Jangan buat main dengan media sosial ni. Siapa sangka, apabila seorang ibu anak tiga ditemui mati setelah menerima komen negatif di akaun TikToknya.

Difahamkan wanita berusia 44 tahun itu dipercayai cuba membunuh diri selepas dikatakan menerima pelbagai komen negatif di akaun miliknya.

Menurut laporan Malaysiakini, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dari rumahnya di Subang Jaya, Selangor pada pagi Ahad.

Menerusi satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya semalam, mangsa sebelum itu dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan masih bernafas.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Difahamkan hasil siasatan awal dimaklumkan bahawa si mati pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.

Menerusi pemeriksaan tempat kejadian dan fizikal si mati didapati tiada kesan berlakunya unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

Ads

Pihak polis berkata setakat ini tiada laporan dibuat oleh si mati berhubung dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber.

Terdahulu memetik laporan Sinar Daily, ibu kepada tiga anak, Shashikala Nadarajah dipercayai “dibuli secara siber” berkaitan penampilan dan koleksi beg tangannya di akaun TikTok miliknya.

 

Mengejutkan! Ibu Anak Tiga Ditemui Mati Selepas Terima Komen Negatif Di TikTok.

Ads

Untuk makluman, Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut .  Menerusi akaunnya sering berkongsi mengenai persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan mewah.

Sumber: Malaysiakini , Sinar Daily


 

Ads

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Mengejutkan! Ibu Anak Tiga Ditemui Mati Selepas Terima Komen Negatif Di TikTok.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI