Pelakon kacak, Norman Hakim ini bukan sahaja bahagia dengan kehidupan bersama isteri tersayang, Memey Suhaiza dan dua anak mereka, Muhammad Darwisz Hakim dan Muhammad Dikhriz Hakim.
Lebih membahagiakan bila mana hubungan bersama bekas isterinya, Abby Abadi dan suami barunya juga sudah harmoni dan ada sahaja aktiviti yang mereka sekeluarga lakukan bersama anak-anak mereka Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, serta Maria Danisha Hakim.
Pasangan yang bakal menimang cahaya mata ketiga ini juga turut teruja dan tak sabar melihat si kecil yang katanya perempuan. Seronoklah Memey dah ada geng lepas ini.
Malah, Norman juga sentiasa di sisi dan menemani Memey setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan bayinya.
Terbaru, pelakon Gerak Khas ini memuat naik satu video selepas menemani isterinya ‘check up’.
kata Norman” 9th check-up on the 3rd trimister..& it’s a final countdown
Dalam masa yang sama, Norman turut berkongsi doa di laman sosialnya itu:
“Ya Allah..peliharalah zuriat ini.Peliharalah Ibu yang sedang mengandungkan zuriat ini.Sihat sejahterakanlah kedua2 mereka ini Ya Allah.Semoga zuriat didalam kandungan ini akan menjadi hambaMu yang sempurna pada segala sifat dalaman & luarannya,taat kepada segala perintah & laranganMu serta taat kepada kedua ibubapanya Ya Allah..Aamiin Ya Rabbal Alamiin❤️
#normey3rdjr
Dalam masa yang sama, dia turut meminta pengikut di laman sosialnya itu mendoakan isteri kesayangannya itu supaya dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Mohon doakan semoga segalanya dipermudahkan buat isteriku,makmumku,ibu kepada cahayamata2ku…❤️
Ada antara netizen yang turut memberi komen dan mendoakan yang baik-baik buat Memey sehingga selamat melahirkan anak kelak.
Semoga dipermudahkan segalanya utk kedua2nya… Sy doakan memey dan bby selamat keduanya….. Aminnn
Tersentuh hati tgk video nie..kalaula semua hsbnd2 mcm abg norman, mesti bhgia semua bini2 kt dunia nie..haha..anyway, semoga dipermudahkan segalanya wat kak memey n family..amin..
Amin ya Allah.. suka Sngat tgok family Abg @normanhakim_786 dan kak @memeysuhaiza .. Smoga sntiasa di Murah rzki.. Amin..??
Mngalir airmata mlihat keindahan pasangan ni..semoga si ibu selamat melahirkan dan ank yg dilahirkan jgk selamat..inshaAllah..
Aamiin…moga dipermudahkan sumanya…soo sweettttt @namhto_ilzapapa
Sumber: Ig normanhakim_786