Penantian selama empat tahun pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta untuk berpindah ke banglo mewahnya yang bernilai hampir RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya, akhirnya tercapai tahun ini.
Che Ta berkata, banglo mewah yang sudah siap sepenuhnya itu adalah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahunnya ke-50 pada 9 Mac lalu.
“Saya terpaksa menunggu lama kerana proses pengubahsuaian banglo ini tertangguh selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor menghilangkan diri selepas saya melabur jutaan ringgit. Selain itu, kita juga diuji dengan pandemik Covid-19 ketika itu,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Che Ta, dia bersyukur kerana akhirnya dia sekeluarga dapat berpindah ke situ.
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Apatah lagi, dapat pula berpindah ke banglo baharu yang dinantikan selama ini. Maklumlah, bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk pengubahsuaiannya,” katanya.
Mengenai sambutan hari lahirnya pula, kata Che Ta, tiada apa lagi yang mahu dikejarnya dalam hidup.
“Saya akan berusaha sehabis baik untuk menjadi isteri, ibu dan anak yang baik. Saya juga tidak akan berhenti untuk terus membahagiakan keluarga. Pada masa sama, saya juga perlu menjaga kesihatan pada usia 50-an ini,” katanya.
Majlis sambutan ulang tahunnya yang bertemakan menuju ke syurga itu dihadiri keluarga, teman rapat dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di premis terkemuka di ibu kota.
Sumber : Harian Metro
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Suami Isteri Kena Saling Melengkapi. Tabiklah Suami Kepada Jururawat Ini!
Apabila bergelar suami isteri, mestilah saling melengkapi serta bersedia untuk berkongsi segala kepayahan dan senang bersama. Inilah manisnya sebuah kehidupan yang apabila berumahtangga.
Lebih meriah apabila kehadiran anak sebagai penyeri yang membuatkan segala pergorbanan berbaloi untuk anak tersayang dan keluarga tercinta.
Perkongsian seorang bapa di laman facebooknya Mohd Fhais begitu bermakna buat seorang yang bergelar lelaki dan suami. Hatinya tersentuh melihat pengorbanan isterinya yang turut sama membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga tanpa pernah merungut pun. Isteri adalah tulang rusuk buat suami yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Ikuti perkongsian penuh pengajaran ini. Moga muhasabah buat kita semua dan menjadi pasangan yang membahagiakan antara satu sama lain.
Isteriku Jururawat.
Jururawat waktu kerjanya ada shift pagi, petang dan malam. Kerja kena datang awal kalau tidak parking susah dapat. Selalu terkejar-kejar masa, sebab itu saya tak pernah tegur bila nampak baju kotor bertimbun, malah saya akan kata biarkan baju dalam bakul tu tak payah basuh kalau tak sempat, nanti abg bawa dobi. Tak sampai 2 jam dobi dah siap kering. Jangan buang masa nak tunggu sampai sehari suntuk nak kering kalau jemur di ampaian.
Kerja nurse ni cuti tak menentu, boleh kata isnin hingga ahad tu semua hari dah pernah merasa cuti. Bertukar-tukar hari off ikut jadual. Jadi kena tunggu jadual keluar baru boleh rancang nak ke mana-mana. Nak ke mana-mana saya akan tanya dulu isteri cuti hari apa. Tak sampai hati nak pergi bersuka ria sedangkan isteri bekerja. Tunggu cuti kita sekeluarga keluar sama-sama.
Seminggu ada kena kerja 6 hari ada 7 hari. Masa tidur tak menentu, kadang tidur siang, kadang tidur malam, ada masa tidur 4-5 jam je bila pertukaran shift petang ke pagi kerana jarak rumah ke hospital ambil masa 45 minit perjalanan, itu pun kalau tak jem.
” Ibarat sekejap jadi ayam berjaga pagi, sekejap jadi kelawar berjaga malam “
Sebab itu saya selalu suruh isteri rehatlah puas-puas, kalau ada peluang tidur tu tidurlah lama sikit.
Anak-anak jangan risau abang boleh jaga. Tiada masalah setakat nak mandi anak dan tidurkan anak tu dah biasa buat.
Penat dan stress ibarat darah dan daging bagi nurse. Silih berganti, boleh nampak pada eyebag di mata yang sentiasa tembam. Ada satu malam terdengar isteri mengingau, bila di selidik rupanya terbawa-bawa rasa bersalah bila ada pesakit (bayi) jagaannya yang meninggal dunia. Sampai begitu sekali komitmen dia pada kerjayanya. Sungguh saya tak berupaya nak hilangkan semua tekanan di bahunya itu, hanya yang mampu tidak tambah lagi beban yang di tanggung. Hal remeh-remeh tu pandang sebelah mata je lah.
Seminggu boleh di kira berapa jam sahaja isteri ada di rumah. Masa banyak habis di jalan raya dan tempat kerja. Kerja di hospital pun tak habis, tambah lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Penat tu tak terbayang. Saya cuba untuk meringankan tugasnya, tak perlu bebankan diri dengan memasak kalau penat nanti abg beli makanan. Ada masa tu rehatlah lama sikit bagi betul betul segar. Kalau badan dah segar barulah masak jadi sedap.
Kadang-kadang clash juga waktu isteri cuti saya pula kena bekerja, tinggal isteri dengan anak-anak di rumah. Bukan niat nak biar dia jaga anak seorang diri tapi terpaksa keluar bekerja. Tugas menjaga anak ni penat sebenarnya, kalau tak sabar boleh jadi baran. Sebelum keluar saya pastikan dulu keperluan fisiologi anak isteri dah tersedia, supaya kurang kebarangkalian mereka meragam. Barulah kita keluar mereka senyum, kita balik pun mereka senyum.
Hidup kita tak pernah lurus, ada sahaja bengkang bengkoknya.
Apatah lagi pasangan suami isteri, mesti ada yang tak puas hati.
Puaskan hati pasangan kita terlebih dahulu, baru hati kita sentiasa puas.
Itulah kenapa pentingnya ada sikap TOLERASI antara suami isteri supaya sentiasa SERASI bersama.
Semoga rakan-rakan suami jururawat dapat manfaat dari perkongsian ini.
P/s : Hadiah paling bermakna yang saya pernah bagi pada isteri ialah panduan jadi isteri/ibu yang tenang & tenteram.
Ini panduannya -> http://bit.ly/FMKEIA
Sumber:Mohd Fhais
Elak Suis Utama Terbakar, Suami Wajib Buat Langkah Ni Di Rumah Demi Keselamatan Keluarga!
Bahaya datang tanpa kita jangka. Adakalanya walaupun di dalam kawalan kita sendiri, anak-anak mudah terdedah kepada bahaya. Jadi mak ayah kenalah sentiasa awas dengan mana-mana perkara yang boleh mendatangkan bahaya pada anak.
Suis utama rumah walaupun kedudukannya tinggi dan jauh daripada anak-anak, ada perkara yang harus anda periksa dan perhatikan demi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.
Suis utama ini jika rosak boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas dan seterusnya risiko kepada kebakaran dalam rumah ini. Suami kenalah periksa selalu ya.
Ini cara yang boleh dilakukan di rumah. Tip yang dikongsikan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit ini kita kena ikuti supaya tak menyesal di kemudian hari. Suami wajib buat ya!
Periksa ELCB
Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh, pastu kita tolak naik semula ke atas tu), benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada di rumah memeriksa sebulan
sekali.
Caranya ialah dengan menekan butang ‘push to trip’ di sebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang ‘push to trip’ automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dalam keadaan baik tetapi jika anda tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, maka
cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.
Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang ‘push to trip’ rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan. Jangan bimbang, just tolak semula ke ke atas dan bekalan elektrik anda akan
kembali kepada sediakala.
3 Langkah Mudah
1. Tekan butang ‘push to trip’.
2. Jika butang ‘push to trip’ jatuh semasa ditekan, bermakna ELCB dalam keadaan baik.
3. Jika tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, cepatlah tukar pada baru.
ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker
Sumber : FAFIQ Electrical Service & Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit
Tak Miskin Suami Tanggung Isteri. Walau Gaji Habis Untuk Keluarga, Tapi Tak Rasa Serabut. Ajaibnya Aturan Allah!
“Susah macam mana pun laluan hidup berumah tangga.. kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki.. Deep kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon kacak Aeril Zafril sebelum ini. Namun itulah kebenarannya apabila melihat kehidupan rumah tangganya yang cukup bahagia dan penuh kasih sayang.
Demikian juga perkongsian dari saudara Firdaus Shakirinmenerusi facebooknya baru-baru ini.
Dah 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya…
Dulu, isteri seorang wanita yg bekerjaya, ada pendapatan tetap…gaji bersihnya hampir 3k setiap bulan…hidup mewah bila suami isteri dua2 bekerja…dari anak seorang, sehinggalah lahir yg ketiga…
Selesa, tak rasa langsung sesak tgh bulan…
Bila isteri ada pendapatan, maka apa yg ada dlm fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya bleh mintak kat dia…then hadirlah nafsu utk tukar HP, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya…
Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri…
Balik rumah dgn HP baru, sport rim baru…isteri berleter la kejap, pastu dia cool…bulan yg spend duit utk beli mcm2 tu mesti bajet lari, maka mintak duit isteri…isteri bagi jgak la, tapi siap dgn pakej berleter…
Bila pengasuh tiba2 xbleh jaga anak ketiga yg masih baby tu, isteri ambik cuti utk jaga sementara nk cari pengasuh baru…kami dduk berbincang, bersembang hati ke hati…saya tak bersedia lagi utk dia berhenti sbb komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 org…tapi bila difikirkan ttg anak2, maka isteri kata keputusan yg terbaik adalah berhenti keje, dduk rumah, uruskan anak2 sbb anak2 dah nak start sekolah…
Apa perkara pertama yg terlintas di fikiran saya? Cukup ka gaji seorang saja ni…
Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan…komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah plak dgn yuran sekolah utk setiap anak…sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS…
Ajaibkan aturan Allah…semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah2…Tiap2 tahun gaji asyik naik sahaja…bonus suami pun byk…
Rupa-rupanya, tak miskin si suami yg tanggung isteri sepenuhnya…tak susah si suami yg memudahkan urusan isteri dan tak berkira dgn isteri…sepanjang 4 tahun ni jugak, Allah berikan kesihatan yg cukup2 baik kpd saya… jarang sakit utk keluar mencari rezeki utk keluarga…
Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang…walaupun gaji dihabiskan utk keluarga, tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan DUIT TAK CUKUP…
Setiap bulan sentiasa ja cukup…Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yg menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yg diamanahkan kepadanya utk DITUNAIKAN…