Dalam Negara

Meninggal Dunia Akibat Kanser Otak, Niat Adik Aariz Faiz Jumpa Hafiz Suib Tak Kesampaian!

Share

Hasrat seorang anak kecil allahyarham adik, Aariz Faiz untuk berjumpa dengan penyanyi kesukaannya, Hafiz Suip tidak kesampaian selepas peminat cilik itumeninggal dunia disebabkan kanser otak.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ibunya, Siti Fairuz Sapiee berkongsi kisah sedih anaknya yang sudah lama menjadi peminat setia Hafiz.

Menurut ibunya, Aariz sangat meminati lagu Hafiz yang berjudul ‘Kisah Cinta Kita’ dan seringkali menyanyikan lagu itu.

“Alkisah cerita. Aariz Faiz merupakan peminat cilik Hafiz Suip. Sejak kecil dia suka menyanyikan lagu KISAH CINTA KITA. Bagi Aariz ini lagu dia dan ibunya. Sehinggakan kakaknya tidak boleh sama sekali menyanyikan lagu ini.

Sehingga pada satu masa, Aariz disahkan mengidap penyakit kanser otak yang tidak boleh diubati ketika usianya 6 tahun.

Saat dalam kesedihahan itu, ibunya sering memperdengarkan lagu kegemarannya bagi menaikkan semangat Aariz untuk bersuara semula.

Semenjak disahkan Kanser Otak DIPG Malaysia dia dah x boleh mengeluarkan sepatah kata. Namun bila mendengar lagu Hafiz Suip KISAH CINTA KITA, terkeluar bunyi suaranya yang berusaha membuka mulut tetapi gagal.

Walaubagaimanapun, jauh disudut hati ibunya berkata Aariz gembira mendengar lagu kegemarannya itu dan berharap suatu hari nanti Aariz dapat bercakap semula.

Namun takdir Allah dah tertulis hayatnya sampai di situ sahaja. Perginya Aariz meninggalkan ibu dan keluarganya setelah hampir 5 bulan berjuang dengan kanser otak yang sangat agresif.

Video yang ditayang masa konsert Hafiz Suip ini adalah video yang diambil oleh ibu Aariz yang berjanji hendak membawa artis kesayangannya menyanyikan lagu ini untuknya tetapi tidak kesampaian.

Pada 100 hari pemergian Aariz, Allah telah menemukan ibu Aariz dan Hafiz Suip di Plaza Merdeka. Lalu ibu Aariz memberitahu bahawa arwah Aariz peminat setia Hafiz.

Dan pertemuan ini membawa ibu Aariz dan keluarga nya ke konsert Hafiz Suip yang gilang gemilang ini dengan jemputan khas yang diberi oleh pihak pengurusan MCF Event.com.

Saya lah ibu Aariz dan kami sekeluarga amat terharu dengan jemputan ini. Namun luka di hati dengan pemergian anak tercinta tidak akan sembuh. Hanya pinta ibunya agar Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Sabar & Redha.

“TQ Hafiz Suip, ktk dh berlagu untuk arwah anak kmk seperti nok kmk janji ngan nya. Walaupun arwah dah xda tp kmk anggap consert tok hadiah hari jadi dari penyanyi kesayangan Aariz sbb nya lahir bulan Oct (22.10.17),” tulisnya menerusi Facebook. 

Walaupun bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu dengan Hafiz, Siti Fairuz meluahkan rasa luka di hati atas pemergian anaknya tidak dapat diubati.

Namun ibu muda ini turut berterima kasih kepada Hafiz kerana telah menjemput mereka sekeluarga untuk menghadiri konsert itu bagi memenuhi hasrat Aariz dan bersempena dengan bulan kelahiran anaknya.

Menarik: “Kalau Ada Rezeki Tahun Depan”, Mira Filzah Mahu Tambah Anak Kedua!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my