Pergi bazar tengok nasi arab, nasi itu lah nasi ini lah sedapnya alahai! Nak beli, kenang ahli keluarga ramai, tak jadi lah. Nak makan biar puas, ye dak?

Alang-alang rasa teringin tu, boleh la cuba buat resipi Nasi Ayam Golek cikgu Afy AL Habibi ni! Nasi pun dah seakan nasi arab jadinya. Ayam pula ayam golek dah macam level jual kat bazar yang setiap kali tengok mesti telan air liur!

Bila masak sendiri ni, lagi rasa puas hati kan sebab boleh menambah lagi. Nak-nak airtangan mak, bila sedap anak suami puji mesti senyum sampai telinga! Jom cuba buat!

_______________________________________________________________________

Ahai. Nak letak nama nasi ni bukan main payah. Ok la ya namanya Nasi Ayam Golek. Sebab menu ini dengan yang tu nampak sahaja sama. Tapi bahan-bahan cikgu ikut suka je nak bubuh apa.

Asal terlintas rupanya cikgu pun kira hentam sahajalah resepinya. Err suami cikgu makan menambah sampai tiga kali. Kira sedaplah tu.

Cikgu pula nasib baik sukat tiga sudu nasi siap-siap. Kalau tidak habislahhhh.
Nah buat kawan cikgu yang terasa nak buat juga hidangan berbuka macam cikgu nih bolehlah cuba ya.

RESEPI NASI AYAM GOLEK

A. REBUSAN AYAM

1. Panaskan air satu periuk. Agak-agak ayam tenggelam ya.
2. Perasakan dengan sedikit garam, satu kiub ayam dan 1-2 hiris halia. Tambah juga secubit dua serbuk kunyit. (Cikgu lupa letak)
3. Rebus ayam separa masak dan toskan.

B. RESEPI AYAM GOLEK

1. Campurkan kesemua bahan di bawah dalam mangkuk;
1 sudu besar serbuk bbq pedas
1 sudu kecil serbuk rempah sup Babas
1/2 sudu kecil serbuk Knorr limau @ yogurt plain
1 sudu besar rempah beriani
Secubit dua garam
Setitis dua pewarna oren

2. Lumur rata pada seekor ayam yang telah direbus tadi.

Ads

3. Perap satu jam.

4. Bakar dalam AF mengikut suhu yang sesuai.
Cikgu guna mode grill, suhu 160-170c masa 20 minit. Cikgu lumur sekali minyak zaitun untuk hasil ayam lebih cantik.

5. Ulang suhu yang sama untuk balikkan ayam kali kedua. Siap!

“Menggoda Sungguh!”- Masak Nasi Ayam Golek Untuk Berbuka. Confirm Suami, Anak Puji Melambung!

C. SALAD CAMPUR

1. Potong dadu semua bahan di bawah;
1 batang timun jepun
1/3 carrot
3 warna cili benggala
10 biji anggur hitam (optional)
1 biji bawang merah

2. Satukan dalam mangkuk. Tambah;
1 sudu besar yogurt plain
2 sudu besar mayonis kewpie original
secubit dua garam

3. Gaul rata. Simpan dalam peti untuk kekalkan kesegarannya jika dibuat awal.

Ads

“Menggoda Sungguh!”- Masak Nasi Ayam Golek Untuk Berbuka. Confirm Suami, Anak Puji Melambung!

D. SAMBAL AIR ASAM

1. Kisar lumat semua bahan di bawah dengan 1/4 cawan air;
1/2 sudu kecil asam jawa ektra tanpa biji
3 batang cili padi hijau
3 batang cili padi merah
setangkai daun ketumbar
1 batang cili merah
1/3 sudu kecil gula
1/3 sudu kecil garam

2. Masukkan dalam mangkuk. Kacau rata. Boleh tambah garam gula ikut citarasa sendiri.

“Menggoda Sungguh!”- Masak Nasi Ayam Golek Untuk Berbuka. Confirm Suami, Anak Puji Melambung!

E. NASI KURMA

1. Basuh beras basmathi ekstra panjang 1 pot.
2. Masukkan air sup secukupnya.
3. Kemudian masukkan bahan di bawah;
– 1 sudu besar marjerin Pelangi @ minyak sapi
– 1 sudu kecil rempah kurma cikgu afy
– secubit serbuk kunyit
– 2 helai daun salam
4. Masak nasi seperti biasa.
5. Selepas nasi mengering, masukkan setitik dua air bancuhan pewarna oren di atas bahagian nasi beberapa tempat.
6. Gaul nasi perlahan-lahan untuk elakkan bijinya patah.

Ads

“Menggoda Sungguh!”- Masak Nasi Ayam Golek Untuk Berbuka. Confirm Suami, Anak Puji Melambung!

Selamat mencuba.

Sumber : Afy AL Habibi

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI