Tahun baru adalah peluang untuk kita semua bermuhasabah dan memperbaharui azam demi memperbaiki diri, keluarga, dan negara.
Dalam semangat menyambut Tahun Baru 2025, kata-kata daripada negarawan ulung dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengingatkan kita tentang nilai-nilai murni, semangat juang, dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Kala usia hampir satu abad, pesanan beliau menerusi facebook milikinya sehari sebelum tahun baru semalam bukan sekadar motivasi, tetapi panduan untuk kita terus maju dengan iltizam yang kukuh dan cinta kepada tanah air.
Ads
Ads
TAHUN BARU 2025 1. Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada mereka yang membaca tulisan saya. 2. Setiap tahun baru, lazimnya kita mulakan dengan azam dan semangat memperbaiki diri serta berusaha mencapai yang lebih baik dari tahun sebelumnya. 3. Ia menjadi blueprint atau pedoman untuk adakan matlamat tahun tersebut dan tumpu usaha untuk mencapai matlamat yang digaris. 4. Yang penting gigih berusaha. Bekal diri kita dengan ilmu pengetahuan dan tingkatkan kecekapan. Jangan mengalah. 5. Berazamlah untuk jadi rakyat Malaysia yang lebih baik, yang bertanggungjawab, yang sayang akan negara kita ini. 6. Jadilah rakyat Malaysia yang berpegang kepada nilai-nilai murni, yang berprinsip, hormat antara satu sama lain, patuh pada undang-undang dan perlembagaan negara. 7. Pada pertengahan tahun 2025, akan genaplah usia saya 100 tahun. Insya-Allah, jika saya masih bernafas, ia adalah satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan dugaan. 8. Alhamdulillah, setakat ini saya dikurniakan kesihatan yang agak baik, masih boleh berdiri, berjalan dan berfikir dengan waras. 9. Satu abad adalah jangka masa yang lama. Di usia ini, saya bernasib baik dapat bersama dalam mengharungi detik-detik penting di dalam sejarah negara. 10. Kita dijajah, diserang dan ditakluk, diserah kepada negara asing, dijajah semula, berjuang untuk mencapai kemerdekaan, merdeka, berperang dan berusaha untuk membangun. 11. Alhamdulillah juga, bermula dari zaman remaja sehingga ke hari ini saya berpeluang berjuang dan bekerja untuk kesejahteraan negara. 12. Sepanjang tempoh itu yang saya lihat, yang menjayakan negara ialah jati diri rakyat, semangat juang rakyat, yang punyai harga diri, yang tidak sanggup gadai tanah dan maruah bangsa untuk apa sekali pun. 13. Apakah kita masih lagi ada semangat serta nilai-nilai murni seperti mereka yang terdahulu dari kita, yang telah berjuang untuk negara agar kita dapat menikmati segala yang kita ada pada hari ini. 14. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga Allah s.w.t. sentiasa merahmati Malaysia. DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 31 DISEMBER 2024
Ads
Nyata, kata-kata ucapan ini untuk kita semua bermuhasabah dan memperbaharui azam demi memperbaiki diri, keluarga, dan negara. Dalam semangat menyambut Tahun Baru 2025, kata-kata daripada negarawan ulung dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengingatkan kita tentang nilai-nilai murni, semangat juang, dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Pesanan beliau bukan sekadar motivasi, tetapi panduan untuk kita terus maju dengan iltizam yang kukuh dan cinta kepada tanah air.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama.” Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.
Elyana Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan
Sambutan ulang tahun pernikahan bersama pasangan adalah salah satu cara untuk mengingat kembali segala momen manis bersama pasangan. Cara ini boleh menghangatkan kembali hubungan antara anda berdua yang mungkin kadangkala timbul tenggelam seiring dengan masa.
Bagi penyanyi dan juga pelakon Elyana, sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 tahun, Elyana menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta.
Alhamdulillah.Tepat 14 tahun kita hidup bersama.Saya bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus menemani awak.
Saya bukan manusia sempurna sama seperti awak juga bukan manusia sempurna. Hidup lah selama mungkin bersama saya..
Happy 14th Anniversary.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini turut berkongsi gambar perkahwinan.
“Tepat 14 Tahun Kita Hidup Bersama”
Mengimbau kembali kenangan lama, akui Elyana, beliau berkahwin dengan suaminya, Khairul Anuar Husin ketika berumur 23 tahun. Memang dari dahulu lagi beliau mahu berkahwin awal.
“Siap pasang niat, saya akan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang menjadi teman lelaki saya. Saya mengambil langkah berani dengan melamar teman lelaki (suami). Akhirnya pada 19 November 2010 kami selamat disatukan sebagai suami isteri,” cerita Elyana.
Elyana tidak ambil kisah apabila ada yang mengatakan beliau seperti perigi mencari timba. Matlamat beliau hanya untuk berkahwin.
Perkongsian Elyana mendapat banyak respon daripada warga maya. Rata-rata mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan dengan beliau dan suaminya.
Bagi memudahkan mak ayah untuk merancang keperluan persekolahan anak dan cuti, Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 dan Kalendar Akademik KPM telah dikongsikan.
Dan ini merupakan takwim terbaru yang dikeluarkan oleh KPM untuk semua.
Dalam artikel ini dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2025 / 2026 melalui lampiran berikut :
Kalendar Akademik 2025/2026 (terpakai bagi kehadiran di institusi pendidikan KECUALI di sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa)
Kumpulan A – Semua institusi pendidikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025
Kumpulan B – Semua institusi pendidikan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025
Ini pula melibatkan cuti-cuti perayaan di Malaysia mengikut kumpulan A dan B.
NOTA PENTING :
Untuk makluman, Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
SESI AKADEMIK 2027 barulah kita kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan hanya 5 minggu setahun ie. Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026.
Untuk muat turun, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum kerajaan memberikan tol percuma untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan namun berbeza kali ini.
Kerajaan menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan bayaran tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025, lapor Bernama.
Menerusi kenyataan media Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian diskaun tersebut akan mula berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan berakhir pada jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa).
Potongan tol ini hanya melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.