“Menggigil Sejuk Ke Tulang, Macam Demam Sakit Urat.” Pelakon Jue Aziz Positif Covid-19, Mohon Titip Doa!

Share

Pelakon Jue Aziz Dalam satu perkongsian memberitahu dirinya kini  positif Covid-19. Dia mengalami gejala seperti batuk, demam dan sakit kepala.

Selain itu menurut Jue, 38, atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz, dia turut mengalami selesema selain hilang deria rasa.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Jue menerusi satu hantaran di laman Instagramnya.

“Please doakan kesihatan Jue. Jue positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, flu, hilang deria rasa. Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu.

“Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat, tulisnya.

Jue juga turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.

“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas dia kalian, amin,” tulisnya lagi.

Sumber: jueaziz22_official


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300

! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520