Ya Tuhan, ampuni aku.
Sesal Menyapa
Mengikut marah saya, saya lupa perasaan Safiyyah yang masih kecil. Saya lupa betapa dia perlukan kasih sayang saya. Saya lupa, betapa dia suka duduk di atas riba saya. Saya lupa, bahawa umurnya ketika itu baru empat tahun. Saya silap, bukan itu didikan untuk Safiyyah pada usianya begitu. Saat itu, hati saya mendesak untuk pulang segera, bertemu dan memeluknya erat sepuas-puasnya.
Selesai solat isyak, saya lekas pulang. Hati saya memberontak, mahu terus berjumpa dengan puteri si jantung hati saya. Sesampainya di rumah, isteri membuka pintu, kemudian berkata pula dalam sayu,
“Kasihan Safiyyah. Dia sudah tidur, menangis tidak henti-henti. Abang ni, nak marah ke budak pun, janganlah sampai begitu sekali sikapnya. Tak layan ke dia, tak pandang ke dia, tak tegur ke dia. Apalah yang dia tahu pada umurnya begitu. Dunianya hanya kegembiraan, dunianya hanya penuh permainan yang menyeronokkan. Dunianya, sudah pasti ada cemburu pada adik-beradiknya. Kita pun begitu kan dulu-dulu?”
Saya terduduk di atas sofa. Menghadap wajah Safiyyah yang sedang lena di atas toto, dibentang di ruang tamu. Wajah comel itu, sayu dan menyimpan rindu buat ayah yang baru sahaja memarahinya tanpa memikirkan tahap usianya, tanpa memikirkan bahawa Safiyyah itu anak perempuan, yang memerlukan kelembutan dalam asuhan berbeza dengan lelaki.
Saya, bertegas tidak bertempat. Itu semua mencipta tindakan bodoh dari diri sendiri.
Saya perlahan turun dari sofa dan merapati Safiyyah. Mengusap-ngusap kepalanya, menyentuh lembut pipinya. Ketika jari saya menyentuh tapak tangannya, seakan dia tahu ketika itu saya yang menyentuhnya, cepat dia menggenggam dengan jari kecilnya. Erat. Lama bagai tidak mahu dilepaskan.
Saya sebak. Menyesal dengan tindakan melulu saya, menyesal dengan dosa yang telah saya lakukan kepada Safiyyah. Entah kenapa saya hari itu, menuruti kata syaitan memenuhi nafsu amarah, meninggi ego kononnya saya betul lakunya.
Anak Anugerah Agung
Wahai kawan,
Anak ini anugerah agung kurniaan Allah. Didiklah mereka dengan jalan dan ajaran yang betul dan benar. Tegurlah mereka, perbaikilah sikap mereka mengikut usianya, berikanlah kasih dan sayang sepenuhnya selagi berpeluang. Kawal emosi kita ketika berhadapan dengan mereka. Berikan masa untuk mereka bermanja dengan kita, luangkan masa untuk bersama bergurau senda bermain.
Saya pernah tersasar dalam memperbaiki sikap anak. Betapa sakitnya dan perasaan sesal itu kekal terpahat dijiwa sehingga sekarang. Tak pernah pudar walau sesaat.
Anak menghadirkan berkat dan rahmat buat kita, menambah rezeki keluarga. Tidak pula mereka membebankan kita, apatah lagi menyusahkan hidup kita.
Hadir mereka membawa keindahan dalam kehidupan berkeluarga. Indah jugalah hendaknya cara didikan kita, kelak harapannya apabila membesar setiap tahun, mereka mengikut segala didikan dan ajaran yang baik-baik, dan dapat menempuh alam kehidupan penuh cabaran dengan berpandukan jalan-jalan disukai agama dan masyarakat.
Mereka, pengirim doa bahagia kita di sana, asuhlah sebaiknya.
sumber : WS Adli,
Belajar dari kesalahan dan kesilapan diri.