Coretan duka yang bertarikhb 18 Okt yang lalu dari seorang anak ini cukup menyentuh hati.
Mendapat perkhabaran kesihatan ibunya yang disahkan mengidap kanser payu dara bukanlah mudah untuk diterima.
Semoga, segala usaha yang dilakukan untuk merawat ibu tercinta berjaya dan diharapkan juga bonda tercinta terus tabah dan sabar menjalani rawatan.
Jom baca perkongsian ini semoga mampu menjentik hati setiap antara kita untuk memberikan yang terbaik untuk ibu bapa Yang semakin uzur.
Nilah ujian yg terbesar yg pernah aku rasa.. diwaktu aku menulis ini, jam sudah pukul 3 pagi, mata aku masih mengalir air mata, entah keberapa puluh kalinya sejak 3 hari lepas…
Aku pernah lalui latihan silat yg keras, aku juga dah lalui latihan tentera yg amat menekan hati, fikiran dan badan.., aku sudah lalui banyak kursus-kursus yg gila dan lasak, sudah lalui beratus jenis latihan eksesais tentera dalam bermacam jenis keadaan.. aku sudah lalui berpuluh operasi seluruh malaysia, semuanya aku boleh hadapi!!… aku sudah diuji naik menjulang dipuja, aku sudah diuji jatuh tersungkur dihina.. tetapi kali ini, ya inilah.. yg paling kuat menguji dan telah mengalahkan aku.
3 hari lepas, aku dapat laporan penuh tentang kesihatan emak aku.. tersentap hati aku, terduduk terus aku… sah bahawa emak aku kena kanser payudara, tahap yg sudah bahaya. Jangka masanya pun sudah tidak lama… inilah kanser pembunuh nombor 1 pada wanita.. Ya Allah.. Dalam dua tiga hari ini juga, aku macam nak gila mencari dan berjumpa doktor2 pakar, tanya pendapat. Aku tanya juga di sifu sensei cina, aku tanya merata-rata. Baik dari anak raja sampai ke kawan biasa, semua aku tanya. Aku usaha mencari jalannya. Walau di depan sesiapapun aku jumpa, air mata aku mengalir dengan sendiri tak tahu dah berapa puluh kali..
Aku cuba buat-buat ceria, sudah beberapa hari aku cuba tulis dalam Fb ini dengan lawak jenaka, aku tulis dan padam semula, tulis lagi dan padam lagi.. semata-mata aku nak bertahan dan nak dapatkan sedikit semangat dan senyuman. Aku cuba sembunyikan dari semua. Tapi saat ini, di waktu ini… aku mengaku, itu semua tidak lagi boleh ubati kesedihan hati aku. Pasrah, aku menyerah.. aku betul-betul sudah kalah. .
Pada aku sekarang, seluruh isi dunia sudah tidak penting. Apapun dan siapapun tak penting dah dalam hidup aku. Kerja pun aku tinggalkan, urusan niaga pun aku tak pedulikan, sesiapapun lagi, aku sudah tidak pedulikan. Kerana pada aku, emak aku itulah kunci untuk aku masuk syurga, bukan apapun atau siapapun lagi dalam didunia ini. Semuanya sudah tidak bernilai di mata aku kecuali emak aku..
Buah dada emak aku itulah tempat aku menyusu dulu, dari situlah mengalir menjadi darah dan daging dalam badan aku. Semua yg hebat yg aku ada sekarang, segala yg aku sedang berdiri sekarang, datang dari kasih syg dan dari buah dada emak aku.. tapi sekarang tuhan nak ambil emak dengan kanser di darah dan buah dada yg sama..
Ambillah nyawaku wahai tuhan, gantikanlah dengan aku. Pindahkanlah sakit itu kepada aku, aku merayu dan aku benar-benar mahu. Ambillah seluruh pahalaku, pindahkan segala pahala yg aku ada kepada emak aku. Tariklah segala dosa yg emak aku ada, tolonglah letakkan pada kepala aku. Biar aku saja yg tanggung didunia dan akhirat. Akulah satu-satunya anak lelaki yg emak aku ada… Aku sudah tak tahu nak buat apa…….
Kasihnya ibu membawa ke syurga… kasihnya ayah berkorban nyawa. Jika mereka sakit menderita, sudah tidak berguna segala isi dunia..
Sumber : Mohd Fitri