Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang ini.
Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sebelum ini, Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan hanya mampu terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.
Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.
Hamid mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.
Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Sumber : Astro Awani
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI
!