‘Mengorat’ Suami Dulu, Dua Bulan Tunggu Jawapan – Najwa Latif

Share

Genap seminggu mendirikan rumah tangga, peminat masih lagi ingin mengetahui kisah cinta penyanyi Najwa Latif yang mengejutkan ramai apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Akwa Arifin.

Memetik mStar Online, Najwa berkongsikan detik perkenalannya dengan suami Akwa Arifin dimana dia yang memulakan langkah terlebih dahulu meluahkan perasaannya.

Wawa cakap, Wawa suka Akwa. Tapi Akwa cakap, dia perlu masa. Wawa pun tak kisah sebab Wawa cuma nak luahkan apa yang Wawa rasa.

“Dua bulan juga tunggu jawapan, lepas tu dia ajak keluar… dan Akwa pun confess dekat Wawa,” katanya.

Mendedahkan pekara itu di Insta Story miliknya, Najwa berkata pada awalnya dia sangkakan lamarannya itu ditolak kerana Akwa seolah tidka mahu melayan luahan berkenaan.

“Kita memang rasa kena reject sebab macam saya hanya tahu dua jawapan iaitu ya dan ya. Kalau selain dari itu semuanya adalah tidak.

“Bila Akwa kata dia perlukan masa, Wawa reda sahaja sebab dah bersedia untuk lepaskan. Saya rasa saya nampak macam perempuan creepy sebab banyak usik dia kemudian mengurat tiba-tiba luah perasaan pula. Kita hanya berborak bila perlu tapi suatu hari Akwa ajak keluar dan Akwa terus confess,” katanya.

Terdahulu, Najwa sah bergelar isteri kepada Akwa dengan sekali lafaz dalam satu majli tertutup di kampung halamannya pada 11 November lalu.

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club