Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti kita membanyangkan banyak tarikan dan keindahannya termasuk makanan.
Terletak di barat laut Semenanjung Malaysia, Pulau Mutiara ini, dikatakan ‘syurga’ makanan.
Selain terkenal enakkan nasi kandar, di Pulau Pinang juga menawarkan pilihan begitu banyak makanan jalanan yang menyelerakan.
Menarik perkongsian akaun Tiktok milik Bella Waverly yang telah berkunjung ke sebuah kedai Mamak yang menghidangkan roti canai, Gemas Road Broathers, Pulau Pinang.
“Wow! No mesin money! Pejam mata aje kira2.. laju weii.”
Apa yang menarik paparan video menyaksikan, seorang kakitangan kedai berkenaan membuat kira-kira untuk bayaran makanan tanpa menggunakan mesin duit. Namun kadang kala memerlukan pertolongan teman sekerja menggunakan kalkulator untuk jumlah bayaran yang besat.
@bellawaverlyWow! No mesin money! Pejam mata aje kira2.. laju weii😅
INGATAN YANG KUAT
Malah, lelaki berkenaan kelihatan mempunyai ingatan yang kuat apabila setiap pelanggan akan menyebut makanan yang dimakanan. Manakala dia akan mengira dengan pantas dan laju sambil memejam mata.
Hanya berdiri dan bertanya pelanggan apa yang dimakanan. Lancar, jelas dan yakin. Nyata bukan calang-calang lelaki ini boleh berbuat demikian.
Situasi ini membuatkan ramai pelanggannya terutama pelanggan dari luar Pulau Pinang mengambil video dan gambar di kedai unik itu.
Pasangan penyanyi popular, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung pada jam 10.30 pagi. Ia diadakan dalam majlis tertutup di Masjid Puncak Alam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran 20 orang ahli keluarga.
Dalam majlis itu, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian.
Berkongsi detik ketika diijab kabul, Ernie berkata, dia sangat gementar selain sedih apabila tidak dapat mengabadikan detik indah itu bersama keluarga lain disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan akibat penularan Covid-19.
“Perasaan masa nak nikah, sangat gementar. Dalam masa sama, kami sedih sebab kalau boleh nak semua keluarga berada bersama kami. Namun, ketika proses nikah hanya 20 orang dibenarkan berada di masjid. Kalaulah ada arwah nenek dan datuk kami ada bersama, majlis itu mungkin lebih bermakna.
Ditanya mengenai tanggungjawab sebagai isteri sekarang, Ernie berkata, dia belum ada rasa apa-apa lagi kerana ia belum dilalui lagi.
“Insya-Allah doakan semoga segala urusan saya dan Syamel dipermudahkan terutama selepas berkahwin kerana kami ada kerjaya sama. Jadi, pemahaman itu lebih sedikit untuk kami,” katanya.
Sejurus majlis itu, Ernie dan Syamel diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah juga secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak saja.
Majlis itu dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.
Kredit: Fedtri Yahya &Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang dulu-dulu selalu sarankan bila ada ahli keluarga yang terkena sawan, perkara pertama perlu buat kena letak sudu.
Namun lain pula saranan doktor ini dan sebaiknya kita ambil tahu untuk kepentingan bersama.
SAWAN: JANGAN LETAK SUDU!
Sawan atau ‘tarik’ adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti seorang individu. Antara manifestasinya adalah:
1. Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
2. Anak mata ke atas
3. Mulut berbuih
4. Kaki dan tangan menjadi keras/kejang.
5. Kaki dan tangan tersentak-sentak.
Sawan berlaku disebabkan oleh demam yang tinggi, kadar gula yang rendah di dalam darah, gegaran dan kecederaan otak atau pun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.
Jika seseorang diserang sawan, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu individu yang diserang sawan.
1. Bertenang. Perhatikan keadaan mangsa, lihat sama ada mangsa mempunyai manifestasi sawan(seperti disenaraikan di atas). Jika ada, lihat jam untuk menentukan masa sawan bermula.
Jangan panik dan menggelabah. Jika anda panik, anda tak boleh berfikir dengan baik. Jika anda tak dapat kawal panik anda, terus telefon 999 untuk dapatkan bantuan.
2. Pastikan kawasan sekeliling mangsa bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan kecederaan. Jika ada benda berbahaya (contoh: gunting, pisau, jarum, api), alihkan daripada mangsa.
Tidak digalakkan alihkan mangsa melainkan berada di kawasan berbahaya. Kekejangan akan jadikan mangsa sukar dialihkan dan boleh menyebabkan kecederaan kepada anda dan mangsa.
3. Pusingkan mangsa ke posisi mengiring. Ini dapat mengelakkan air liur atau buih dari mulut daripada termasuk ke dalam saluran pernafasan. Pada posisi mengiring, air liur akan mengalir keluar mulut.
Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut mangsa. Ia boleh menyebabkan gigi mangsa rosak, atau mangsa tergigit jari anda. Jika mangsa tergigit lidah, lazimnya hanya bahagian kecil lidah sahaja.
4. Longgarkan pakaian dan aksesori yang dipakai oleh pesakit, contoh: cermin mata, tali leher, tali pinggang. JIka badan pesakit terlalu panas, tuam dengan air suam kuku untuk menurunkan suhunya.
Elakkan pakaian terlalu ketat jika anda atau anak anda mempunyai sejarah terkena sawan. Elakkan suka memakai barang kemas kerana berisiko hilang semasa anda diserang sawan.
5. Jika sawan berlangsung lebih 5 minit atau berulang-ulang dalam harinya sama, telefon 999 untuk dapatkan bantuan. Sawan berpanjangan dan berulang boleh merosakkan otak.
Jangan pegang pesakit dengan kuat untuk cuba untuk menahan atau memberhentikan pergerakan sawan. Jangan berikan ubat, makanan atau minuman melalui mulut semasa pesakit sawan.
Selepas sedar, mangsa lazimnya akan kelihatan mamai. Ia di panggil ‘post ictal drowsiness’. Berikan masa untuk mangsa bertenang dan sedar sepenuhnya. Jika kali pertama sawan, pergi jumpa doktor juga.
Kongsikan, agar lebih ramai tahu cara yang betul kendalikan orang diserang sawan.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.