Hasrat seorang anak kecil allahyarham adik, Aariz Faiz untuk berjumpa dengan penyanyi kesukaannya, Hafiz Suip tidak kesampaian selepas peminat cilik itumeninggal dunia disebabkan kanser otak.
Menerusi satu hantaran di Facebook, ibunya, Siti Fairuz Sapiee berkongsi kisah sedih anaknya yang sudah lama menjadi peminat setia Hafiz.
Menurut ibunya, Aariz sangat meminati lagu Hafiz yang berjudul ‘Kisah Cinta Kita’ dan seringkali menyanyikan lagu itu.
“Alkisah cerita. Aariz Faiz merupakan peminat cilik Hafiz Suip. Sejak kecil dia suka menyanyikan lagu KISAH CINTA KITA. Bagi Aariz ini lagu dia dan ibunya. Sehinggakan kakaknya tidak boleh sama sekali menyanyikan lagu ini.
Sehingga pada satu masa, Aariz disahkan mengidap penyakit kanser otak yang tidak boleh diubati ketika usianya 6 tahun.
Saat dalam kesedihahan itu, ibunya sering memperdengarkan lagu kegemarannya bagi menaikkan semangat Aariz untuk bersuara semula.
Ads
Semenjak disahkan Kanser Otak DIPG Malaysia dia dah x boleh mengeluarkan sepatah kata. Namun bila mendengar lagu Hafiz Suip KISAH CINTA KITA, terkeluar bunyi suaranya yang berusaha membuka mulut tetapi gagal.
Walaubagaimanapun, jauh disudut hati ibunya berkata Aariz gembira mendengar lagu kegemarannya itu dan berharap suatu hari nanti Aariz dapat bercakap semula.
Namun takdir Allah dah tertulis hayatnya sampai di situ sahaja. Perginya Aariz meninggalkan ibu dan keluarganya setelah hampir 5 bulan berjuang dengan kanser otak yang sangat agresif.
Video yang ditayang masa konsert Hafiz Suip ini adalah video yang diambil oleh ibu Aariz yang berjanji hendak membawa artis kesayangannya menyanyikan lagu ini untuknya tetapi tidak kesampaian.
Ads
Pada 100 hari pemergian Aariz, Allah telah menemukan ibu Aariz dan Hafiz Suip di Plaza Merdeka. Lalu ibu Aariz memberitahu bahawa arwah Aariz peminat setia Hafiz.
Dan pertemuan ini membawa ibu Aariz dan keluarga nya ke konsert Hafiz Suip yang gilang gemilang ini dengan jemputan khas yang diberi oleh pihak pengurusan MCF Event.com.
Saya lah ibu Aariz dan kami sekeluarga amat terharu dengan jemputan ini. Namun luka di hati dengan pemergian anak tercinta tidak akan sembuh. Hanya pinta ibunya agar Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Sabar & Redha.
“TQ Hafiz Suip, ktk dh berlagu untuk arwah anak kmk seperti nok kmk janji ngan nya. Walaupun arwah dah xda tp kmk anggap consert tok hadiah hari jadi dari penyanyi kesayangan Aariz sbb nya lahir bulan Oct (22.10.17),” tulisnya menerusi Facebook.
Ads
Walaupun bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu dengan Hafiz, Siti Fairuz meluahkan rasa luka di hati atas pemergian anaknya tidak dapat diubati.
Namun ibu muda ini turut berterima kasih kepada Hafiz kerana telah menjemput mereka sekeluarga untuk menghadiri konsert itu bagi memenuhi hasrat Aariz dan bersempena dengan bulan kelahiran anaknya.
Sejak perintah PKP dilaksanakan ramai antara kita yang tidak bekerja. Sehingga ada yang melahirkan rasa bosan duduk di rumah. Namun sebaliknya barisan hadapan yang tidak tentu masa bekerja mengendalikan kes jangkitan virus bahaya ini.
Malah ada antara mereka yang tidak cukup tidur. Bila pulang ke rumah pula terpaksa menempuh kawalan pemeriksaan polis. Sedangkan masa amat berharga buat mereka untuk bertugas keesokkannya.
Begitu yang situasi yang dikongsi oleh doktor ini, menerusi FBnya ketika pemeriksaan anggota keselamatan. Beliau berharap diberi kelonggaran untuk melalui laluan fastlane bagi barisan hadapan.
MANA HAK FASTLANE BAGI FRONTLINERS??
Baru harini sempat menulis. Semalam saya memang tak larat.
Kerja selama 36 jam sejak 8pagi ahad sehingga 5 petang isnin memang rutin kami seorang doktor oncall.
Dapat tidur 1-2 jam itu pon dah bersyukur sangat. Ada la tenaga utk bekerja siang hari.
.
Risiko utk dapat covid-19? Memang berisiko. Ada beberapa pesakit mempunyai gejala paru-paru masuk ke wad yg saya jaga. Memang kena pakai full PPE. Lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena. Lebih baik overdiagnosed dari misdiagnosed.
.
Sebelum balik, macam biasa, saya ambil stok susu EBM dari freezer masuk dalam beg, tak sabar nak jumpa baby Alim yg berumur 4 bulan. Dapat call dari ibu mertua pulak, Anas Malik yg berumur 2 tahun masih demam, tak selera makan dan ulcer di mulut.
.
Segera saya berharap dapat sampai ke rumah awal. Perjalanan dari HKL ke Shah Alam sahaja sudah memakan masa 45 minit.
.
Sebelum ini saya masih boleh bertahan dengan roadblock yang dibuat sejak PKP dan tempoh masa menunggu pon tidak terlalu lama. Semalam selesai kerja, macam biasa saya akan lalu roadblock. Mata bersinar-sinar melihat ada fastlane yg disediakan pihak polis. Disebabkan baru dapat sticker pelepasan utk lalu fastlane bagi petugas kesihatan dari pengarah HKL jumaat lepas, hari ini saya beranikan diri lalu fastlane.
TAK TAHU ADA PERATURAN BARU
.
Saya menghargai sangat tugas pihak polis dan tentera.
Saya tak tahu kalau mereka ada peraturan baru. Petugas kesihatan tidak dibenarkan lalu fastlane kecuali kereta yg berdaftar/ ambulans. merayu saya pada pihak polis sebab saya oncall, tak cukup tidur dan dah 2 hari tak balik rumah.
.
Saya dah penat sangat. Malam ni belum tentu saya boleh tidur kerana menjaga 2 orang anak yg masih kecil.
Esok saya perlukan tenaga untuk bekerja semula menjaga satu ward medical seorang diri tanpa houseman.
Wad medical di HKL semakin bertambah. Institut paedetrik dah jadi wad medical. Wad bersalin yg lama dah jadi wad medical. Pesakit covid semakin bertambah. Semakin ramai staf dan doktor dikuarantin. Seorang houseman baru dikatakan positif covid.
Tolonglah fahami kami.
Kamikan barisan hadapan. Hanya Allah sahaja tahu kepenatan kami. Ada diantara frontliners yg dah burn out. Ada yg stress kena kuarantin tak dapat jumpa anak.
.
Saya mohon jangan stresskan mental kami dengan roadblock yg tak sepatutnya kami tempuh. Kami keluar rumah bukan saja- saja. Tapi, kami selamatkan nyawa.
.
Harap pihak polis dan tentera buka laluan fastlane utk kami semula. Saya harap sangat.
Tentunya setiap kali terima daging korban, mesti ada yang tertanya-tanya, masih tertanya-tanya tentang hukum menyimpan daging korban ini melebihi 3 hari. Adakah masih boleh dimakan ataupun tidak?
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai hukumnya. Merujuk kepada persoalan ini telah dikupas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Ikuti lanjut penjelasan mengenainya.
Soalan:
Terdapat hadith daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW melarang untuk menyimpan daging korban lebih dari 3 hari. Bagaimana untuk memahami hadith tersebut?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa para ulama telah berbeza pendapat terhadap hukum menyimpan daging korban melebihi 3 hari 3 malam kepada dua pendapat yang masyhur iaitu:
Pertama:Haram menyimpan daging korban melebihi 3 hari. Ini adalah pendapat Ali RA dan juga pendapat Ibn Umar R.Anhuma. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim iaitu daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:
شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَبَدَأَ بِالصَّلاَةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَانَا أَنْ نَأْكُلَ مِنْ لُحُومِ نُسُكِنَا بَعْدَ ثَلاَثٍ
Maksudnya: Aku telah bersama’Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah kita daripada memakan daging korban melebihi 3 hari”.
Riwayat Muslim (1969)
Seterusnya, Ibn Umar R.Anhuma juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu memakan daripada daging korban melebihi 3 hari.
Riwayat Muslim (1970)
Di dalam sebuah athar juga ada menyebutkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma tidak memakan daging korban melebihi 3 hari dan ini diriwayatkan sendiri oleh anaknya Salim.
Kedua: Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadith mengenai larangannya itu telah dimansukhkan. Ini adalah pendapat jumhur para ulama’.
Terdapat banyak hadith yang menunjukkan kepada keharusan menyimpan daging korban melebihi 3 hari, antaranya riwayat daripada Abdul Rahman bin ‘Abis daripada bapanya telah bertanyakan kepada ‘Aisyah R.Anha adakah Rasulullah SAW telah melarang dari memakan daging korban melebihi 3 hari dan jawab ‘Aisyah R.Anha:
Maksudnya: Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing dan memakannya 15 hari kemudiannya.
Riwayat Al-Bukhari (5423)
Begitu juga dengan beberapa hadith yang menunjukkan bahawa larangan tersebut telah dimansukhkan, antaranya:
Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain”.
Riwayat Al-Bukhari (5569) & Muslim (1974)
Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ. وَقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ . فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا .
Maksudnya: Wahai ahli Madinah. Janganlah kalian makan daging korban melebihi tiga (hari). Maka para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW sesungguhnya mereka mempunyai anak-anak dan juga hamba yang perlu diberi makan maka Rasulullah SAW berkata: “Makanlah, dan berikan makan kepada orang lain dan simpanlah (daging tersebut)”.
Riwayat Muslim (1973)
Kesimpulan
Melihat kepada perbahasan ini, kami katakan bahawa pendapat kedua lebih tepat dan ianya telah memansukhkan pendapat yang pertama sepertimana yang telah dinukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya sebelum ini.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadith yang sahih lahi masyhur.” [Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, 8/418]
Ianya juga melihat kepada ‘illah (sebab) mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’. Wallahu a’lam.
Anak adalah anugerah yang tidak ternilai buat setiap ibu bapa. Biarpun anak itu adalah anak istimewa, namun pastinya ada hikmah disebaliknya dikurniaanNya. Sebagai ibu bapa, kehadiran anak sebegini pastinya menuntut cabaran dalam mendidiknya. Nyata bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih oleh Nya untuk mendidik anak-anak sebegini.
Bagi Che Marsinah Murnie yang berkongsi kisah suka duka di laman facebook Autisme Malaysia menyifatkan anak autisme juga mampu berjaya. Katanya anaknya hampir-hampir dihantar ke pusat pendidikan awal kanak-kanak autisme (PPKI ), namun berjaya yakinkan pihak sekolah, anaknya mampu bersekolah dialiran perdana. Pengorbanannya berhenti kerja, berbaloi apabila kini anaknya antara pelajar cemerlang disekolahnya. Ikuti perkongsianya mengenai persediaannya awal buat anaknya semenjak darjah satu lagi.
Tahun Yang Indah Bersama Anak Istimewa Anak tunggal yang hadir dalam hidup kami sejak 8 tahun lalu. Dilahirkan overdue 10 hari secara emegency caesarean pada January 2010. Umur setahun setengah baru pandai berjalan dan hanya bercakap pada umur 4 tahun. Speech delay & mild autism. Masa tu umminya masih bekerja jadi semua terapi bergantung pada pakar. 2017 officially umminya meninggalkan alam kerjaya dan mendidik sendiri anak istimewa ini sendiri.
Hampir ditolak ke ppki semasa tahun 1, 2017 bila diberitahu masalahnya. Tanpa jemu meyakinkan guru dan akhirnya pencapaiannya melebihi kanak-kanak normal lain. Kecemerlangan di bawa hingga ke Tahun 2, 2018..ketika dia begembira dgn keputusan peperiksaannya, umminya berdiri dibelakang dengan senyuman dan linangan air mata.
Jangan pernah jemu dan berputus asa. Jika dia tidak berjaya tahun ini, tahun depan ada lagi. Kadang-kadang terluka hati dengan kata-kata sinis org tapi bila anak kitq berjaya maka terdiam mereka itu dengan sendirinya.
Persediaan ibu bapa & anak:
1. Bila anak masuk sekolah tahun 1 anda harus tahu apa subjek disekolahnya dan belajar. Ya..saya belajar macam nak exam dari Unit 1 sampai habis utk setiap subjek. 2. Beli white board dan ajar dia sbb mereka akan terkesan bila ibubapa serius mendidik mereka. Habis mengajar bolehlah belanja dia party ice cream supaya hilang stress dia. 3. Saya biasakan dia beli buku catatan yg fancy-fancy setiap kali ke kedai. So dia jarang sgt ke rak coklat. Masuk kedai terus ke rak buku. 4. Bilik buat mcm interactive room. Ada mainan, buku2, laptop (sampingan).. sebulan sekali tukar posisi barang dlm bilik. 5. Hubungan yang rapat dgn guru2. Ikut kemampuan guru, saya bernasib baik selalu jugak video call semasa mengajar anak. Seronok guru2 tgk ibubapa semangat. 6. Saya akan mengajar subjek2 lebih awal sebelum sekolah bermula. 7. Akhirnya setelah berusaha dan berdoa, tawakal lah kepada Allah.
Nyata, setiap anak walaupun anak istimewa punya kelebihan tersendiri. Kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakknya untuk kehidupannya yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...