Sedapnya menikmati kuih lapis selain teksturnya yang lembut, rasanya yang lemak manis dan tidak dinafikan lapisan warnanya yang cantik turut menyebabkan anak-anak dan seisi keluarga gemar menikmatinya. Hinggakan saat makan kuih ini, ada sebahagian kita seronok meleraikan lapisan demi lapisan untuk dimakan selapis-selapis.

Bercerita tentang menyediakan kuih lapis ini, diakui walau memasaknya tidaklah sukar tapi ada satu hal ini ramai yang gagal untuk melakukannya dengan sempurna. Lain tidak bukan untuk pastikan permukaan kuih lapis nampak licin dan elok sempurna tanpa kesan kedutan atau titisan air wap di atas kuih tersebut.

Mengetahui trik yang perlu dilakukan, ayuh kita lihat perkongsian daripada Rossita Omar atau lebih mesra di sapa Tokma. Jom semak.

Ramai yang tanya tentang cara tokma kukus kuih lapis, talam atau kaswi. Kenapa nampk flawless katanya… Ini tokma share cara tokma mengukus . Cara ini mudah sebab tak perlu nak buka penutup dan lap selalu. Sebab jika lewat lap air kukusan akan menitik dan mencacatkan permukaan kuih itu. Moga dapat di manafaatkan bersama.

Step 1
Mengukus Kuih Lapis Nak Nampak Cantik & Licin Kejadiannya, Sila Buat Teknik Ni!
.

Guna kuali besar, isi air dan guna lapik kukusan.

Step 2
Mengukus Kuih Lapis Nak Nampak Cantik & Licin Kejadiannya, Sila Buat Teknik Ni!
.

Ads

Letak loyang dan stabilkan. lepas tuang adunan susun buluh cucuk bunga yang panjang di atasnya.

Step 3
Mengukus Kuih Lapis Nak Nampak Cantik & Licin Kejadiannya, Sila Buat Teknik Ni!
.

Guna aluminium foiled untuk tutup permukaan loyang.

Step 4 :
Mengukus Kuih Lapis Nak Nampak Cantik & Licin Kejadiannya, Sila Buat Teknik Ni!
.

Ambil penutup periuk yang bersesuaian dengan saiz loyang dan terus kukus lapisan kuih hingga masak.

Ads

Step 5
Mengukus Kuih Lapis Nak Nampak Cantik & Licin Kejadiannya, Sila Buat Teknik Ni!
.

Ini hasilnya kuih yang siap dikukus.

Step 6
Mengukus Kuih Lapis Nak Nampak Cantik & Licin Kejadiannya, Sila Buat Teknik Ni!
.

Gunakan pembaris dan pisau pemotong kuih untuk dapatkan saiz yang sama.
Mengukus Kuih Lapis Nak Nampak Cantik & Licin Kejadiannya, Sila Buat Teknik Ni!
.

Ads

Melihat betapa sempurnanya kuih lapis ini dimasak tanpa ada kesan kedutan atau tompokan di atas permukaan kuih tentu ada yang ingin mencuba untuk memasaknya dengan teknik begini. Jadi di sini turut dikongsikan resipi untuk anda cuba yang mana resipi ini telah dikongsikan oleh Tokma di postingnya yang terdahulu. Jom semak,

Kueh Lapis Tokma
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
¹/² cawan tepung jagung
1¹/² cawan gula pasir
5 cawan santan
¹/² sudu teh garam

Cara penyediaan :
1. Kacau dan adun semuanya hingga sebati.

**media[110539]**
2. Tapis adunan dan bahagi kepada 6 bahagian.

**media[110538]**
3. Warnakan ikut suka dan perisa.Tokma guna perisa blueberry emulco untuk pink. Coklat emulco untuk coklat dan putih rasa asal.
4. Kukus setiap satu lapisan 5 atau 6 minit. Layer hingga habis semuanya. Setiap kali layer lap penutup kukus supaya wap tidak menitik dekat kuih.
5. Bila sudah masak semuanya buka penutup kukus dan biarkan 5 tau 6 minit unutk keringkan permukaan kuih. Dah kering baru tutup api.
Hasilnya…In Shaa Allah permukaan kueh akan licin dan cantik.. Tokma guna loyang size 10″ x 10″ yang di lapik dengan plastik.

Sumberi : Rossita Omar via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI